BAB 33

803 30 0
                                    

Lagi tiga bulan sahaja peperiksaan SPM bakal tiba. Hanisah pula sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini. Busyairi sudah tentunya sibuk dengan para pelajarnya seperti tahun-tahun lepas.

"Sayang, ingat lagi tak peristiwa setahun lepas?"

"Peristiwa apa tu?"

"Abang ingat lagi, tiga bulan sebelum SPM dulu sayang dah mula jauhkan diri sayang daripada abang. Kenapa sayang?" Sambung Busyairi lagi.

"Sebenarnya abang, Nisah stress dulu. Tiga bulan sebelum SPM sayang dah pulun belajar. Abang pun tahu kan Nisah banyak main-main dulu? Sebab tu jugalah saya kemalangan."

"Sebab sayang mengantuk ke?"

"Ye abang. Saya tidur dekat jam lima pagi. Lepas tu saya bangun tengok jam dah pukul tujuh pagi. Abang nak tau something tak?"

Busyairi sudah membuat muka tertanya-tanya. Hanisah memberi amaran supaya Busyairi tidak ketawa apa yang akan diceritakan nanti.

"Saya pergi sekolah dalam keadaan tak mandi tau. Sebab memang dah lewat sangat. Abang ada offer nak hantar. Tapi saya ingat nak baliklah selepas BM kertas 2 sebelum paper petang tu. Tapi tulah kan, saya takde rezeki nak SPM tahun lepas." Luah Hanisah. Busyairi memandangnya dengan pandangan simpati terhadap nasib yang menimpa isterinya.

"Takpalah sayang. Janganlah ingat lagi tentang kemalangan tu. Takdir ni kita kena terima. Allah jadikan takdir dan nasib kepada hambanya sebelum kita dilahirkan lagi tau. Jadi sayang dah berjanji dan bersetuju dengan apa yang Allah takdirkan buat hidup sayang. Dan sayang dilahirkan di dunia pun bermakna sayang sanggup hadapi takdir tu." Busyairi mengusap rambut isterinya dengan lembut. Hanisah sudah berbaring di riba suaminya yang sedang menonton televisyen.

"Nisah nak tanya abang satu lagi perkara, boleh?".

"Apa tu sayang?"

"Abang takpe ke tunggu ucapan itu lama-lama?".

Busyairi sudah memandang matanya tepat ke dalam mata isterinya. Dia sudah memandang isterinya dengan pandangan yang pelik. Kenapa tiba-tiba Hanisah bangkitkan soalan itu? Dah tibakah masanya?

"Abang tak kisah lama mana pun sayang nak ucap kata-kata tu. Abang setia menunggunya tau. Cuma abang harap sayang tak tinggalkan abang je. Abang dah cukup bahagia dah hidup dengan sayang." Busyairi sudah menepuk bahu isterinya.

"Abang tak teringin ke nak ada anak?" Soal Hanisah tiba-tiba.

"Kenapa sayang tanya macam tu?"

"Nisah tanya ni, abang nak anak tak?" Hanisah mengulang semula soalan yang sama.

Busyairi masih mendiamkan diri dan matanya memang fokus menonton televisyen.

"Abang, Nisah tanya ni!" Hanisah meninggikan suaranya beberapa oktaf.

"Abang tak tahulah nak jawab apa sayang." Busyairi sudah menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Buntu jawapan apa yang harus diberikan kepada isterinya.

"Up to you sayang. Abang tak kisah. Jawapan tu semua ada pada sayang. Sayang yang boleh menentukan." Jawab Busyairi ringkas. Risau jika jawapan yang diberikan olehnya boleh mengguriskan hati Hanisah.

Hanisah masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh suaminya.

"Kenapa pandang abang macam nak terkeluar biji mata tu?" Hanisah sudah tenung mata suaminya dengan pandangan yang tajam.

"Abang tak rasa apa-apa ke kalau tengok Nisah? Atau abang tak boleh terima Nisah dalam keadaan macam ni?"

"Kenapa sayang cakap macam tu? Apa maksud sayang ni?" Hendak marah sahaja mendengar soalan yang diberikan oleh Hanisah.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now