BAB 30

1K 35 0
                                    

   "Sayang..awalnya bangun."

   "Saya siapkan baju kerja abang ni. Welcome back to school abang!"

   "Abang pergilah mandi. Dah nak masuk subuh ni. Lepas tu turun bawah breakfast sikit okay. Hari tu abang kata nak rasa masakan saya. Jadi harini saya dah tunaikan permintaan abang. Tapi saya masak nasi goreng je lah dulu. Takpa ke?"

   "Takpalah sayang. Sayang masak telur separuh masak pun abang akan makan tau. Sebelum ni abang tak pernah dapat breakfast macam ni. Inilah kali pertama. Terima kasih sayang!" Busyairi  dahi isterinya.

   Inilah kali pertama, Busyairi disiapkan oleh isterinya sebelum ke sekolah. Kalau tidak sebelum ni baju bagai semua kena gosok sendiri. Breakfast pun beli kat luar je. Busyairi sudah siap memakai baju kemejanya berserta tali leher. Haih hensem pula dia pagi ni! Tak berkelip mata memandang suaminya.

   "Jom, abang nak sayang temankan abang makan."

   "Okay, jomlah."

   Busyairi tersenyum gembira. Ada juga rasa nervous dihatinya sebab hari ini adalah hari pertama dia bertugas di sekolah baru dengan jawatan yang baru, tanggungjawab baru dan bermacam-macam lagi.

   "Takpa, biar abang cedokkan nasi ni untuk sayang. Sayang duduk situ diam-diam." Busyairi sudah tersenyum nakal. Hanisah hanya memandangnya tanpa riak wajah di muka.

   "Abang pergi sekolah tu jangan mata tu duk pandang pula pelajar perempuan. Karang nampak yang cantik-cantik daripada saya, abang jatuh hati pula." Hanisah saja mengusik.

   "Sayang, benda tu takkan berlaku okay. Abang cuma nak sayang je ada disisi abang. Tolong jangan cakap macam tu dah. Abang tak suka okay." Nasihat Busyairi. Hanisah hanya mengangguk.

   "Okay abang. Saya minta maaf tau pasal tadi."

   "It's okay sayang. Abang faham, sayang cemburukan. Orang kata cemburu tu sebab sayang tau." Busyairi sudah mencubit manja pipi isterinya.

   "Abang! Dahlah pergi sekolah. Daripada semalam lagi duk cubit pipi saya. Karang bengkak pipi saya camana?" Hanisah sudah merajuk.

   "Alolo isteri abang merajuklah pulak."

   "Karang abang balik, nak makan apa? Kalau cukup bahan-bahan kat dapur sayang bolehlah masakkan."

   "Betul ke sayang abang ni nak masak?"

   "Dah puas ke makan nasi goreng saya? Masakan saya yang lain taknak rasa?"

   "Okaylah. Sayang masak je apa-apa. Abang ni semua abang makan. Tak jadi masalah pun." Busyairi sudah tersenyum ke arah isterinya.

   "Ingat ya, kelas kita pun akan start harini jugak ya. Jadual pun abang dah bagi kan semalam. Sayang cuma cuti hari Sabtu dan Ahad je. Selain hari-hari tu anggap je sayang ni masih sekolah lagi. Tapi sekolah di rumah je lah. Hahahahaha!" Geram je Hanisah lihat gelagat suaminya ni. Kadang-kadang rasa nak lepak pun ada.

   "Okaylah, abang nak pergi sekolah dulu. Nanti apa-apa call tau. Kalau sayang nak beli apa-apa pun call juga. Karang abang balik abang terus beli." Busyairi sudah menyalam dah mencium dahi isterinya.

   "Okaylah. Bye sayang! Pintu tu kunci okay." Hanisah mengangguk saja dan terus menutup pintu rumah itu.

******************************
   "Habis tu sekarang aku nak buat apa sorang-sorang kat rumah ni? Kesian dekat aku. Kaki pun takde. Nak berjalan pun tak boleh. Hurmm." Hanisah mengeluh sendirian.

   "Nak masak pun awal lagi. Baru jam 7:30 pagi. Masak awal-awal pun buat apa? Aku pun bukan lapar lagi. Baru je lepas makan nasi goreng.

   Hanisah mengeluarkan diarinya. Diari yang dari dulu lagi dia simpan dan akan tulis segala keadaan yang dilaluinya pada hari-hari tersebut. Pengalaman dia selepas kemalangan pun ada jugak dicatatnya supaya kerana itu adalah pengalaman paling pahit yang dihadapannya sepanjang lapan belas tahun dia hidup.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now