Tiga minggu selepas percubaan SPM..
Busyairi bangga dengan peningkatan tiga orang pelajarnya yang mendapat C pada peperiksaan pertengahan tahun yang lalu dan berjaya mendapat gred A- pada peperiksaan kali ini. Tidak lama lagi menjelanglah peperiksaan sebenar SPM pula. Tinggal lagi dua bulan sahaja lagi. Dia berasa bangga melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM pada tahun ini.
Busyairi juga pelik dengan perubahan sikap Hanisah yang mendadak itu. Sudah hampir dua bulan jugalah Busyairi tidak bercakap mahupun bertegur sapa dengan Hanisah. Rindu tu jangan katalah, memang dia rasa teramatlah rindu pada sikap Hanisah yang ceria dan peramah seperti dahulu. Sepatah Busyairi tanya, sepatah jugalah dia menjawab. Ajak keluar pun dia tak mahu. Malah Busyairi yang mahu mengulang kaji bersamanya juga dia tidak mahu. Katanya nak belajar sendiri saja.
Tapi tidak mengapalah, mungkin Hanisah mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan SPM yang bakal menjelang tiba nanti. Busyairi tidak mahulah memaksa Hanisah untuk keluar dan study bersamanya juga. Dia mahu Hanisah berjaya dalam peperiksaan SPMnya supaya cita-cita yang dihajati selama ini akan tercapai suatu hari nanti.
Busyairi terus mengambil barangnya dan terus keluar dari bilik disiplinnya untuk masuk ke kelas 5 Sains 2 seperti biasa. Hari ini hari Khamis. Sememangnya dia sudah menetapkan hari Khamis adalah hari untuk mengajar karangan di kelas itu. Namun, Busyairi rasa dia tidak mahu lagi untuk menambah tekanan pada pelajar-pelajar kelas 5 Sains 2 itu. Jadinya hari ini dia cuma mahu menjadikan kelas karangannya sebagai kelas motivasi saja.
"Bangun!" Arah ketua kelas 5 Sains 2 iaitu Hafizam. Busyairi sudah berdiri di hadapan kelas itu dan memerhati semua pelajarnya termasuk Hanisah.
"Assalamualaikum cikgu!" Ketua kelas memberi salam diikuti oleh pelajar lain selepas itu.
"Duduk!" Arah Busyairi.
"Semua datang ke harini?" Soal Busyairi. Semua pelajar hanya mengangguk.
"Baguslah. Hari ini sepatutnya kelas karangan kan? Tapi saya rasa saya taknak ajar apa-apa harini. Saya just nak sembang-sembang je dengan kamu semua. Lagipun kamu baru je habis trial SPM kan. Saya taknak kamu terlalu pressure sangat nanti datangkan bahaya pada kamu semua. Sebab saya nampak kamu semua terlalu serius belajar..." Kata-katanya terhenti di situ dan matanya terus memandang Hanisah yang daripada tadi lagi membaca buku.
"Hanisah yang dekat belakang tu buat apa tu?" Busyairi menaikkan sedikit nada suaranya. Hanisah terus memandangnya.
"Kan saya dah cakap hari ini saya taknak nampak satu buku pun atas meja kamu! Kamu tak dengar ke saya cakap Hanisah?" Hanisah sudah membuat muka bosan dan menutup bukunya kembali. Malas nak tengok muka lelaki itu! Busyairi hanya menggeleng memandangnya. Tak tahulah kenapa Hanisah boleh berubah sedemikian. Dah tak macam dulu.
"Dah-dah yang lain pandang depan!" Arah Busyairi.
"Kamu ni Hanisah buat saya hilang mood ja. Jangan kerana awak buatkan saya nak mengajar je harini.." Jawab Busyairi yang sudah menghela nafasnya. Begitu juga dengan pelajar lain.
"Saya nak tanya kamu semua, nak belajar ke nak dengar saya bercakap je harini? Harini waktu saya ada 2 jam ni. Lama lagi nak habis waktu saya." Busyairi saja je mengajukan soalan itu. Dia sudah tahu jawapan yang akan diberikan oleh pelajar kelas 5 Sains 2.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomanceBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...