Busyairi sudah duduk termenung daripada tadi lagi dan matanya masih menghadap televisyen. Hatinya rasa sunyi. Berbagai-bagai perasaan yang sudah timbul di dalam hatinya. Perasaan sedih, takut dan malas.
"Lan.." Panggil Busyairi.
"Kenapa Ri?" Balas Mazlan.
"Kalau dah nak buka sekolah nanti lepas tu Hanisah tak bangun lagi camana?" Tanya Busyairi. Mengharapkan jawapan daripada Mazlan dapat memuaskan hatinya.
"Kenapa kau tanya macam tu?" Soal Mazlan semula.
"Yelah lepas ni kan aku mengajar di Ipoh pulak. Camana nak tengok dia hari-hari? Cuti lagi sebulan lebih ja ni. Aku risau kalau dia bangun masa aku dah ada kat Ipoh nanti." Balas Busyairi.
"Ala Ri. Kalau kau betul-betul cintakan dia, sayang dia, hari Sabtu kau marilah sini untuk ziarah dia. Kau boleh tidur rumah aku ni. Lepas tu Ahad kau baliklah sana balik." Cadang Mazlan.
"Boleh je aku tidur rumah kau ni. Tapi masalahnya aku tengah risau ni kalau dia lambat bangun Lan. Hari itu doktor dah kata dia akan bangun dalam masa terdekat. Tapi sampai sekarang dia tak sedar lagi Lan." Jawab Busyairi sambil matanya tertumpu di kaca televisyen.
"Doa banyak-banyak Ri. Insya-Allah sebelum kau ke Ipoh dia akan bangun." Balas Mazlan pula.
"Tapi kalau kau nak wakilkan aku tengok keadaan dia, aku okay ja. Apa-apa berita aku bagitahu dekat kau." Balas Mazlan lagi.
"Tak payahlah Lan. Susahkan kau je. Karang apa pulak kata ibu dia." Busyairi sudah mengurut-ngurut kepalanya.
"Esok aku nak ke sekolah Lan. Kalau boleh aku nak mintak tolong kau. Tolong aku kemaskan semua bilik disiplin tu sebelum Razman ambil alih tahun depan." Busyairi sudah membuat muka kesiannya di hadapan Mazlan. Menyampah Mazlan melihatnya. Gedik!
"Yelah yelah. Aku boleh je tolong kau. Mana kau tau Razman tu pegang jawatan tu tahun depan?" Soal Mazlan pula. Dia dah menunjukkan muka yang agak pelik.
"Encik Yusuf bagitahu aku. Razman pun dah contact aku. Katanya next week dia dah mula nak hiaskan bilik disiplin tu. Kau tahu kan dia suka gila bab deko-deko ni." Busyairi membalas ringkas.
"Boleh ke dia jadi guru disiplin Ri? Dia kan lembut-lembut gitu." Soal Mazlan pula dan hampir-hampir dia tergelak sebelum Busyairi menumbuk lengannya.
"Kau ni Lan. Tak baiklah kata dia macam tuh. Lembut-lembut dia pun kalau dia jerit sekolah sebelah pun boleh dengar kau tau tak?" Balas Busyairi. Malas betul dia nak layan Mazlan ni kalau dia dah mula nak mengutuk orang.
"Kau tak tengok lagi kot tahap garang dia takat mana. Buku budak pun dia boleh baling dari tingkat tiga sampai bawah tu. Cuma bezanya dia dengan aku dia tu mudah mesra dengan pelajar. Aku kat sekolah serius je 24 jam. Nak senyum pun aku malas" Balas Busyairi lagi.
"Yelah Ri." Balas Mazlan ringkas.
Mereka dua-dua sudah terdiam selepas rancak berbual sebentar tadi. Kalau Busyairi dah mula layan si Mazlan ni bergosip, memang sampai Subuh pun tak habis. Suka sangat dia cerita pasal orang sana sini.
"Oh ya, sebelum tu Lan aku nak bagitahu, esok lepas je kita kemas bilik disiplin tu aku ingat nak pergi hospital terus esok. Kau nak ikut tak? Kalau kau tak nak ikut kita bawa kereta asing-asinglah. Kalau kau nak ikut, kau tumpang aku je lah." Ujar Busyairi sebelum dia beredar ke biliknya. Mazlan menoleh.
"Boleh juga Ri. Lagipun esok Azura sibuk kerja kan, jadi aku takleh nak keluar date dengan dia. Aku pun tak pernah lagi tengok Hanisah depan-depan. Okaylah Ri, esok aku tumpang kau je." Busyairi sudah mengangguk sebelum kembali berjalan masuk ke biliknya.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomanceBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...