"Sayang, ingat tak Amirul?"
"Ingat, kenapa dengan dia?"
"Dia praktikal tau dekat sekolah abang."
"Seriuslah? Wow! Nakal nakal dia pun bakal cikgu juga ya. Baguslah tu."
"Tulah, abang pun tak tak sangka dapat jumpa dia. Kecil betul dunia ni. Dia pun dah bertunang tau." Busyairi sudah mula bercerita tentang Amirul.
"Dengan Alina kan?" Sambung Hanisah.
"Bukanlah. Tapi tadi dia adalah sampaikan hajat dia pada abang. Alang-alang dia dah berjumpa dengan abang kan." Kata Busyairi.
"Hajat apa? Serius je bunyinya." Balas Hanisah.
"Dia nak jemput sayang ke majlis reunion kelas 5 Sains 2 nanti. Dia kata ramai yang cuba cari sayang. Tapi tak jumpa. Lagipun sayang dah tukar nombor telefon kan. Lagilah diorang tak dapat contact sayang." Jelas Busyairi.
"Adalah diorang jemput abang sekali."
"Hanis ikut abang je. Kalau abang pergi, Hanis pergilah."
"Abang ingat nak pergilah sayang. Sayang tak rindu dekat Maisarah?"
Hanisah tiba-tiba teringat akan Maisarah. Kawan baiknya semasa sekolah dulu. Lepas dia kemalangan enam tahun lepas, dia terus tidak berjumpa dengan. Maisarah lagi. Rindunya pada sahabat baik itu tidak pernah padam. Memang dia mahu berjumpa dengan Maisarah, tapi tak tahu bagaimana cara untuk berjumpa.
Busyairi dan Hanisah sudah terdengar suara anak-anaknya menangis. Kuat dan nyaring suara dua beradik itu. Busyairi terus menolak kerusi roda Hanisah dan menuju ke arah anak-anaknya.
"Zafir! Zafirah! Kenapa ni? Kenapa bising-bising ni?" Kuat suara Busyairi menerjah ke gendang telinga anak kembarnya.
"Pa..pa ta..adi abang to..lak adik!" Zafirah sudah berlari memeluk papanya.
"Zafir kenapa tolak adik?" Tegas suara Busyairi.
"A..dik ya..ng tolak ab..ang dulu." Balas Zafir yang sudah terhenjut-henjut bahunya.
"Kan papa dah cakap, nak main, mainlah elok-elok. Jangan bergaduh! Kenapa Zafir Zafirah taknak dengar cakap papa ni? Mama pun selalu kata jangan bergaduh! Tapi dua-dua taknak dengar." Marah Busyairi. Zafirah sudah berlari ke arah mamanya. Dia memang takut bila papanya sudah mula marah.
Busyairi sudah berjalan ke arah tempat rotan digantungkan. Dia memang tegas dalam mendidik anak-anaknya. Dia paling pantang kalau Zafir dan Zafirah mula bergaduh.
"Mari sini dua-dua!" Arah Busyairi. Zafir sudah tertunduk dan menangis teresak-esak. Zafirah mula menyorok di belakang mamanya.
"Papa cakap apa tadi? Mari datang dekat papakan? Kalau papa datang dekat Zafirah papa akan tambah denda!" Busyairi memberi amaran.
Busyairi terus mendukung Zafirah yang masih membatu di belakang kerusi roda mamanya. Hanisah hanya mampu melihat saja kerana memang dia serahkan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak kepada suaminya. Dia tahu suaminya sahaja mampu mendisiplinkan Zafir dan Zafirah kerana sikap tegasnya.
"Berdiri depan papa! Zafir, Zafirah, angkat muka! Dah, berhenti menangis!" Zafir sudah terdiam. Zafirah masih lagi menangis.
"Zafirah tak dengar pun cakap papa. Nak papa tambah denda ke?" Serius suara Busyairi. Akhirnya Zafirah berhenti menangis dan terus menggelengkan kepalanya sebab tak mahu denda ditambah.
"Dengar sini papa cakap! Dua-dua pandang papa! Papa dengan mama tak pernah ajar Zafir Zafirah bergaduh macam ni. Kan papa dah bagi amaran kan. Kalau bergaduh papa akan buat apa?" Lembut suara Busyairi.
"Pa..pa ro..tan." Tergagap kedengaran suara anak kecil itu.
"Pandai anak-anak papa. Okay hulur tangan!" Lembut suaranya tetapi tetap kedengaran tegas. Hanisah hanya melihat saja adegan anak beranak itu.
Pap! Pap!
"Ni papa rotan perlahan je. Tapi ingat pesan papa, kalau Zafir dengan Zafirah bergaduh lagi lepas ni papa akan rotan lagi kuat. Faham tak ni?" Mereka berdua mengangguk tanda faham. Hanya airmata yang mengalir di pipi Zafir dan Zafirah.
Busyairi sudah melutut di hadapan anak-anaknya. Dia terus mencium pipi dan mengusap rambut mereka. Di samping dia mengelap airmata anak kecil itu.
"Dengar sini anak-anak papa, papa rotan bukan sebab papa benci atau papa marah dengan anak-anak papa. Tapi papa nak anak-anak papa tak bergaduh macam tadi. Papa nak anak-anak papa berdisiplin, jadi orang berguna, hormat papa dengan mama. Bila Zafir dan Zafirah bergaduh macam ni bermakna anak-anak papa tak hormat papa dengan mama. Tak dengar cakap papa dengan mama. Zafir dan Zafirah sayang mama dengan papa tak?" Busyairi sudah menasihati anak-anaknya dengan suara yang sangat lembut agar mereka tidak berasa takut lagi.
"Za..fir sa..yang ma..ma dengan pa..pa." Balas Zafir yang sudah mula mahu menangis.
"Za..fir..ah pun sama pa..pa." Zafirah juga sudah mahu menangis.
"Jadi pergi minta maaf balik dengan mama." Arah Busyairi.
"Ye sayang. Mama maafkan anak-anak mama. Janji dengan mama jangan bergaduh lagi. Nanti papa marah mama taknak tolong." Balas Hanisah yang sudah senyum dan memeluk anak-anaknya.
"Pergi peluk papa pulak." Berlari Zafir dan Zafirah mendapatkan papa mereka.
"Pa..pa Za..fir dengan Za..fir..ah nak min..ta maaf dekat pa..pa" Zafir dan Zafirah sudah memeluk kaki papanya.
"Ye papa maafkan anak-anak papa. Papa tak marah pun. Papa nasihat je. Janji lain kali jangan buat dah?" Kembar sepasang itu sudah mengangguk.
"Pergi duduk sana. Nanti papa datang letak ubat dekat tangan Zafir Zafirah." Arah Busyairi yang sudah melihat tangan anak-anaknya yang sedikit merah.
"Sebelum tu, Zafir Zafirah pergi masuk bilik dan terus mandi okay! Kejap lagi kita solat maghrib sama-sama. Jangan lambat turun solat! Nanti papa rotan lagi. Lepas solat papa sapukan ubat." Tegas suaranya. Terus anak-anaknya berjalan menuju ke bilik masing-masing.
"Abang.." Panggil Hanisah.
"Ye sayang. Ada apa?" Baru saja Busyairi nak menaiki tangga, terus dia menoleh ke arah isterinya.
"Abang tak rasa ke abang didik anak keras sangat?" Tanya Hanisah lagi.
"Tak sayang." Ringkas saja jawapannya.
"Abang tak rasa keterlaluan pun. Abang rotan pun bukan sampai mendera. Takde sampai luka-luka tangan diorang. Cuma merah sikit je lah. Kalau tak letak ubat pun takpa. Tapi abang nak buktikan pada diorang yang abang ni nak mendidik diorang. Bukan marah. Gitulah."
"Okaylah kalau abang kata macam tu." Hanisah sudah tersenyum.
"Abang dulu lagi teruk kena dengan arwah abah tau. Sebab kecil-kecil dulu abang pergi terjun sungai selepas balik sekolah. Terus kena sebat dua tiga kali walaupun masa tu baru umur 8 tahun." Busyairi sudah tergelak besar. Hanisah pun turut ketawa juga.
"Eh samalah kita! Hanis teringat dulu Hanis pernah panjat pokok tau. Lepas tu jatuh sampai luka-luka banyak jugalah. Arwah ayah balik terus dia tambah lagi tau." Hanisah tergelak bila terkenangkan zaman kanak-kanaknya.
Mereka berdua turut tergelak besar. Tak sangka mereka punya pengalaman yang sama macam tu. Memang sehati sejiwa betullah!
"Patutlah perangai kita turun ke anak-anak!" Busyairi ketawa lebih kuat lagi.
"Bukan perangai Hanis ye. Tapi perangai abang!" Hanisah sudah merenung mata Busyairi dengan pandangan yang tajam. Tapi mereka tergelak juga akhirnya.
Hanisah sudah menampar lengan Busyairi dengan perlahan dan mereka dan terus ketawa bersama-sama bila terkenangkan zaman kanak-kanak mereka.

YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomanceBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...