BAB 29

997 34 1
                                    

   "Sayang semua dah bawa ke? Ada lagi tak yang tertinggal?"

   "Takde dah bang."

   Busyairi menyalam ibu mentuanya. Hanif pagi-pagi dah keluar bertugas. Jadi tak sempat nak jumpa dia. Busyairi sudah masuk ke dalam keretanya dan terus menghidupkan enjin kereta.

   "Bye ibu! Nanti kalau abang cuti sekolah, bolehlah kami balik jumpa ibu!" Hanisah sudah melambai-lambai kepada ibunya. Busyairi sudah honkan keretanya.

   "Sayang, kenapa senyap ni?"

   "Takde apa bang. Saya dah rasa rindu kat kampung. Yelah sepanjang 18 tahun saya hidup, saya tak pernah keluar dari Selangor ni. Nak tanya sikit boleh tak?"

   "Tanyalah sayang. Banyak pun boleh."

   "Awak minta tukar ke atau awak memang diarahkan bertukar?"

   "Abang ditukarkan. Sebenarnya abang dah naik pangkat. Dari guru disiplin ke penolong kanan kokurikulum." Busyairi sudah senyum.

   "Tahniah abang. Yang abang takde kat sekolah sampai seminggu tu sebab abang pergi kursus naik pangkat tulah?" Tanya Hanisah yang sudah tersenyum manis ke arah suaminya. Busyairi mengangguk.

   "Sayang.."

   "Ye. Kenapa bang?"

   "Balik nanti saya ada surprise dekat sayang tau!" Busyairi teruja.

   "Tak payahlah nak bagi kejutan sangat dengan saya bang. Saya taknak susahkan abang."

   "Takpalah sayang. Abang ikhlas. Mestilah abang kena bagi hadiah dekat sayang sempena perkahwinan kita ni. Kita kahwin kan takde hantaran bagai. Jadi tak salah abang bagi hadiah dekat isteri kesayangan abang ni." Tangan kiri Busyairi sudah menggenggam tangan Hanisah. Hanisah membiarkan saja. Taktaulah kenapa kali ini dia tak marah pada suaminya. Sedangkan sebelum ni dia amat benci lelaki itu.

   "Abistu saya nak bagi apa dekat abang?" Hanisah sudah memuncungkan bibirnya. Tergelak Busyairi. Comel betul isterinya bila merajuk macam ni.

   "Kejap abang fikir ya. Hmm abang nak apa ye dari sayang?" Busyairi sudah memikirkannya. Selepas itu dia memandang Hanisah dengan muka yang nakal.

   "Abang, ingat janji kita ya."

   "Abang sentiasa ingat janji kita sayang. Mana mungkin abang lupa. Sebab sayang banyak lagi kan impian yang perlu sayang capai."

   "Oh ya. Esok dah start sekolah kan. Jadi abang dah susun juga jadual sayang untuk ulangkaji balik apa yang sayang belajar sebelum ni. Ke sayang dah lupa apa yang sayang belajar dulu?" Busyairi sudah mengenyitkan matanya.

   "Saya masih ingat bang. Jangan risau. Tapi abang pandai ke nak ajar fizik, biologi, Addmath bagai tu?" Soal Hanisah.

   "Sayang, apa yang sayang belajar dulu pun abang dah pernah belajar. Sepanjang 10 tahun abang jadi cikgu ni, macam-macam subjek abang dah pernah ajar tau. Sayang je taktau sebab sayang hanya fikir abang ni ajar BM je kan sebab abang ajar BM kelas sayang dulu."

   "Jadi abang boleh ajarkan semua tu termasuk Addmath?" Busyairi mengangguk.

   "Wah, powerlah abang ni!" Hanisah sudah menepuk-nepuk tangannya. Lagak macam anak kecil saja.

   "Abang ni opsyen apa sebenarnya?"

   "Addmath la sayang!" Busyairi sudah tersengih.

   "Seriuslah? Kenapa abang jadi cikgu BM pulak?"

   "Masa di IPG dulu abang ambil Addmath la. Selepas tu abang sambung master dalam pengajian Bahasa Melayu. Jadi abang mengajarlah Bahasa Melayu. BM dah sebati dengan jiwa abang. Addmath kurang dah sayangnya. Tapi kalau nak mengajar sayang sorang abang boleh ja." Busyairi sudah mencubit pipi isterinya.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now