BAB 21

1.1K 31 1
                                    

   Hei Ri, betul ke Hanisah kemalangan Ri? Kecoh dalam group sekolah tu.- Mazlan

   Ye Lan, Hanisah dalam bilik operation sekarang ni. Doktor terpaksa potong kaki kanan dia Lan- Busyairi

   Allahuakbar! Moga dia cepat sihat ya Ri. Aku nak pergi hospital pun tak boleh ni. Tengah jaga exam. Kalau tidak aku dah lari pergi hospital dulu.- Mazlan

   Takpalah Lan. Aku ada kat sini. Guru kelas Hanisah dengan pengetua ni pun ada sekali kat sini.- Busyairi

   "Habis exam karang aku datang ya. Kau tunggu aku kat sana. Aku tau camana keadaan kau sekarang Ri- Busyairi

   Busyairi sudah menutup telefonnya kerana tidak mahu diganggu. Pengetua dan Cikgu Rusila pun dah balik semula ke sekolah kerana banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan.

   Jam pun sudah menunjukkan pukul satu petang. Dia masih belum makan tengahari lagi. Daripada pagi tadi pun dia tidak menjamah sebarang makanan pun daripada rumah. Sekadar minum kopi saja untuk sarapan pagi tadi di rumah.

   Busyairi berjalan ke sana ke sini di depan pintu bilik pembedahan itu. Dia sudah menyuruh Hanif membawa Puan Nafisah pergi makan dahulu. Kalau ada apa-apa maklumat dia akan terus inform sahaja.

   Sudah beberapa jam, keadaan Hanisah belum mendapat khabar berita. Entah bagaimanalah keadaannya di dalam itu. Sama ada selamat atau tidak. Dia hanya mampu berdoa sahaja moga cinta hatinya itu berada dalam keadaan selamat menjalani pembedahan tanpa ada sebarang komplikasi pun. Bagaimanalah dia nak menghadapi hidupnya untuk masa akan datang tanpa anggota kaki kanannya nanti.

   Bagaimanapun keadaan Hanisah, dia akan sentiasa berada disisi gadis itu. Dia akan bantu selagi mampu. Semoga Hanisah tidak berasa terbeban dengan kehidupannya yang berubah 360 darjah kini.

*********************
   Jam sudah pun menunjukkan jam tiga petang. Sudah enam jam Hanisah berada di bilik pembedahan itu. Hati Busyairi sudah semakin risau. Semasa dia solat zohor tadi pun tak henti-henti doanya menyebut nama Hanisah. Moga-moga Allah mendengar dan makbulkan segala doanya. Benar, hatinya sangat sayangkan gadis ini. Tidak tahulah bagaimana keadaan dia kalau Hanisah tiada disisinya. Cukuplah dia dah beberapa kali kecewa dalam percintaannya.

   Kelihatan Dr Nasir sudah keluar daripada bilik pembedahan itu. Busyairi, Puan Nafisah dan Hanif terus bangun dan mendapatkan Dr Nasir itu.

   "Bagaimana dengan adik saya doktor?" Soal Hanif.

   "Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Tapi..." Kata-kata Dr Nasir terhenti di situ. Tangan Dr Nasir sudah memegang bahu Hanif dan Busyairi dan meminta mereka untuk terus bersabar.

   "Kenapa doktor?" Soal Busyairi cemas.

   "Hanisah sekarang berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan mungkin akan koma dalam beberapa minggu. Ataupun beberapa bulan. Jadi saya berharap pihak tuan dan puan teruslah bersabar dan berdoa moga-moga Hanisah akan sedar dalam masa terdekat ni." Jawab Dr Nasir dengan berhati-hati agar tidak menimbulkan lagi kerisauan pada keluarga pesakitnya.

   "Jadi ada apa-apa pertanyaan lagi ke?" Soal Dr Nasir.

   "Bila boleh kami jumpa Hanisah ye doktor?" Tanya Puan Nafisah pula.

   "Nanti kami akan bawa Hanisah ke wad ICU untuk pemantauan lanjut. Kalau dia dah lepas tahap kritikal kami akan pindahkan dia ke wad biasa. Nanti kamu semua bolehlah jumpa dia ya. Kalau boleh jangan lama-lama ya. Saya minta maaf ya pada pihak tuan dan puan. Saya minta diri dulu." Dr Nasir sudah berlalu pergi meninggalkan Puan Nafisah, Hanif dan Busyairi.

   Hanif dan Busyairi sudah memimpin wanita tua itu untuk duduk menunggu di depan wad ICU sebelum Hanisah di bawa ke sana. Hanif pula sudah menggosok-gosok belakang badan ibunya untuk menenangkan wanita tua itu. Berat dugaan mereka sekeluarga.

   "Ibu, Hanif, nanti kawan Ri nak datang. Ibu masih ingat kan Mazlan?" Soal Busyairi.

   "Datang je lah Ri siapa-siapapun. Manatau sebab kehadiran mereka, mereka akan doakan Hanisah kan." Jawab Puan Nafisah yang sudah sebak itu. Busyairi hanya mengangguk saja.

   Ri, aku dekat luar wad ni. Aku tak naklah ganggu family dia. Kau keluar la kejap- Mazlan

   Ok- Busyairi

   Busyairi berjalan laju menuju ke pintu keluar daripada wad ICU itu. Dia dah suruh pun Mazlan masuk tapi dia tolak kerana tidak mahu mengganggu privasi keluarga Hanisah itu.

   "Ri, kau okay ke? Aku tengok kau macam tak terurus dah ni." Mata Mazlan sudah memerhati sahabat baiknya itu.

   "Aku okay Lan. Kau nak masuk jomlah. Ibu dan abang Hanisah ada dalam tu." Ajak Busyairi.

   "Eh takpalah Ri. Esok ke aku datang balik tengok keadaan dia. Dia kan baru lepas operate. Tak manis kot aku melawat time macam ni. Kau betul-betul okay ke ni Ri? Kau dah makan?" Tanya Mazlan.

   "Belum Lan. Aku tak makan apa pun lagi dari pagi tadi." Busyairi menggeleng dan melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Mazlan.

   "Aku tahu. Saja je aku tanya kau. Aku kenal kawan aku ni. Dia memang kalau nak makan kena paksa dulu. Kalau tak paksa dia takkan makan. Ni aku beli makanan sikit. Nasi ayam untuk kau, dan family Hanisah. Nanti korang makan la ya. Kau jangan lupa makan Ri. Nanti kau pula sakit." Mazlan sudah menasihati sahabatnya.

   "Hei Ri, budak-budak kelas 5 Sains 2 dah tau ke berita ni?" Tanya Mazlan.

   "Dah. Rusila dah bagitahu dekat budak kelas dia. Selepas habis paper BM tadi diorang dah buat solat hajat dengan bacaan Yassin tadi. Insya-Allah esok pihak sekolah pula nak adakan majlis solat  hajat dan bacaan Yassin untuk Hanisah." Jelas Busyairi.

   "Kalau budak-budak tu datang karang camana?" Soal Mazlan semula.

   "Aku dah tulis dalam group kelas diorang suruh jangan datang. Sebab Hanisah masih kritikal Lan. Dan doktor pun tak bagi masuk ramai-ramai. Tu aku tanya kau, kalau kau nak masuk pergilah. Aku tunggu kat luar ni." Balas Busyairi.

   "Aku tak sangka benda ni boleh jadi macam ni Lan. Patutlah perangai dia macam berubah je sejak beberapa bulan lalu. Dia memang dingin dengan aku sejak aku kantoi selalu mesej ibu dia. Telefon dia kan rosak. Jadi aku mesej la ibu dia. Aku adalah ajak dia keluar sebab nak bagi telefon baru dekat dia supaya dia senang nak belajar. Tapi tulah, dia asyik tolak je ajakan aku." Jawab Busyairi panjang lebar. Sesekali kedengaran keluhan dari mulutnya.

   "Takpalah Ri. Benda dah jadi. Aku tau Hanisah ni kuat. Kau jangan risaulah Ri. Dia akan okay Insya-Allah." Mazlan sudah memujuk Busyairi.

   "Bila kau nak balik ni?" Tanya Mazlan.

   "Kejap lagi Lan. Aku tunggu doktor uruskan kaki Hanisah sekejap. Dia suruh kami kebumikan. Aku rasa aku nak kebumikan hari ni juga. Selepas tu aku nak hantar ibu balik sekejap sebab Hanif kena balik semula balai untuk uruskan dia punya cuti." Balas Busyairi panjang lebar.

   "Kau nak aku tolong tak Ri?" Tanya Mazlan lagi.

   "Aku tak paksa kau. Kalau kau nak tolong pun boleh je. Tapi kau tak penat ke baru balik sekolah ni?" Balas Busyairi.

   " Takdelah Ri. Aku boleh je tolong kau. Nanti kau mesej akulah kau nak tanam kaki tu kat kubur mana. Aku datang nanti. Kau set jam sekali okay." Mazlan terus bangun dan berlalu pergi.

   Busyairi sudah berjalan semula menuju ke bilik wad ICU Hanisah ditempatkan. Dia berdoa dan berharap supaya Hanisah cepat-cepat sedar daripada komanya. Pilu hatinya melihat pelbagai wayar yang berselirat di badan Hanisah. Diselang seli pula dengan bunyi alat bantuan pernafasan itu. Hendak menangis saja dia ketika ini.

   "Bangunlah sayang! Saya sentiasa tunggu awak ni. Saya harap awak dapat lepaslah tahap kritikal ni. Tak sanggup saya hilang awak sayang. Kalau boleh, biarlah saya yang duduk di tempat awak sekarang. Tak sanggup saya melihat awak sakit macam ni.." Rintihnya di dalam hati.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now