Hanisah lekas-lekas keluar dari kelasnya untuk bertemu dengan Cikgu Busyairi untuk mengambil semula kertas karangannya pagi tadi. Baru sahaja dia berjalan beberapa langkah daripada kelasnya, dia bertemu dengan Busyairi. Hanisah mahu saja berjumpa Cikgu Busyairi disitu juga kerana malas hendak berjalan menuju ke bilik disiplin yang berada di tingkat tiga. Namun apabila Hanisah bertentang mata dengan Cikgu Busyairi, dia melihat wajah Cikgu Busyairi seperti menahan marah saja.
"Cikgu, saya nak ambil balik kertas karangan tu sekarang boleh?" Tanya Hanisah sekadar berbahasa.
"Eloklah jumpa awak kat sini terus. Mari ikut saya!' Tegas kedengaran nada suaranya.
Cikgu Busyairi berjalan laju tanpa menghiraukan Hanisah yang sudah semput megekorinya dari belakang. Sengaja je dia buat begitu untuk mengenakan Hanisah. Namun wajahnya tetap serius dan semua pelajar yang lalu disebelah tidak berani mengangkat muka mereka. Hnaisah kembali berjalan laju untuk mengekori cikgunya itu.
"Perlahanlah sikit jalan tu cikgu. Saya ni macam nak semput dah." Seloroh Hanisah.
"Saya nak cepat ni. Saya ada perhitungan nak selesaikan dengan awak." Cikgu Busyairi memandang Hanisah dengan muka seperti tidak berminat untuk menjawab pertanyaan Hanisah.
Akhirnya mereka sampai juga di hadapan bilik disiplin itu. Busyairi terus menanggalkan kasutnya dan terus menuju ke mejanya untuk melegakan sedikit kepenatan mental dan fizikalnya. Hanisah hanya mampu memandangnya tanpa rasa kesian sedikit pun. Tulah, sapa suruh jalan laju sangat! Hanisah hanya mampu memerhati segala kelakuan Cikgu Busyairi di dalam bilik disiplin itu. Namun, Hanisah tidak berminat untuk mengeluarkan kata-katanya kerana nampak gurunya itu terlalu penat.
"Awak nak?" Tanyanya sambil menghulurkan beberapa roti yang telah disapu bersama kaya itu. Hanisah hanya menggeleng.
"Maaflah saya terpaksa makan depan awak ni. Sebab memang saya dah lapar sangat ni. Daripada pagi tadi lagi saya tak makan langsung." Tambahnya lagi. Selamba sahaja dia makan tanpa menoleh ke arah Hanisah yang sudah termangu-mangu duduk dihadapanya.
"Take your time cikgu. Saya okay saja tunggu sini. Lagipun saya kalau balik rumah awal-awal pun takda benda nak buat. Jadi dapat tengok cikgu makan pun boleh." Seloroh Hanisah dan Busyairi sekadar mengukir senyuman.
"Memandai je awak ni. Saya ajak makan taknak. Sekejap ya saya nak ke tandas jap nak basuh tangan." Hanisah hanya mengangguk saja.
Kembalinya didalam bilik itu, Busyairi terus duduk di mejanya dan mencari-cari dimana terletaknya kertas karangan Hanisah tadi. Dia terus mencari kertas itu di celahan buku-buku dan fail-fail yang ada di atas mejanya. Sesekali dia mengerling pada Hanisah yang sedang membaca buku itu. Hanisah seperti malas saja hendak bertanya kerana dia tahu apa yang dicari oleh Busyairi itu. Berselerak betul mejanya.
"Kejap eh. Saya cari kertas awak. Saya pun lupa mana saya letak kertas awak." Terdengar beberapa kali Busyairi mengeluh. Baru dia teringat dimana letaknya kertas karangan Hanisah itu. Rupanya dia terletak kertas itu dicelahan buku rekod mengajarnya selepas sahaja selesai menyemaknya.
"Haih nasib baik tak hilang." Busyairi sudah menepuk dahinya.
Busyairi membelek satu persatu helaian kertas itu bagi melihat kembali apa-apa kesalahan yang terdapat dalam karangan Hanisah. Hanisah daripada tadi asyik tekun memandangnya. Busyairi hanya melihat segala perlakuan pelik Hanisah tu. Tidak berkelip-kelip matanya memandang wajah gurunya itu.
"Hei, berangan ke? Dalam kelas awak mengelamun. Dalam bilik saya ni pun awak mengelamun." Busyairi sudah mengetuk mejanya bagi menyedarkan Hanisah daripada lamunannya.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomansaBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...