"Aku terima nikahnya Nur Hanisah binti Ahmad Sharifuddin dengan mas kahwinnya seutas gelang emas tunai..."
Dengan restu keluarga, Hanisah dan Busyairi selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Syukur Alhamdulillah, impian Busyairi untuk memperisterikan wanita yang paling dicintainya akhirnya tercapai jua. Umur sudah hendak masuk empat puluh tahun baru dia kahwin!
"Terima kasih Hanis..." Ucap Busyairi yang sudah berair matanya.
"Kenapa awak panggil saya Hanis?" Busyairi tidak menjawab. Dia terus bersalam dengan ibu mentuanya dan Hanif yang telah menjadi abang iparnya.
"Terima kasih Lan sebab kau banyak permudahkan urusan aku nak kahwin ni." Busyairi terus memeluk sahabatnya itu.
"Kau kan sahabat aku. Aku anggap kau macam abang aku dah walau umur kita beza lima tahun tau. Selamat pengantin baru Ri. Lepas ni aku duduk rumah sorang-soranglah." Ucap Mazlan yang sudah hampir menangis.
"Walau lepas ni mungkin kita jarang berjumpa, kau janganlah lupa aku kalau ada member baru nanti. Kau kahwin dengan Zura nanti jangan lupa jemput tau!" Kata Busyairi mengusik.
"Pengantin cepat sarungkan cincin! Kami nak ambil gambar lawa-lawa ni!" Jerit jurukamera yang sudah riuhkan suasana.
Busyairi terus duduk melutut di hadapan Hanisah. Jarinya perlahan-lahan memegang jari isterinya dengan lembut sekali. Dimasukkan cincin selepas itu. Hanisah sudah menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya buat pertama kali. Busyairi menghadiahkan senyuman yang paling manis buat Hanisah. Namun, Hanisah tidak berminat untuk membalas senyuman suami yang dinikahi dalam keadaan terpaksa itu.
"Kenapa masam sangat muka pengantin perempuan ni! Senyumlah sikit!" Jerit jurukamera itu lagi yang saja mahu menyakat pengantin perempuan.
Hanisah senyum dalam terpaksa. Tanpa bersedia, Hanisah sudah digendong oleh suaminya. Tajam matanya memandang ke arah Busyairi yang sudah terlebih excited itu.
"Terima kasih sebab terima saya jadi suami awak." Ucap Busyairi perlahan.
"Saya sayang awak." Tambahnya lagi.
Hanisah tidak membalas. Berubah muka Busyairi apabila Hanisah tidak membalas ucapannya romantis itu. Tapi dia beriak biasa je lah agar orang ramai tidak syak apa-apa di antara mereka.
"Pengantin perempuan rangkullah leher suami tu. Cepat kami nak ambil gambar lagi ni!" Arah jurukamera.
Dengan keadaan terpaksa, Hanisah buat juga. Pada saat ini, perasaan bencinya pada lelaki itu semakin hilang sedikit demi sedikit selepas upacara ijab dan qabul itu. Hanisah cepat-cepat menafikan perasaannya.
**************************
"Terima kasih Ri sebab terima anak ibu jadi isteri Ri. Legalah sikit hati ibu ni. Adalah juga orang yang akan jaga Hanisah ni kalau ibu dah takde nanti. Hanif kan selalu sangat sibuk.""Bu, kenapa cakap macam tu? Nisah tak sukalah."
"Ibu cakap je sayang. Ibu harap Nisah terima Busyairi ni ikhlas la ya. Ibu tahu Busyairi ni baik orangnya. Dia mampu menjadi yang terbaik buat Nisah."
Busyairi hanya memerhati dan mendengar saja perbualan antara Hanisah dengan ibunya. Begitu juga dengan Hanif.
"Bu, Ri ingat hari Ahad ni Ri nak bawak balik Hanisah tinggal dengan Ri. Ibu izinkan tak?" Lembut suara Busyairi berkata-kata.
"Ri tak minta izin pun, ibu akan suruh Hanisah ikut Ri. Kalau boleh ibu taknaklah suruh anak menantu tinggal dengan ibu. Tak manis." Ujar Puan Nafisah.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomanceBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...