BAB 11

1.1K 36 0
                                    

   Hari ini hari Khamis. Bermakna dia ada waktu dua jam di kelas 5 Sains 2. Busyairi sudah tidak sabar untuk bertemu dengan Hanisah terutamanya untuk menyerahkan kembali kertas karangannya.

   "Assalamualaikum semua!" Busyairi terlebih dahulu memberi salam sebelum mereka bangun dulu.

   "Tak payah bangun semua duduk!" Busyairi mengarahkan mereka duduk.

   "Hai cikgu! Happy semacam je harini." Tegur Amirul salah seorang pelajar kelas 5 Sains 2.

   "Mestilah saya happy! Saya gembira berjumpa dengan kamu semua harini! Jadi jaga tingkah laku kamu semua dan jangan buat saya hilang mood untuk mengajar kamu semua harini" Sempat lagi Busyairi memberi amaran pada pelajar kelas itu.

   "Jadi harini saya ada tugasan yang menarik untuk kamu semua! Saya sanggup ketepikan segala kerja lain untuk memberi tumpuan sepenuhnya pada kamu semua!" Bersorak pelajar kelas itu. Busyairi terus memandang ke arah Hanisah yang sudah pelik memandangnya daripada tadi.

   "Kenapa kamu pandang saya macam tu Hanisah?" Soal Busyairi.

   "Takda apalah cikgu. Tak pernah saya tengok cikgu gembira macam ni sejak cikgu ajar kami dua tahun ni." Hanisah hanya beriak biasa.

   "Apa benda kau ni Nis! Cikgu happy macam ni pun kau boleh komplen lagi!" Tegur pula Farah.

   "Tah Nisah ni. Karang cikgu marah-marah kau juga yang takut!" Balas pulak Hariz. Busyairi hanya tersenyum memandang gelagat pelajar kelas 5 Sains 2 itu.

   "Sudah sudah! Jangan gaduh! Kamu ni Hanisah, suka tengok saya jadi garang ya?" Gurau Busyairi.

   "Takdelah cikgu. Saya cuma pelik je." Jelas Hanisah yang sudah tertunduk malu itu.

   "Cikgu, tadi cikgu kata ada tugasan untuk kami! Tugasan apa ya?" Tetiba Maisarah menyampuk.

   "Alaaa kau ni Sarah! Kacau daun je lah. Baru nak tengok cikgu gurau-gurau dengan kita!" Sampuk Suzana pula.

   "Ya, i like your question Maisarah!" Busyairi telah tergelak besar.

   "Terima kasih Maisarah sebab ingatkan. Kelas kamu ni pandai nak suruh saya cerita lagilah. Nak suruh saya buat lawaklah. Saja nak suruh bazir masa saya. Sat lagi saya bagitau tugasan tu ya." Busyairi sudah ketawa besar.

   "Dhizwar, kamu okay ke? Kenapa saya tengok kamu diam saja harini? Kamu sihat? Atau ada apa-apa masalah yang boleh saya bantu?" Tegur Busyairi yang sudah melihat anak muridnya hanya diam dan tidak respon apa-apa.

   "Maaf cikgu, saya mengelamun tadi." Balas Dhizwar ringkas.

   "Nasib kamu mengelamun masa saya tidak mengajar. Kalau tidak terbanglah buku karangan tebal saya tu atas kepala kamu." Gurau Busyairi sehingga tergelak kecil. Dhizwar sudah ketawa besar juga sambil disaksikan oleh seluruh pelajar kelas itu.

   "Annoying betul dia ni!" Sampuk Alina. Busyairi hanya tersenyum gembira melihat telatah anak muridnya itu.

*******************
   Busyairi sudah kembali serius. Semua pelajar sudah tertumpu padanya. Busyairi sudah mengeluarkan marker pennya dan menulis sesuatu di papan putih.

Beberapa negara rantau Asia seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand sering dilanda masalah jerebu. Hal ini telah menjejaskan kesihatan penduduk khususnya di rantau Asia.

Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak di rantau Asia untuk membendung masalah jerebu.

   "Okay, kamu semua dah bacakan apa yang saya tulis ni?" Soal Busyairi kepada semua pelajar kelas 5 Sains 2.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now