BAB 20

1.2K 35 1
                                    

6 Tahun Kemudian...

   "Mama, papa, marilah main dengan Zafir dan Zafirah ni!" Petah kanak-kanak kembar itu bercakap.

   "Zafir dengan Zafirah pergi main dulu. Nanti mama dan papa datang ok!" Laung Busyairi dari jauh.

   "Pergilah bang. Diorang dah tunggu tu. Karang Zafirah merajuk abang pula tak reti pujuk anak dara abang tu." Hanisah sudah mencubit pipi suaminya.

   "Auch, sakitlah sayang! Pandai ye kesayangan abang ni kenakan abang sekarang ni!" Busyairi sudah menggendong isterinya.

   Enam tahun sudah berlalu. Penuh kenangan pahit dan manis perkahwinan Busyairi dan Hanisah ini. Walau umur mereka jauh berbeza, namun tiada siapa yang mampu menghalang mereka daripada terus berkasih sayang dengan kehadiran anak kembar sepasang yang kini berusia empat tahun itu.

   Busyairi sudah melihat anak kembarnya yang sedang membina istana pasir di tepi pantai Port Dickson itu. Gembira anak-anaknya apabila dapat pergi bercuti pada musim cuti sekolah ini. Terhibur hati mereka melihat keletah anak-anaknya itu. Hanisah sudah ternampak Busyairi yang sudah berjalan menghampirinya. Dia sudah tahu pasti Busyairi datang untuk membawanya merasa air pantai yang sedang beralun-alun itu.

   "Sayang, jom!" Panggil Busyairi.

   "Abang pergilah sana. Hanis nak duduk sini je. Tak naklah kena air. Baju tak bawak tau dari hotel tu!" Hanisah menolak ajakan suaminya.

   "Takpalah sayang! Nanti sayang pakai je baju abang. Adalah abang bawa spare dua tiga helai." Usik Busyairi.

   Belum sempat Hanisah hendak membalas perbualan suaminya, tiba-tiba dia terasa bagai berada di awang-awangan. Rupanya, dia sudah berada rapat dalam dakapan suaminya. Berkali-kali dahi dan pipinya dicium.

   "Abang, malulah orang tengok!" Hanisah sudah menutup mukanya. Ramai mata yang sedang memandang kemesraan mereka berdua.

   "Takpalah sayang! Kita ni walau anak dah dua tapi kita still macam pengantin baru kan." Ujar Busyairi dan terus menerus mencium pipi isterinya yang sedang berada dalam dakapannya.

   "Abang ni janganlah tunjuk sangat romantik tu depan orang ramai macam ni. Nanti ramai terpikat dekat abang camana? Ramai tau wanita-wanita yang suka lelaki romantik macam abang ni!" Gurau Hanisah.

   Busyairi sudah meletakkan isterinya dia atas pasir pantai betul-betul berdekatan dengan anak-anak mereka yang sedang membina istana pasir itu. Tangan Hanisah sudah bermain-main dengan air pantai itu.

   "Sayang dengar ni, abang takkan mungkin menduakan sayang apatah lagi meninggalkan sayang. Abang tahu betapa susahnya abang nak dapatkan isteri abang yang setia disamping abang selama enam tahun kita berkahwin ni. Banyak dugaan yang kita hadapi kan.." Kata-kata Busyairi sudah terhenti di situ dan Hanisah terlihat suaminya sesekali mengesat airmatanya.

   "Abang, kenapa ni? Maafkan Hanis tau kalau kata-kata Hanis tadi buat abang terasa." Hanisah sudah mendapatkan tangan suaminya untuk dicium sebagai tanda minta maaf dan hormatkan lelaki yang berjaya bertakhta dihatinya kini.

   "Abang menangis bukan sebab sayanglah. Abang cuma terfikir balik betapa susahnya abang nak dapatkan sayang dulu. Berkali-kali sayang tolak cinta abang. Tapi abang tak pernah putus asa. Dan harini, abang sangat sangat sangat gembira bakal bidadari syurga abang ni ada disebelah abang harini." Busyairi sudah menghadiahkan senyuman pada pada isteri yang amat dicintainya itu.

6 Tahun Sebelum...

   "Cikgu Busyairi! Tunggu sekejap!" Panggil Cikgu Ramlah iaitu penyelaras tingkatan lima.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now