Minggu ini adalah minggu bertugas Cikgu Busyairi dan beberapa orang lagi guru lain. Biasanya, apabila tiba minggu bertugasnya, Busyairi lebih suka mengadakan pemeriksaan mengejut untuk para pelajar di sekolahnya. Antaranya adalah pemeriksaan rambut untuk pelajar lelaki manakala pelajar perempuan diperiksa kuku serta pemeriksaan barang terlarang seperti telefon bimbit dan sebagainya.
Busyairi yang sudah menunggu kedatangan para pelajar di hadapan pintu masuk utama. Dia ingin memastikan tiada lagi pelajar yang datang lambat ke sekolah. Busyairi terkenal di sekolahnya sebagai seorang yang sangat menepati masa. Kalau hari tersebut ada mesyuarat pada jam 2:00 petang, jam 1;30 petang dia sudah terpacak dalam bilik mesyuarat itu. Sikapnya juga dikenali dalam kalangan pelajar sekolah terutamanya kelas yang diajar. Kalau dia suruh hantar kerja rumah padanya pada hari khamis, maka para pelajar diwajibkan hantar pada hari tersebut. Jika hantar pada hari yang tidak sepatutnya pasti buku itu kembali terbang ke arah tuannya!
Jam ditangannya sudah menunjukkan jam 7:25 minit pagi. Busyairi baru sahaja hendak bergerak ke tapak perhimpunan dan ternampak beberapa orang pelajar lelaki yang baru nak masuk pagar sekolah. Busyairi terus berjalan ke arah mereka dengan memegang rotan ditangannya. Dia menempik ke arah sekumpulan pelajar lelaki terbabit yang terus berjalan ke arah tapak perhimpunan tanpa mengendahkan kehadiran mereka yang sudah lima minit lewat itu.
"Woi badigol enam orang yang datang lambat tu, mari sini!" Jerit Busyairi dari jauh.
Sekumpulan pelajar yang datang lewat itu terus berpaling dan berjalan semula ke arah Busyairi yang sudah menunggu mereka di pondok pengawal di hadapan pagar sekolah. Busyairi terus memerhati pergerakan mereka yang sedang berjalan ke arahnya dengan riak wajahnya yang bengis itu. Para pelajar yang sudah datang kearahnya masih menantikan kata-kata yang bakal dihamburkan oleh Busyairi itu. Hampir sepuluh minit jugalah Busyairi hanya diam dan matanya terus memandang ke arah sekumpulan pelajar lelaki terbabit.
"Jangan ingat saya dah tak ingat ye muka-muka yang suka ponteng kelas macam kamu semua ni! Sekarang datang lewat pula. Dah lama saya memerhatikan muka-muka kamu semua ni. Sebelum ni memang saya diam dam lihat je kamu yang berkali-kali datang lewat ni. Segala tiada guru yang menegur kamu terus menerus bersikap macam!" Kata Busyairi yang sudah memandang muka seorang demi seorang pelajarnya dihadapan.
"Kamu semua ni datang sekolah naik apa?" Soal Busyairi kepada semua pelajar dihadapannya itu.
"Kami semua datang naik bas tambang cikgu." Jawab salah seorang pelajar itu.
"Memang kamu semua ni datang naik bas tambang ke?" Soal Busyairi dan mereka hanya mampu mengangguk saja.
"Kamu pun Dizhwar datang lambat juga ke?" Soal Busyairi ke arah seorang pelajar lelaki kelas 5 Sains 2 itu. Ya, Dizhwar adalah pelajar yang paling cemerlang di kelas itu dan seorang pelajar yang baik.
"Maaf cikgu, sebelum ni saya dah tunggu bas dalam enam pagi. Tapi bas tak sampai-sampai dan datang pada jam 6:45 pagi. Jadi kami semua terpaksa berjalan jauh dan lambat hadir ke sekolah." Jawab Dizhwar.
"Takpalah, oleh kerana awak pertama kali datang lewat ke sekolah, saya lepaskan awak kali ni je. Awak boleh ke tapak perhimpunan sekarang juga." Arah Busyairi.
"Terima kasih cikgu. Saya janji lain kali saya tak datang lewat lagi." Balas Dizhwar dan Busyairi hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.
"Yang lain ikut saya sekarang! Saya ada perhitungan dengan kamu semua!" Arah Busyairi dengan nada suaranya yang agak keras.
Busyairi mengarahkan sekumpulan pelajar itu untu berdiri di atas pentas tapak perhimpunan saja untuk disaksikan oelh semua pelajar sekolah itu. Busyairi terus naik ke atas pentas itu dan meminta mikrofon daripada guru lain yang telah siap memberi ucapannya di atas pentas itu.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomansaBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...