BAB 12

1K 36 0
                                    

  Pada malam Ahad, Busyairi sudah mula menyemak kertas karangan pelajarnya dan sudah mengurut-ngurut kepalanya. Dia merasa sungguh geram kerana hampir separuh pelajarnya mendapat markah 50 kebawah disebabkan oleh salah fakta dan pembinaan ayat yang berterabur.

   "Kenapa kau ni Ri? Serabut betul aku tengok kau ni." Tegur Mazlan, rakan serumah Busyairi.

   "Tahlah Lan. Aku dah ajar budak-budak ni pasal karangan ni. Kau tengoklah camana depa buat.." Busyairi sudah meraup wajahnya.

   "Seriuslah Ri ni karangan diorang ni? Macam tak pernah belajar je." Terkejut Mazlan melihat penulisan karangan anak murid Busyairi itu.

   "Kan. Aku rasa macam aku ni tak pernah ajar diorang camana nak buat karangan ni. Begini je hasil diorang bagi aku Lan. Minggu lepas dua jam tanpa henti aku duk pung pang pung pang duk mengajar depa. Tak masuk langsung kat otak diorang apa yang aku ajar." Busyairi sudah mengetuk-ngetuk kepalanya. Rasa nak pecah kepalanya melihat hasil karangan pelajar 5 Sains 2 itu.

   "Depa ni kelas depan kan. Tak logik betullah Ri kalau depan fail bab karangan ni. Aku ajar kelas hujung pun karangan diorang tak macam ni Ri.." Mazlan memberi pendapatnya.

   "Kau tukar kelas dengan aku je lah Lan. Kau ajar kelas tu aku ajar kelas kau." Gurau Busyairi.

   "Apalah kau ni Ri. Kau kan guru cemerlang Bahasa Melayu ni. Aku rasa untung kelas tu dapat kau yang mengajar kelas diorang. Yelah, kau kan guru disiplin Ri. Mesti diorang takut dengan kau kan. Kerja sekolah mesti diorang selalu siap." Balas Mazlan bersahaja.

   "Memang homework depa selalu siap. Tapi kalau bab karangan aku tengok karangan diorang ni sama je semua. Hampir sama. Diorang meniru Lan! Sebab tu lah aku buat ujian karangan ni semalam." Jelas Busyairi serius.

   "Kau dah tahu diorang meniru kenapa kau tak tegur?" Balas Mazlan

   "Nak ditegur bukan budak-budak lagi Lan.. diorang tu dah besar..boleh fikir dah mana baik mana buruk." Balas Busyairi.

   "Kau nak tolong aku tak Lan?" Pinta Busyairi.

   "Tolong apa?" Mazlan sudah membuat muka pelik.

   "Tolong aku handle kelas tambahan kelas tu boleh?"

   Mazlan masih berfikir sama ada mahu terima atau tidak tawaran Busyairi. Kesian dia melihat sahabat baiknya itu apabila hari-hari dia stress dengan pelajar kelas 5 Sains 2 itu. Busyairi selalu mengadu padanya tentang permasalahan pelajar yang perlu dia selesaikan. Katanya dia mahu melepaskan jawatan guru disiplinnya namun dihalang oleh Mazlan. Ini kerana di sekolah itu semua pelajar sangat takut dan terlalu hormatkan Busyairi kerana sikap tegas dan garangnya.

   "Nanti dah dapat jawapan aku fikir balik. Tapi aku rasa selepas exam pertengahan tahun nanti sekolah akan adakan kelas tambahan untuk tingkatan 5 kan?" Soal Busyairi.

   "Yelah tapi masih dalam perancangan. Tapi itulah rutin harian sekolah setiap tahun pun." Balas Mazlan ringkas.

   "Ok, aku rasa aku setuju terima tawaran kau. Untuk kelas tambahan saja eh. Aku akan handle kelas kau dan kau handle kelas 5 Sastera 1 tu." Balas Mazlan lagi sambil memberikan idea.

   "Baik, aku setuju! Terima kasih Cikgu Mazlan sahabat dunia akhiratku." Busyairi sudah menghulurkan tangan untuk bersalam. Mazlan membalas salamnya dengan ketawa.

********************
    Busyairi baru saja selesai menunaikan solat subuh. Hatinya rasa berat saja untuk ke sekolah kerana prestasi pelajarnya yang semakin teruk. Bagaimana dia nak jawab dengan pihak atasan kalau prestasi pelajarnya berada di tahap yang sangat tidak memuaskan. Tambahan pula, mereka adalah kelas hadapan. Pelajar harapan sekolah.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now