Dua bulan kemudian..
"Sayang, oleh kerana sayang dapat keputusan yang cemerlang peperiksaan awal tahun haritu, abang nak bagi rewards la dekat sayang.."
"Nak bagi apa lagi bang? Banyak sangat dah abang bagi hadiah dekat saya."
"Sayang pergi siap-siap dan pakai cantik-cantik okay. Pergi siap sekarang." Busyairi sudah mencium pipi isterinya.
Kelihatan Busyairi memakai suit hitam berser Drta cermin mata hitam juga. Hanisah pula memakai baju kurung dan tudung berwarna biru juga.
"Ya Allah, suami aku ke ni? Aku tak pernah nampak dia pakai smart-smart macam ni." Hanisah sudah bermonolog.
Busyairi datang menghampiri Hanisah dan terus melutut di hadapan isterinya yang sudah duduk di atas katil itu. Mata mereka bertentang dan lama kelamaan muka masing-masing mulai mendekat.
"I love you so much sayang! Abang masih menunggu saat itu." Bisik Busyairi betul-betul di telinga Hanisah.
"Terima kasih abang. Hanisah taknak berjanji, tapi Hanisah boleh berjanji untuk jalankan tanggungjawab Hanisah sebagai isteri kepada abang. Tapi semua itu abang akan dapat selepas SPM nanti ya."
Busyairi tersenyum sudah.
"Termasuk ucapan itu?"
"Bab tu Hanisah tak janji. Mungkin lebih awal daripada itu kan? Biarlah masa yang menentukan. Abang kena sabar tunggu saat itu. Abang jangan risau, abang tetap akan dengar Hanisah sebut perkataan itu. Cuma cepat ataupun lambat saja." Hanisah sudah memegang pipi suaminya. Lembut saja belaian kasih dan sayang Hanisah pada suaminya.
"Baiklah isteri abang." Busyairi sudah menggendong isterinya.
****************************
"Sayang sebelum keluar kereta izinkan abang tutup mata sayang please?""Kenapa?" Mencerlung matanya memandang Busyairi.
"Nanti tak jadilah surprise yang abang buat."
Busyairi menggendong isterinya untuk masuk ke dalam restoran mewah itu. Perlahan-lahan pelayan restoran itu menarik itu menarik kerusi tanpa sebarang bunyi pun seperti yang dirancang oleh Busyairi sebelum ini.
Tiba-tiba Hanisah terdengar satu suara yang amat dikenalinya sedang menyanyi. Sedap betul suara dia. Hanisah cepat-cepat membuka penutup matanya dan terpegun melihat lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.
Dialah kekasih, penyeri hidupku,
Dia yang yang ku rindu setulus di kalbu,
Dari belai jiwa, titis airmata,
Dia anugerah tuhan maha esa.Mahligai cinta yang dibina,
Harungi bersama, penuh onak ranjau berduri,
Disulam jernih kesabaran,
Tika diriku kepayahan, dia beri harapan,
Kembali bersinar bahagia.Cinta, dia lafaz tercipta,
Akan ku pimpin tangannya hingga sampai ke syurga,
Dia, cinta demi setia,
Biarpun dunianya berbeza,
Tuhan kurniakan..Tuhan kurniakanlah cinta,
Dia yang mencintaiMu kerana dia adalah,
Pilihanmu, untukku, selamanya..."Nur Hanisah binti Ahmad Sharifuddin, abang nak Hanisah tahu bahawa cinta abang pada sayang tidak akan terbatas waktunya. Tidak akan padam dari hati abang sampai bila-bila. Biarlah ajal saja yang memisahkan kita. Satu je abang minta, tolong jangan tinggalkan abang. Abang takut, kalau abang terpaksa hidup tanpa sayang. Abang betul-betul tak boleh. Janji dengan abang sayang?"
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomanceBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...