BAB 35

833 30 0
                                    

Sebulan kemudian...

   "Abang, saya nak bincang sikit dengan abang boleh?" Hanisah bersuara tiba-tiba.

   "Sayang abang ni nak bincang apa?" Busyairi mengukir senyuman pada isterinya yang tercinta.

   Baru sahaja Busyairi ingin menariknya di dalam dakapan, Hanisah terus menolak perlahan. Mukanya sangat serius. Hati Busyairi sudah berdebar-debar menantikan apa yang bakal diperkatakan oleh isterinya.

   "Apa yang Hanisah nak cakap dengan abang ni adalah berkaitan dengan hubungan kita." Hanisah memandang mata Busyairi sedalam-dalamnya.

   "Hubungan kita? Apa maksud sayang?" Busyairi sudah tertanya-tanya.

   "Apa kata kalau kita berpisah?" Terkejut Busyairi mendengar apa yang dilafazkan oleh isterinya.

   "Kenapa sayang ni? Tiba-tiba cakap macam ni. Sayang prank abang ya? Kejap abang cari mana kamera ni. Kot-kot sayang nak prank abang kan?" Busyairi terus bangun untuk mencari kamera. Tangannya terus ditarik oleh Hanisah.

   "Nisah tak prank cikgu."

   'Cikgu?'. Kenapa Hanisah tiba-tiba memanggilnya 'cikgu'? Kemana panggilan 'abang' tu?

   "Cikgu? Kenapa Nisah panggil abang cikgu?" Busyairi sudah tertanya-tanya.

   "Sebab saya dah taknak kahwin dah dengan sesiapa selepas ni termasuk cikgu!" Hanisah menaikkan nada suaranya.

   "Saya tetap mahu awak Hanisah walau umur kita jauh beza. Sebab saya cinta pada awak! Macamana lagi awak nak saya buktikan yang saya ni cintakan awak Hanisah?" Rintih Busyairi sehingga melutut di hadapan Hanisah.

   Panggilan di antara mereka juga sudah berubah. Busyairi tidak lagi memanggil Hanisah dengan gelaran 'sayang'. Begitu juga dengan Hanisah yang tidak lagi memanggil Busyairi dengan panggilan 'abang'.

   "Cikgu, tolong hormat keadaan saya. Dalam keadaan saya yang macam ni, saya tak rasa awak sanggup yang untuk berkahwin dengan saya." Hanisah sudah memegang bahu suaminya. Airmata yang jatuh dipipi suaminya terus diseka.

   "Hanisah, saya takkan lepaskan awak walau nyawa saya perlu jadi galang gantinya!" Busyairi terus menjerit dan terus tidak sedarkan diri.

*******************************

    "Abang! Abang! Abang!" Hanisah menggoncangkan badan suaminya. Busyairi terus tersedar.

   "Sayang, jangan tinggalkan abang! Tolong sayang! Tolong! Abang takut hilang sayang. Abang takut sayang!" Busyairi terus memeluk isterinya.

   "Abang! Apa abang cakap ni? Siapa nak tinggalkan abang?" Hanisah juga turut panik melihat keadaan suaminya yang sudah berpeluh-peluh dan menggigil. Hanisah terus memegang pipi suaminya dengan erat.

   "Abang, pandang Nisah bang!" Hanisah sudah menenangkan suaminya yang masih menggigil ketakutan.

   "Sayang, jangan tinggalkan abang sayang! Tolong abang sayang! Abang minta maaf sayang!" Hanisah terus memeluk semula suaminya dengan kuat.
Busyairi sedikit tenang. Namun dia masih lagi menangis.

   Hanisah terus merenggangkan pelukannya. Pipi Busyairi dipegang kuat. Hanisah memandang Busyairi tepat kearah matanya.

   "Siapa kata Nisah nak tinggalkan abang? Abang mimpi apa tadi ni sampai muka abang pucat macam ni? Dengan berpeluh-peluh lagi." Hanisah menegur lembut suaminya.

   "Abang mimpi sayang! Sayang minta kita berpisah. Abang takut sayang! Abang takut!" Busyairi terus memeluk isterinya.

   "Abang dah solat Asar ke?" Busyairi menggeleng.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now