BAB 34

777 28 0
                                    

   Masuk hari ini, sudah seminggu hubungan Hanisah dan Busyairi masih belum baik. Busyairi mahu sahaja meminta maaf pada Hanisah, namun Hanisah pula yang merajuk dan marah padanya.

Imbas kembali...

   "Sayang, abang dah balik!" Panggil Busyairi. Namun, Hanisah tidak menjawab sepatah kata pun.

   Busyairi terus berlari menuju ke biliknya untuk mencari isterinya. Lega hatinya apabila Hanisah sedang ralit mengulang kaji pelajarannya. Busyairi menghampiri Hanisah dan terus mencium dahinya seperti biasa. Hanisah hanya membiarkan sajalah.

   "Saya dah masak. Pergilah makan." Katanya ringkas. Matanya masih ralit membaca bukunya.

   "Jom teman abang makan sayang." Tidak sempat Busyairi mahu mendukung isterinya, Hanisah terlebih dahulu menolak suaminya perlahan.

   "Saya tak larat. Abang pergilah makan sorang. Nak rehat jap ni. Sakit kepala."

   "Sayang tak sihat ke? Nak abang bawa pergi klinik tak?" Tanya Busyairi yang sudah risau tentang kesihatan isterinya.

   "Tak payahlah. Saya sakit kepala sikit je. Pergilah mandi. Lepas tu turun makan." Hanisah sudah menolak suaminya.

   "Abang tahu sayang marah dekat abang kan. Abang minta maaf sayang!" Busyairi sedaya upaya memujuk isterinya.

   "Apa benda ni sampai mintak maaf bagai? Kan Nisah dah bagitahu Nisah sakit kepala. Tak larat nak teman abang makan. Pergi je lah makan sorang." Hanisah mula meninggikan suaranya.

   Busyairi terus melangkah keluar dari bilik. Dia hanya membiarkan saja Hanisah yang mahu rehat keseorangan itu. Hatinya terus menerus diselubungi dengan rasa bersalahnya.

***************************
   Walaupun sudah seminggu berlalu, kelas seperti biasa seperti sebelum ini tetap berjalan. Hanisah hanya bercakap dengan Busyairi semasa di kelas saja. Itu pun bercakap hanya benda penting dan pasal pelajaran. Hatinya masih sakit terhadap perlakuan Busyairi yang meninggikan suara terhadapnya.

   "Sayang, abang minta maaf sekali lagi okay. Camana kita nak pulihkan hubungan kalau sayang asyik lari dari abang?"

   "Jawapan tu ada pada abang. Kalau ikutkan hati Nisah, Nisah tak mahu berbaik dengan abang!"

   "Sayang, please!" Busyairi menghalang Hanisah daripada terus pergi.

   "Kalau abang rasa sayang dekat saya, tolong biarkan saya rehat dekat bilik! Atau abang hantar je saya dekat rumah mak saya semula!" Hanisah sudah menghamburkan marahnya.

   "Sayang, kenapa cakap macam tu? Kenapa pasal benda kecil tu je kita nak bergaduh macam ni? Mengarut la sayang!"

   "Benda tu kecil pada abang je! Bukan pada saya! Saya terasa dengan layanan abang macam tu! Sudahlah, bagi saya masuk bilik!"

   "Okay sayang! Abang boleh biarkan sayang berehat. Tapi bagi abang hantar sayang dekat bilik ya?"

   Hanisah tidak menjawab. Hanya membiarkan saja Busyairi mengangkatnya masuk ke bilik. Busyairi terlihat ada airmata yang mengalir di tubir mata isterinya.

   "Dahlah. Abang pergi keluar. Kalau rasa nak tidur ke apa masuk balik. Jangan ganggu saya." Lembut suaranya.

   "Abang risau la tengok sayang. Sayang tak sihat ni. Bagilah abang bawa pergi klinik, okay?" Busyairi masih tidak berganjak dari situ.

   "Abang dah tak faham Bahasa Melayu ke camana ni? Nak saya cakap bahasa apa lagi? Saya cakap keluar kan? Keluarlah! Ke nak tidur luar malam ni?"

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now