Busyairi yang sedang leka menonton televisyen tidak perasan akan kehadiran rakan baiknya itu. Matanya sekejap-sekejap asyik memandang saja telefonnya. Mazlan sudah pandang sahabatnya dengan pandangan yang hairan. Jaranglah Busyairi ni asyik duk belek je telefonnya itu. Namun dia sudah dapat mengagak mengapa Busyairi asyik memandang saja telefonnya. Pasti menunggu Hanisah menghantar mesej padanya.
"Kenapa kau asyik pandang je telefon kau tu? Kalau rindu, kau call je lah senang." Duga Mazlan.
"Haih kau ni! Buat aku terkejut je lah Lan." Busyairi membalas.
"Hampir setengah jam dah aku duduk sini. Kau boleh tak perasan Ri. Menang orang tengah angau bercinta macam ni ke perangai?" Mazlan sudah mahu tergelak. Busyairi sudah memandangnya dengan pandangan yang tajam.
"Aku bukan taknak call dia. Tapi bila aku tengok dia punya last seen Whatsapp, dua hari lepas dia last online weh. Aku punya mesej pun dia tak balas. Bukan apa Lan, aku rasa tak sedap hatilah." Adu Busyairi.
"Rilek la Ri. Maybe dia busy study. Yelah SPM tinggal lagi 4 bulan je." Balas Mazlan untuk menyedapkan hati sahabatnya.
Sekarang adalah waktu cuti sekolah selama dua minggu. Sebab itulah dia tak dapat nak menatap wajah Hanisah. Benar, hatinya sangat rindu pada gadis itu. Berbulan-bulan lamanya dia sudah menyimpan hasrat untuk memperisterikan gadis itu selepas tamat sahaja peperiksaan SPM nanti. Sebelum cuti sekolah haritu, Busyairi sudah mengajak Hanisah untuk study bersamanya untuk semua subjek. Namun, Hanisah menolak secara baik kerana dia mahu mengulangkaji bersama classmatenya. Busyairi hanya membiarkan sajalah supaya Hanisah berasa lebih selesa daripada mengulangkaji bersama gurunya.
"Lan, kau boleh tolong aku tak?" Busyairi tiba-tiba bersuara.
"Hmmm, tolong apa?" Ringkas jawapan balas Mazlan.
"Tolong teman aku jumpa ibu Hanisah..." Balasnya dengan suara yang sudah bergetar.
"For what Ri?" Soal Mazlan terkejut. Busyairi terus menyerahkan sebuah kotak kecil yang berwarna merah.
"Seriuslah Ri?" Terbeliak mata Mazlan memandang isi di dalam kotak merah yang kecil itu.
"Aku serius Lan." Balas Busyairi ringkas.
"Tapi umur kau dengan dia jauh Ri. Kau cikgu dan dia hanya budak sekolah Ri." Jawab Mazlan antara setuju dan tidak setuju.
"Jap, ni bukan ke cincin yang kau beli selepas kau frust dengan Maria dulu?" Busyairi sudah mengangguk.
"Ye Lan. Tujuan aku beli cincin ni memang untuk bakal isteri aku. Tak kisahlah sesiapa pun. Aku taknak perkara dulu berlaku lagi buat kali kedua Lan. Terseksa aku Lan nak move on. Jadi sejak tu jugaklah aku terus beli cincin ni. Aku nak serahkan kepada sesiapa sahaja yang sudah berjaya buka pintu hati aku untuk mencintai dia Lan. Ternyata orang itu adalah anak murid aku sendiri Lan." Jawab Busyairi panjang lebar. Mazlan hanya terdiam.
"Aku tak boleh bayangkan lagi Lan kalau aku hilang lagi orang yang aku sayang macam dulu..." Busyairi sudah mula mengalirkan airmatanya. Mazlan terus menarik Busyairi dan memeluknya.
"Aku faham Ri. Inn Shaa Allah selagi aku berdaya, aku akan tolong kau sedaya upaya aku untuk kau dapatkan dia." Mazlan sudah menceriakan suaranya.
"Dahlah Ri. Janganlah menangis. Aduhai malukan kaum adam je lah kau ni Ri. Jangan sesekali airmata kau jatuh sebab perempuan Ri. Bahaya untuk kita kaum lelaki ni." Seloroh Mazlan. Busyairi sudah mengesat airmatanya dan terus menumbuk lengan Mazlan dengan kuat.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomansaBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...