BAB 23

960 31 0
                                    

   "Sayang mari sini." Hanisah sudah melambai-lambai Busyairi dari jauh.

   Busyairi datang kepadanya lalu Hanisah terus menarik tangannya. Dia pergi ke tempat yang tak pernah lagi mereka pergi. Busyairi sudah memandang pelik tempat itu. Kosong! Hanya hitam keseluruhannya!

   "Apa ni sayang? Tempat apa ni?" Soal Busyairi lagi. Hanisah masih tidak menjawab. Mukanya, langsung Hanisah tidak mahu memandang kearahnya. Kalau dia pandang wajah lelaki Busyairi itu, akan terjadilah perkara buruk terhadapnya lelaki itu.

   Tiba-tiba mata Busyairi terasa amat silau. Tak lama kemudian, dia nampak pula sekumpulan lelaki yang berbaju putih itu. Busyairi tidak mahu pergi dari situ dan meninggalkan Hanisah. Namun dia tidak mampu berbuat demikian kerana Hanisah sudah hilang daripada pandangan matanya dan dia juga sudah diikat di sebatang pohon.

   "Kau tinggalkan dia! Sebab dia takkan terima kau sampai kau mati!" Jawab seorang lelaki berbaju putih itu.

   "Kenapa? Aku sayang dia! Tak mungkin aku akan tinggalkan dia. Kau siapa? Mana Hanis?" Balas Busyairi pula yang berusaha untuk melepaskan dirinya dari ikatan itu. Tangan dan kakinya juga sudah diikat.

   Akhirnya setelah Busyairi berjaya membuka ikatan itu, dia sedaya upaya melawan sekumpulan lelaki tersebut. Dihunusnya pisau ke arah lelaki-lelaki tersebut. Akhirnya semua mati!

   "Hanis, jom balik!" Busyairi sudah memandang Hanisah yang masih terpinga-pinga itu.

   "Taknak! Aku takkan ikut kau balik! Lebih baik kau pergi dari sini! Kalau tidak pisau ni aku akan benam di perut kau! Pergi!!" Hanisah menjerit sekuat hati.

   "Hanis jom balik. Sini bukan tempat awak sayang!" Busyairi nenarik-narik tangan Hanisah.

   "Hanisah, pergilah kau dari sini. Masa kau belum tiba lagi untuk ke sini. Satu hari nanti kau akan datang juga di sini..." Hanisah terdengar satu suara yang amat asing baginya.

   "Kalau aku taknak balik?" Jawab Hanisah. Busyairi menarik juga tangan Hanisah sehinggalah mereka keluar dari tempat itu.

   "Arhhhh, Hanis, jom balik! Sini bukan tempat awak sayang!" Jerit Busyairi.

   Mazlan sudah membuka tombol pintu bilik Busyairi. Baru sahaja dia selesai solat tahajjud dan sedang menunggu waktu subuh.

   "Hei Ri, bangun Ri. Bangun!" Mazlan memanggilnya.

   "Hanis! Ikut saya balik! Masa awak belum tiba!" Busyairi masih meracau.

   Mazlan sudah menggoncang badan Busyairi. Busyairi tersedar daripada mimpinya. Badannya sudah berpeluh-peluh sehinggakan dia sudah nampak seperti orang yang baru mandi saja.

   "Ya Allah Lan. Aku mimpi tadi rupanya." Busyairi sudah mengelap peluhnya dengan bajunya.

   "Kau semalam lepas Maghrib terus kau tidur Ri. Pastu tak bangun-bangun. Kau dah solat Isyak ke semalam?" Soal Mazlan.

   "Lamanya aku tidur Lan. Sampai aku tak sedar langsung! Memang semalam badan aku terlalu penat. Sekarang pukul berapa Lan?" Soal Busyairi.

   "Lagi 15 minit nak masuk Subuh." Balas Mazlan ringkas.

   "Ya Allah Lan! Aku tak solat Isyak lagi. Okaylah Lan. Aku nak solat dulu!" Busyairi terus bangkit daripada katilnya dan terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

   "Ya Allah ya Tuhanku. Aku berlindung denganmu dari segala kejahatan jin dan syaitan yang akan cuba menyesatkan aku daripada berlindung denganmu.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now