Sudah seminggu Hanisah koma. Syukur Alhamdulillah dia sudah lepas tahap kritikalnya dan mendapat perkhabaran baik daripada doktor. Katanya bermula daripada sekarang, bila-bila masa sahaja Hanisah boleh sedar daripada komanya.
"Encik Busyairi dan Puan Nafisah, boleh ikut saya sekejap? Ada perkara yang saya perlu bincangkan dengan encik dan puan." Ujar Dr Nasir.
"Boleh doktor." Balas Busyairi.
Dr Nasir menyuruh Busyairi dan Puan Nafisah duduk di hadapan mejanya. Mereka turutkan saja kerana tidak sabar mahu mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh Dr Nasir.
"Sebenarnya kami ada satu berita buruk untuk beritahu pada encik dan puan sebelum Hanisah sedar daripada komanya. Saya harap pihak tuan puan boleh dengarlah nasihat saya ni ya." Balas Dr Nasir dengan wajah yang biasa dan tidak mahu menimbulkan kerisauan pada keluarga Hanisah.
"Kenapa ye doktor?" Balas Busyairi.
"Hanisah mungkin akan mengalami tekanan perasaan bila dia dah tahu kakinya sudah dipotong. Ditambah pulak dengan tangannya yang sudah patah. Dia perlu menjalani kehidupan yang amat berbeza daripada sebelum dia kemalangan baru-baru ini. Mungkin dia akan jadi seorang yang pemarah, depression ataupun anxiety yang melampau nanti. Saya beritahu ni bukanlah untuk menakutkan pihak tuan dan puan, cuma saya nak tuan dan puan bersedia saja untuk menghadapi saat itu." Dr Nasir sudah diam seketika. Busyairi pula meraup wajahnya manakala Puan Nafisah hanya menunduk sahaja dan menahan airmatanya daripada jatuh.
"Kalau berlaku semua tu pada dia, saya cadangkan tuan dan puan bawalah dia berjumpa dengan pakar psikologi agar keadaan tidak akan menjadi lebih teruk. Dan dia memerlukan masa yang lama untuk menerima segala takdir yang telah Allah tetapkan untuknya." Balas Dr Nasir.
"Tapi pihak tuan dan puan jangan risau nak beritahu dia tentang keadaannya sebab saya akan bantu nanti. Dia masih mudakan, jadi memang tuan dan puan kena banyak bersabar dengan dia. Jangan tambahkan tekanan pada dia ya. Insya-Allah lama-lama nanti dia akan terima juga ketentuan ini." Dr Nasir sudah bangun dan menepuk-nepuk bahu Busyairi dan tersenyum ke arah Puan Nafisah.
"Terima kasih doktor." Ucap Busyairi yang diiring keluar oleh Dr Nasir daripada biliknya.
***********************
"Cikgu, macamana keadaan Hanisah?" Soal Maisarah kepada Busyairi sambil diperhatikan oleh pelajar-pelajar kelas 5 Sains 2 yang lain sementara menunggu paper yang seterusnya."Dia masih belum sedar. Alhamdulillah keadaannya makin baik. Kamu semua jangan risaulah. Fokus je pada exam kamu sampai ke garisan penamatnya. Kalau ada apa-apa info pasal dia saya akan inform je dalam group kelas.
"Bila kami boleh melawat dia cikgu?" Balas Suzana pula.
"Nantilah. Kalau dia dah sedar kamu bolehlah melawat dia. Nanti kalau tiba masa yang sesuai saya akan beritahu kamu semua untuk pergi melawat dia. Dah-dah, fokus je untuk kertas yang seterusnya. Jangan risau pasal Hanisah. Dia baik-baik saja." Ujar Busyairi sambil berlalu pergi. Bukan tugas dia untuk menguruskan calon SPM pada hari ini. Saja je dia meninjau keadaan pelajar kelas 5 Sains 2 dan Sastera 2.
***********************
Seminggu lebih itu jugalah rutin barunya bermula. Pagi ke sekolah, balik sekolah terus ambil Puan Nafisah dan terus ke hospital. Maklumlah, Hanif susah nak dapat cuti. Tapi tak jadi masalah pun pada Busyairi kerana Puan Nafisah juga bakal ibu mentuanya. Dia dah anggap ibu Hanisah seperti ibunya juga memandangkan sudah lama dia tidak merasakan kasih sayang seorang ibu sejak ibunya meninggal dunia sepuluh tahun yang lalu. Tidak jemu dia memandang wajah Hanisah walaupun tahu, gadis itu sedang bertarung melawan sakitnya.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomanceBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...