BAB 37

836 29 0
                                    

   "Sayang, tutup mata sekejap. Abang ada surprise ni!" Busyairi menutup mata Hanisah dengan kain.

   "Surprise apa sayang?"

   "Adalah. Jom ikut abang."

   Busyairi sudah menolak isterinya ke laman rumah. Dia sudah menyediakan candle light dinner khas untuk isterinya yang tercinta. Ini adalah hadiah untuk Hanisah yang sudah berjaya mengharungi peperiksaan SPMnya.

   "Kejap ya, abang bukakan." Busyairi membuka kain yang diikat pada mata isterinya tadi.

   "Tarapampampampam!!"

   "Abang! Betul ke abang buat semua ni?" Terkejut Hanisah apa yang dilihat di hadapan matanya.

   "Ye lah sayang. Abang buat sendiri semua ni. Semua untuk sayang tau. Inilah hadiah abang pada sayang sebab sayang dah berjaya harungi SPM dengan jayanya semalam. Tahniah sayang! Nanti keluar result SPM, abang bagi hadiah lain pula." Busyairi sudah tersenyum manis pada isterinya.

   "Haish abang ni! Susah-susah je. Tak perlulah buat semua ni. Sepatutnya Hanis yang buat semua ni sebab abang dah jadi guru personal Hanis untuk setahun ni." Jawab Hanisah.

   "Tak payah susah-susah nak bagi abang hadiah bagai. Sebab janji yang belum ditunaikan tu abang anggap hadiah buat diri abang." Busyairi sudah tersenyum nakal.

   "Mula dah dia..." Busyairi sudah tergelak. Begitu juga dengan Hanisah.

   "Ye lah abang! Dahlah jom makan." Ajak Hanisah.

   "Abang masak ke semua ni?"

   "Yelah sayang. Abanglah yang masak."

   "Kejap..." Kata-kata Hanisah terhenti di situ.

   "Kenapa tu?" Balas Busyairi ringkas.

   "Bukan ke dulu masa abang melawat sayang dekat hospital, abang kata tak pandai masak? Ni Hanisah dah makan ni, sedaplah abang masak!" Hanisah sudah excited.

   "Inilah istimewanya dinner kita malam ni. Abang sanggup belajar masak tau untuk sayang seorang je." Bangga Busyairi mengaku dia yang masa semua itu.

   "Betul ke sedap sayang?" Soal Busyairi yang ingin tahu.

   "Betullah abang. Sedap sangat abang masak!" Pujinya ikhlas.

   "Maknanya lepas ni sayang bolehlah rehat kan. Bagi abanglah pula masak." Sengaja Hanisah ingin mengenakan suaminya.

   "Ala sayang. Tapi abang rasa sayang lagi pandai masak." Busyairi sudah mengeluh. Tahu sangatlah Hanisah perangai Busyairi ni.

   "Sementara tunggu result SPM ni sayang nak buat apa?"

   "Tulah, Hanis pun tak tahu nak buat apa. Nak kerja pun tak boleh. Entahlah bang."

   "Setahu abang, sayang minat menulis kan?"

   "Ye. Kenapa abang tanya macam tu?"

   "Abang rasakan, apa kata sayang try tulis novel ke?" Perlahan Busyairi menuturkannnya kerana risau Hanisah tidak bersetuju dengan rancangannya.

   "Minat tu minatlah juga. Tapi Hanisah takde laptop. Camana nak tulisnya kan?"

   Tiba-tiba Busyairi mengeluarkan sebuah kotak yang dibalut dengan kemas. Jadi Hanisah tidak tahu apakah benda yang ada disebalik balutan itu.

   "For you sayang!" Busyairi sudah mengukir senyuman.

   "Apa lagi ni bang? Asyik-asyik bagi hadiah. Haih." Hanisah mengeluh kecil.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now