Hai Ri, jom keluar dengan I nak?- Maria
Please jangan Whatsapp I lagi. I akan block you ok. Oh ya sebelum tu I nak bagitahu I dah kahwin dan I cintakan isteri I lebih daripada I cintakan U dulu-dulu. Jadi U faham kan apa yang I maksudkan? Stop kejar I!- Busyairi
Ri, kita boleh betulkan semula keadaan. Kan Rayyan dah cakap dulu yang I dengan dia akan berpisah. Jadi sekaranglah waktunya Ri.- Maria
Malam tu yang U bawa dia makan dengan U tu isteri U ke?- Maria
Ya, jadi tak perlulah I nak kenalkan lagi dengan U. Sebab U dah kenal dan dah tengok kan isteri I? Dah tiga bulan lebih kami kahwin dan kami bahagia. Jadi please stop ganggu rumahtangga I. I kenal perangai U Maria. U akan sedaya upaya akan runtuhkan rumahtangga I!- Busyairi
Jangan fikir macam tu Ri. I bukan macam yang U maksudkan.- Maria
Busyairi tidak membalas.
"Arghh perempuan ni! Mesej-mesej aku kenapa! Haritu minta maaf bagai nak mati esok! Ingat dah mampus perempuan tu! Hidup lagi rupanya!" Bentak hati Busyairi.
"Abang, jom makan. Saya nak masak makanan kegemaran abang ni!" Panggil Hanisah dari dapur.
"Sekejap sayang! Abang datang ni!" Hanisah sudah tersenyum ke arah Busyairi.
"Sayang, kelas harini kita tangguh boleh? Abang rasa tak laratlah harini. Harini kan ada sukantara. Disambung pulak dengan latihan bola sepak pulak petang ni. Abang kena pergi sekolah balik kejap lagi."
"Takpa, abang pergi je. Saya boleh ulangkaji sendiri." Hanisah sudah menuangkan air di dalam gelas.
"Kalau macam tu sayang just ulangkaji balik la apa-apa yang patut. Kalau tak faham ke apa, balik karang abang ajar ok." Hanisah mengangguk tanda faham.
"Abang, balik nanti boleh belikan saya something?
"Sayang nak apa tu?"
"Saya nak abang belikan la barang dapur sikit. Sebab gula, garam, ayam, ikan pun semua dah kurang. Nanti camana saya nak masak haa?"
"Kalau macam tu balik karang abang ambil sayang kita pergi sama-sama okay?"
"Taknaklah bang. Abang pergi seorang je lah."
"Betul sayang taknak ikut?"
Hanisah menggeleng.
"Okaylah kalau macam tu. Kalau nak apa-apa lagi just call je abang."
"Okay."
************************************
"Hei Ri, I tak sangka jumpa U kat sini.""U nak apa lagi ni? I busy la. Kan I dah cakap I taknak jumpa U. Tak faham bahasa ke?"
"Ri, please give me second chance?"
"No, Maria! I dah kahwin. So, bila I dah kahwin takde wanita yang layak dekat dengan I termasuk U! Kenapa U pakai macam ni? Mana tudung U yang dulu semua tu?"
"Tulah yang I nak bincangkan dengan U Ri. Jom ikut I minum. I belanja U nak tak?"
"Tak boleh Maria. I kena balik selepas ni. Tolong jangan ganggu I lagi boleh tak?" Busyairi terus berlalu pergi sambil menolak trolinya yang penuh dengan barang dapur.
"Okay, okay. I tak paksa U. Kita bincang sini je lah sambil U beli barang ni."
"Cepat sikit cakap. I nak bayar dah ni. I nak balik terus."
"Perempuan yang dengan U malam tu is wife U?"
"Ya."
"Kenapa dia macam tu? Kenapa kaki dia takde?"
"Dia kemalangan."
"Seriously U suka perempuan macam tu?"
"Kenapa U cakap macam tu?"
"I kenal U Ri. Dulu U bukannya suka perempuan macam tu. Kenapa sekarang U jatuh hati dengan perempuan macam tu?"
"Tu dulu. Sekarang tak dah. U tau kan beberapa lama I ambil masa untuk pulihkan hati I selepas U sakitkan hati I macam dulu?" Maria membuat muka bosannya.
"I'm sorry about this. But now I just want you give me second chance Ri." Rayu Maria. Namun Busyairi tak terusik langsung dengan mimik muka sedih yang ditunjukkan oleh Maria.
"Sah! U memang dah gila Maria. Lebih baik U pergi dari sini! I think you know who I am, right?" Busyairi sudah tersenyum sinis.
"Don't think I want to let you go Ri! As long as I don't get what I want, you will suffer with your life and your wife once I can destroy it!" Maria membalas senyuman sinis pada Busyairi.
"Sekarang kau nak ugut aku la Maria? Seriously? Aku nak tengok sejauhmana kau boleh buat dendam kau terhadap aku Maria!" Busyairi terus berlalu pergi meninggalkan Maria seorang diri.
"Before I leave, I want to remind you of one thing. You should be thankful that Allah gave you a second chance. Allah give you a healthy body. Allah give you a chance to keep coming back to him! Stop looking up at Maria's sky. You don't forget to look down too. After all, you want to destroy my life with the revenge of your anger. Goodbye Maria. I wish you met a much better man than me. You deserve to be happy. If you get me back, our situation will not be the same as before and there is no way I will fall in love with you. Remember that!" Busyairi terus berlalu pergi tanpa menoleh ke arah Maria lagi.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
عاطفيةBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...