Sebentar tadi Busyairi telah mendapat satu panggilan yang tertera nama Maria di telefonnya. Busyairi sudah dapat mengagak tujuan Maria menelefonnya. Namun, Busyairi tidak berminat untuk menjawab panggilan telefon itu. Tetapi disebabkan Maria menelefonnya berkali-kali dia terpaksa juga menjawab panggilan telefon itu tanpa kerelaan hatinya.
"Kenapa U telefon I Maria? I dah cakap dengan U yang I dah taknak ada kaitan dengan U!" Busyairi merengus geram.
"Tunggu dulu Ri! Jangan tutup lagi telefon U!" Jawab Maria.
"Apa lagi yang U nak daripada I ni? Kita dah takda apa-apa hubungan lagi kan? U tak faham bahasa ke?" Jawab Busyairi acuh tak acuh.
"Okay, I nak jumpa U sekarang juga! I nak bagitahu....." Belum sempat lagi Maria menghabiskan ayatnya, Busyairi terus memotong.
"U nak jumpa I buat apa lagi Maria? U isteri orang. Suami U tak marah ke U keluar dengan lelaki lain ni? Sorry Maria, I penat dan baru balik sekolah ni. Jadi I rasa takda kepentingan untuk I datang jumpa U!
"Ri, tolonglah. I merayu nak jumpa sangat-sangat dengan U. I janji lepas ni I takkan ganggu hidup U lagi. Bagi I peluang jumpa dengan U Ri. I nak jumpa U sebelum I tutup mata." Rayu Maria yang sudah menangis teresak-esak dihujung talian.
"Okay tempat biasa! U datang lambat je I akan balik dan U takkan berpeluang lagi berjumpa dengan I! "Busyairi sudah mula meninggikan suara.
Busyairi terus mencapai kunci keretanya yang terletak di belakang pintu itu untuk pergi ke restoran yang telah dijanjikan. Busyairi dengan wajah yang murung terus keluar dan menghidupkan enjin keretanya. Dia mengimbas kembali kisah percintaannya dengan Maria yang penuh tragis itu sehingga membuatkan dia mengalami kemurungan beberapa tahun yang lalu.
Selepas sahaja Busyairi habis kelasnya, Maria terus mendapatkan Busyairi dan mengajaknya ke tasik yang terletak di universiti itu. Busyairi yang keluar dari kelas bersama Dr Razak itu sudah tersenyum dan melambai ke arah Maria yang sedang menunggunya sampai membuat wajah yang bosan.
"Hai sayang, kenapa U nak jumpa I ni? Rindu ya?" Busyairi sudah mengenyitkan matanya.
"Ri, I ada benda nak cakap dengan U. Ikut I ke tepi tasik tu ya. Sebelum tu I nak minta maaf dulu dengan U apa yang bakal I cakap dengan U nanti." Serius kedengaran suara Maria.
"Kenapa ni Maria? Kenapa I tengok muka U serius sangat ni? I ada buat apa-apa salah ke dengan U?" Busyairi hanya memandang wajah Maria yang sudah hendak menangis saja.
"Ikut I ya" Rayu Maria sampai menarik baju Busyairi.
"Kejap, sebelum tu U bagitau dulu kenapa? Jangan buat I risau sayang..." Rayu Busyairi yang matanya sudah menatap wajah Maria yang risau itu.
Setelah sampai sahaja di tepi tasik itu, Busyairi sudah ternampak Rayyan di tepi tasik itu. Sebelum ini, Busyairi sudah ternampak Maria keluar bersamanya. Namun Busyairi masih bersangka baik mungkin mereka keluar berdua atas urusan tugasan mereka. Tidak pernah pula terfikir jikalau mereka mempunyai hubungan istimewa.
"Maria, U pergi jauh-jauh dari sini. Bagi I cakap sikit dengan dia." Arah Rayyan sampai tangannya melambai menyuruh Maria pergi dari situ.
Maria hanya mengangguk dan membiarkan saja Rayyan bercakap berdua bersama Busyairi. Busyairi yang sudah mau meletup jantungnya sudah menunggu apa sahaja ayat yang bakal keluar dari mulut Rayyan itu.
"Aku nak kau tinggalkan Maria!" Rayyan memulakan perbualannya.
"Kenapa?" Busyairi buat-buat tak faham apa yang telah diungkapkan oleh Rayyan itu.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomanceBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...