Lagi dua minggu sahaja peperiksaan SPM bakal tiba. Semua pelajar sudah membuat persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini. SPM inilah yang bakal menjadi penentu masa hadapan mereka. Mungkin akan ada yang sambung belajar, bekerja, kahwin dan sebagainya.
Pelbagai usaha yang telah dibuat oleh pihak sekolah untuk memberi keselesaan ataupun semangat kepada calon-calon SPM pada tahun ini. Kelas tambahan, bacaan Yassin dan solat hajat, jamuan akhir tahun untuk tingkatan 5 dan bermacam-macam lagi. Hanya tinggal majlis mohon restu sahaja yang bakal diadakan pada hari Jumaat depan.
"Okay semua saya rasa hari ini adalah hari terakhir saya boleh berjumpa dengan kamu untuk sebelum SPM menjelang dua minggu lagi." Ujar Busyairi sambil memandang wajah-wajah pelajarnya.
"Kenapa cikgu? Minggu depan je masa kami untuk belajar cikgu. Lepas ni dah SPM dah." Soal Dhizwar.
"Sebab next week saya akan ke Sarawak untuk kursus kenaikan pangkat sebagai penolong kanan Insya-Allah. Seminggu saya akan berada di sana." Balas Busyairi dengan pandangan yang sayu.
"Cikgu ni, saat-saat kami perlukan cikgu, cikgu pulak takde. Abistu takkan kami nak belajar sendiri je minggu depan!" Balas Amirul pula.
"Cikgu Mazlan yang akan gantikan saya kalau waktu dia dengan saya tak bertindih. Jadi, saya dah bincang dengan dia untuk fokus bahagian rumusan dan karangan saja. Yang lain-lain saya rasa awak semua dah menguasai. Jadi nanti dia akan fokus itu saja." Balas Busyairi panjang lebar.
"Alaaa.." Kedengaran suara pelajar kelas 5 Sains 2 mengeluh.
"Haish awak ni. Kalau boleh saya menolak kursus tu dah lama saya tolak semata-mata nak fokus pada awak semua. Tapi tu lah nampaknya keadaan tak mengizinkan. Beginilah, kertas Bahasa Melayu akan mula pada Selasa depan kan? Jadi hari Isnin tu awak dah mula cuti. Betul?" Busyairi sudah mendapat satu idea untuk membantu pelajarnya menghadapi peperiksaan SPM yang bermula pada selasa hadapan.
"Saya akan balik semenanjung pada hari Sabtu. Isnin nanti saya akan mula bersekolah balik. Jadi hari Isnin tu saya boleh adakan kelas tambahan dari jam 8 sampai 12 tengah hari. Saya taknak paksa awak datang kelas tambahan yang saya buat ni. Terpulanglah pada awak. Kalau awak nak skor subjek saya, awak datanglah. Kalau awak tak datang pun takpa. Mungkin awak nak fokus pada subjek lain kan.." Ujar Busyairi panjang lebar.
"Haa boleh cikgu!" Balas Amirul dan pelajar lain juga menyokong pendapatnya. Busyairi sudah tersenyum pada pelajar-pelajarnya.
"Hei kenapa semua diam je ni?" Soal Busyairi pula apabila melihat semua pelajarnya sudah diam membisu itu.
"Cikgu..." Iskandar bersuara tiba-tiba.
"Ye, kenapa Is?" Balas Busyairi pula.
"Kami takutlah.." Pelajar lain juga mengangguk tanda setuju apa yang diungkapkan oleh Iskandar.
"Korang ni takut apa?" Balas Busyairi pelik.
"Tak sangka kami dah nak SPM kan cikgu. Kami rasa baru je kami masuk darjah satu. Pejam celik pejam celik kami dah nak SPM. Hmmm." Amirul sudah membuat muka sedihnya.
"Itulah yang menunjukkan masa ini terus berjalan dan tidak akan mampu untuk menunggu sesiapa pun. Faham tak apa yang saya cakap ni?" Kata-katanya terhenti di situ.
Pelajar-pelajar kelas 5 Sains 2 hanya mengangguk tanda faham kecuali Hanisah yang daripada tadi lagi dia hanya diam dan asyik tunduk ke bawah saja. Sepertinya dah tak sanggup melihat muka lelaki yang dibencinya itu. Busyairi hanya membiarkan sajalah. Dah nak SPM ni dia dah tak naklah marah-marah. Lagipun bukan masa dia tengah mengajar.
"Sebab itulah saya asyik marah-marah kamu kalau kamu tak fokus apa yang saya ajar. Kamu tak fokus masa saya mengajar. Kamu main-main dekat belakang saya. Sekarang kamu dah dapat jawapannya kan?" Jawab Busyairi lagi.
"Sebab masa takkan dapat diulang kembali walau kamu lari hujung dunia sekalipun. Walau kamu lari kemana-mana sekalipun. Masa yang berlalu tetap akan berlalu dan tidak akan menunggu kamu. Faham?!" Tambahnya lagi.
"Selagi ada masa ni, kamu gunakanlah dengan sebaiknya. Jangan main-main lagi dah! SPM just around the corner! Jadi fokus dan terus fokus faham?" Busyairi sudah semakin serius wajahnya.
"Baik cikgu!" Balas mereka semua.
"Cikgu..." Amirul sudah berdiri.
"Kenapa Mirul?" Tanya Busyairi.
"Saya sebagai pelajar yang paling nakal dalam kelas ni, saya wakil kepada kawan-kawan saya ni, ingin memohon ampun dan maaf kalau kami ada melawan cakap cikgu ke, ataupun buat cikgu terasa hati dalam diam ke, buat cikgu sakit hati ke dengan kitaorang, kami minta maaf ya cikgu. Cikgu halalkan ya segala ilmu yang cikgu bagi pada kami." Amirul sudah terdiam. Pelajar lain juga terus bangun dan juga membuat perkara yang sama dengan Amirul.
"Kami pun minta maaf ya cikgu. Halalkan ilmu yang cikgu bagi tau selama ni. Dari kami tingkatan empat lagi cikgu dah ajar kami. Tak mampu kami nak balas jasa cikgu yang dah mendidik dan mengajar kami ni." Suzana pun sudah bersuara.
"Ya, cikgu dah maafkan segala silap dan salah kamu semua. Cikgu tak pernah simpan dalam hati pun dan cikgu selalu halalkan ilmu yang cikgu bagi pada kamu selama ni. Kamu jangan risaulah. Setiap kali solat, saya selalu doakan anak-anak saya ni berjaya dunia akhiratnya. Saya doakan kamu juga supaya diterangkan hati dan dipermudahkan untuk menjawab SPM nanti." Ujar Busyairi yang sudah tersenyum itu. Lega hati pelajar kelas 5 Sains 2 mendengar kata-kata guru mereka.
Pelajar-pelajar lelaki sudah beratur untuk bersalam dan memohon restu pada Cikgu Busyairi. Busyairi membalas pelukan mereka dan menghadiahkan kata-kata semangat pada mereka untuk terus berjuang dalam kehidupan yang seterusnya. Pelajar perempuan hanya memerhati segala perlakuan pelajar lelaki dan Cikgu Busyairi itu.
"Pelajar-pelajar perempuan pun sama tau. Buat yang terbaik dan jangan sesekali kamu semua berputus asa. Buat yang terbaik ya untuk SPM nanti. Saya tahu kamu semua ni pandai-pandai. Cuma kamu malas je kan.." Balas Busyairi dan pelajar-pelajar lain hanya mengangguk saja.
Mereka mengaku mereka sebelum ini mereka hanya banyak bermain saja daripada belajar. Sebab itu keputusan peperiksaan mereka daripada tingkatan empat sehinggalah peperiksaan awal tahun dulu sangat teruk. Dengan bimbingan daripada Cikgu Busyairi yang sentiasa mengambil berat tentang mereka, mereka berjaya berubah dan dapat meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Keputusan percubaan SPM telah berjaya membuktikan bahawa mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dan serius mahu berjaya dalam kehidupan mereka di masa akan datang.
Baru saja Busyairi melangkah keluar daripada kelas itu, Hanisah cepat-cepat mengejarnya. Walaupun Hanisah masih marah pada Busyairi, namun dia juga perlu meminta maaf atas salah silap yang telah dilakukan sebelum ini terhadap gurunya itu.
"Cikgu, tunggu sekejap!" Laung Hanisah dari jauh. Busyairi terus menoleh dan menghadiahkan segaris senyuman pada gadis yang amat dirindu itu. Sejak daripada peristiwa yang berlaku di bilik disiplin tempoh hari, Busyairi dan Hanisah masing-masing bermasam muka. Dia juga tidak menegur langsung Hanisah di dalam kelas. Hanisah apatah lagi. Pandang mukanya pun sudah tak sudi!
"Ye ada apa Hanisah?" Soal Busyairi sambil tersenyum.
"Saya pun nak minta maaf cikgu kalau ada apa-apa salah yang saya buat pada cikgu." Ujar Hanisah.
"Saya sentiasa doakan awak dan kawan-kawan awak berjaya dalam SPM ni Nis." Balas Busyairi yang sudah tersenyum itu.
"Terima kasih cikgu." Hanisah terus berlalu pergi dari Busyairi untuk masuk ke kelas. Busyairi sudah memandangnya hairan.
"Bagai nak rak panggil aku, tapi nak cakap tu je?" Kata Busyairi di dalam hati dan terus pergi dari situ.
Nampaknya hubungannya dengan Hanisah masih belum ada tanda-tanda untuk berbaik semula seperti dulu. Biarlah masa yang menentukan. Kalau ada jodoh, pasti Busyairi dan Hanisah akan bersatu juga dengan izin Allah. Insya-Allah.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN
RomanceBusyairi 34 tahun yang berkali-kali gagal dalam percintaannya. Beliau juga seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah. Dia mempunyai rupa yang kacak dan sering menjadi tumpuan seluruh pelajar perempuan di sekolah tersebut. Namun bila bermulany...