BAB 6

1.2K 41 1
                                    

   Pada malam tersebut, Hanisah sedang ralit bermain telefon bimbitnya. Matanya sudah berasa mengantuk sehingga terlelap. Baru saja Hanisah hendak melelapkan matanya, dia terdengar telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk. Hanisah sudah tau siapa yang menghantar mesej tersebut. Ya, Cikgu Busyairi yang menghantarnya! Perlahan-lahan Hanisah membuka matanya untuk melihat jam di dinding!

   "What, dah pukul 10 ke? Aku rasa aku tertidur sekejap je." Katanya didalam hati. Dia terus membuka telefonnya. terkejut dia melihat tugasan yang dihantar oleh Cikgu Busyairi tu. Sembilan karangan yang harus disiapnya. Hanisah terkejut kerana Cikgu Busyairi kata dia perlu menyiapkan lapan karangan saja. Kenapa dia tambah lagi satu karangan?

   "Mesti dia nak buli aku ni! Dasar kurang kasih sayang si Busyairi ni!" Gerutu hatinya.

   Setelah dia meneliti satu persatu tajuk karangan yang diberikan, dia mendapati Busyairi ada menulis satu pesanan ringkas. Hanisah membacanya dengan penuh kesabaran sambil mengangkat tangannya untuk menampar seseorang. Mujur tiada satu orang pun yang ada didepannya ketika ini. Kalau tidak mahu melayang tamparan wanitanya!

   Jangan lupa siapkan ya. Esok jam 6:30 pagi saya dah datang ke sekolah. Jadi sebelum jam 6:30 tu saya nak tengok karangan awak sudah ada atas meja saya! Kalau lambat saya akan tambah lagi tiga karangan. Faham ya? Bye, saya tidur dulu Nisah. Sweet Dream! Jangan lupa mimpikan saya ya! Jumpa esok. - Busyairi.

   "Ah, gila betullah mamat ni! Dah la karangan banyak macam ni, pastu dia suruh siapkan esok jugak? Dia kena sampuk jin mana ni?" Bisik Hanisah sambil tangannya menumbuk buku karangannya yang tertinggal tadi.

   "Sebab kaulah aku kena buat semua ni tau tak!" Hanisah marah pula pada bukunya. Hampir gila dibuat oleh Busyairi itu. Kalaulah ada Busyairi di depannya, memang melayanglah penumbuknya seperti layangan buku tebalnya di atas meja Hanisah siang tadi.

   Nak atau tak nak, Hanisah terpaksa buat jugalah tugasan yang diberikan oleh Busyairi sebentar tadi. karang risau dia dimarah lagi. Saat ini, Hanisah rasa bagai nak menangis saja. Hatinya sakit, mentalnya penat dan fizikalnya terlalu letih selepas pulang dari sekolah tadi. Perlahan-lahan Hanisah buat juga satu persatu karangan yang disuruh oleh Busyairi itu. Matanya sudah berat dan asyik menguap saja. 

   Jam sudah menujukkan jam 4:30 pagi. Tujuh karangannya sudah disiapkan dengan jayanya. Kini, hanya tinggal lagi dua sahaja karangannya yang wajib disiapkan. Walaupun matanya sudah seperti mata panda, namun dia tetap mahu menyiapkan tugasannya. Hanisah keluar dari bilik dan menuju ke dapur untuk membancuh kopi. Matanya sudah mahu terlelap namun dia tetap mengagahkan dirinya untuk selesaikan tugasan yang tertangguh itu.

   "Alhamdulillah, siap juga karangan ni! Daripada jam 10 malam tadi aku pulun, akhirnya tibalah masa yang dinanti-nantikan. tanpa sempat Hanisah mengemas semua kertas-kertas yang berlambak di atas mejanya, dia sudah tertidur kerana tidak dapat menahan lagi matanya daripada terus berjaga sehingga subuh.

********************

    Jam telah menujukkan jam tepat 7 pagi. Hanisah baru saja bangun daripada tidurnya. Hanisah terus masuk ke bilik air tanpa melihat jam terlebih dahulu. Dia mahu membersihkan dirinya sebelum menunaikan solat fardhu Subuh. Selesai sahaja semuanya Hanisah terus memandang jam di dindingnya.

   "Allah, dah jam 7:15 ni. Aduh, kenapalah aku terlambat bangun ni!" Hanisah sudah kelam kabut menyarung unform sekolahnya. Muju bajunya sudah digosok malam tadi. Kalau tida dia akan pergi sekolah dalam keadaan yang selekeh. Hanisah baru teringat bahawa ibunya sudah bergerak ke hospital pada jam 6 pagi lagi bersama abangnya kerana ada janji temu dengan doktor pakar. Patutlah tiada siapa yang mengejutnya bangun daripada tidur. Tanpa berlengah lagi Hanisah terus mengemas begnya dan memastikan bahawa semua buku Bahasa Melayunya dibawa bersama termasuklah buku karangan walaupun hari ini mereka akan belajar tatabahasa. Hanisah terus mencapai kunci motornya dan bergegas menuju le sekolahnya yang terletak kira-kira 3 kilometer dari rumahnya.

   Daripada jauh Hanisah sudah nampak Cikgu Busyairi yang sedang berdiri di hadapan pagar laluan masuk motosikal. Hatinya sudah berdebar- debar kerana jam telah menunjukkan pukul 7:35 pagi. Ya, ini kali pertama dia hadir lewat ke sekolah secara tidak sengaja. Yalah, jam 5:30 pagi baru dia tidur dan lupa kunci jam, memang terbangun lambatlah jawabnya.

*******************

   Hanisah membawa masuk motornya tanpa hirau terhadap Cikgu Busyairi yang sedang berjalan ke arah motosikalnya. Hanisah ternampak Cikgu Busyairi tersenyum kearahnya dari jauh. Dia senyum sinis ya. Hanisah sudah merasakan senyuman Cikgu Busyairi padanya adalah senyuman yang tidak ikhlas. Namun dibiarkan saja. Semakin hampir Cikgu Busyairi kearahnya semakin berdebar-debar hatinya seperti orang yang sedang menunggu hukuman mati saja.

   "Ikut saya masuk bilik disiplin sekarang ya." Ringkas saja kata-kata Cikgu Busyairi ini. Hanisah sudah mengetahuinya apa yang bakal terjadi selepas ini. Kalau diikutkan hati memang dia tak mahu hadir ke sekolah hari ini. Namun bila dia memikirkan ada tugasan yang perlu dihantar pada Cikgu Busyairi, dia datang jugalah ke sekolah dalam keadaan yang terpaksa dan bukan atas kerelaan hatinya.

   "Pengawas boleh masuk ke kelas masing-masing." Arahnya.

   Akhirnya mereka tiba di hadapan bilik disiplin itu. Busyairi terus mengarahkan Hanisah masuk ke dalam. Hanisah hanya ikut tanpa mengeluarkan kata-kata. 

   "Duduklah dulu. Saya nak ke tandas jap. Sampai sakit perut saya ni tunggu awak depan pagar tu. Lambat ye awak datang hari ini!" Busyairi melemparkan senyuman sinis lagi. Hanisah tidak memandang ke arahnya walau sekejap pun kerana dia tahu sebentar lagi akan berlakunya perang dunia ketiga!

   Busyairi kembali masuk ke biliknya dan melihat Hanisah yang leka membelek-belek kertas karangannya. Busyairi hanya tersenyum dari belakang dan kehadirannya tidak disedari oleh Hanisah. Dia tersenyum ikhlas memandang pada Hanisah dari belakang. Rindu betul dia nak berbual dengan gadis ini seperti di hospital tempoh hari. Namun, dia tidak akan berbuat demikian di sekolah kerana ini merupakan tempatnya bekerja dan mencari rezeki untuk ibunya di kampung. Busyairi sangat berpegang teguh pada prinsipnya iaitu dia akan amanah dalam setiap kerja yang dilakukannya dan tidak akam menjalankan tugasnya sambil lewa. Baginya, keberkatan adalah penting dalam pendapatannya agar segalanya tidak disoal oleh Allah di sana kelak. 

   "Dah siap segala kerja yang saya bagi semalam?" Ringkas pertanyaan Cikgu Busyairi pada Hanisah yang duduk di hadapannya.

   "Dah cikgu. Ni karangan yang cikgu suruh siapkan semalam." Hanisah terus menyerahkan tugasannya itu pada Cikgu Busyairi yang hanya memandangnya daripada tadi.

   "Saya minta maaf ya pasal semalam." Hanisah pelik kenapa lelaki itu baik saja harini? Ingat ke perang nak tercetus dah tadi. Namun Hanisah terus beriak biasa.

   "Eh takpalah cikgu. Dah silap saya pun semalam. Takkan saya nak salahkan cikgu pulak. Mana-mana cikgu pun akan marah kalau anak muridnya tak bawa buku." Hanisah membalas dengan senyuman manis yang terukir dibibir.

   "Ok, balik karang awak datang sini balik ambil balik karangan awak ni kalau saya dah siap semak. Awak jangan ingat saya lupa ya perjanjian kita semalam dan pasal awak datang lambat tadi. Nama awak saya dah catat dalam buku Rekod Disiplin Pelajar. Saya faham kenapa awak datang lambat. Jadi saya bagi amaran terakhir, sekali lagi awak datang lambat saya akan ambil tindakan keatas awak. Faham?

   "Faham cikgu. Terima kasih sebab tak lancarkan perang tadi." Terkejut Cikgu Busyairi dengan ayat yang dikeluarkan oleh Hanisah.

   "Nakal juga dia ni." Getus hatinya. Busyairi hanya tersenyum senang dan tidak sabar untuk menantikan saat bahagia itu tiba. 

   

   

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now