BAB 36

794 28 0
                                    

   Tibalah hari yang dinanti-nantikan buat Hanisah. Ya, harini peperiksaan SPM sudahpun bermula. Banyak Busyairi titipkan nasihat, pesanan dan tips buat isterinya agar dipermudahkan menjawab soalan.

   "Good luck sayang! Abang tahu sayang boleh buat. Bilik exam untuk calon sekolah ni di atas. Tapi tempat sayang di bilik bawah tu je. Nanti abang hantarkan sayang okay?" Busyairi sudah tersenyum pada isterinya.

   "Okay abang. Abang doakan Hanis tau. Hanis nervous ni. Abang duduk sini cikgu-cikgu lain tak nampak ke? Anak-anak murid abang ke? Karang malulah Hanis." Luah Hanisah.

   "Biarlah diorang tengok pun. Dah memang isteri abang ni cantik. Takde siapa yang boleh nafikan tau!" Usik Busyairi.

   "Dah nak pukul 8 dah ni bang. Rasanya dah boleh masuk kan?" Tanya Hanisah.

   "A'ah lah. Abang tak perasan dah nak pukul 8. Abang hantar sayang ke bilik exam dulu. Lepas tu abang nak pergi dewan terbuka kejap nak tengok pelajar abang. Sayang ingat ya tips yang abang dah share sebelum ni. Insya-Allah everything akan okay."

   Busyairi terus keluar daripada bilik peperiksaan di mana Hanisah ditempatkan berserta beberapa orang lagi calon SPM persendirian. Busyairi sudah tersenyum kepada Hanisah yang masih lagi memandangnya.

   "Zaril! Mari sini jap!" Panggil Busyairi sebaik saja melihat Zaril lalu dihadapannya.

   "Karang sebelum balik, cikgu ingat nak jumpa kamu semua."

   "Satu kelas ke cikgu?" Tanya Zaril semula.

   "Ye. Jangan lupa ya. Tepat jam 1:15. Dan jangan seorang pun lewat." Zaril mengangguk saja.

**************************
   "Mana cikgu ni. Lambat betul!" Keluh Syafira.

   "Sabarlah wei. Karang kalau cikgu datang tengok salah sorang dari kita takde nanti dia marah pulak." Balas Suhaila.

   Tak lama selepas tu pelajar kelas 4 Bestari sudah nampak Busyairi berjalan ke arah mereka dengan membawa seorang wanita berkerusi roda.

   "Abang, betul ke ni? Sayang takutlah." Hanisah sudah memandang suaminya yang masih menolak kerusi rodanya.

   "Diorang ni lah selalu tanya pasal sayang tau. Jadi abang nak perkenalkan sayang dengan diorang. Abang harap sayang dapatlah beri inspirasi dekat diorang sebelum paper jam 2:30 nanti." Balas Busyairi yang sudah menenangkan isterinya.

   "Assalamualaikum semua!"

   "Waalaikumussalam cikgu!" Jawab pelajar kelas 4 Bestari itu. Semua sudah melambai-lambai ke arah Hanisah. Hanisah membalas lambaian dan senyuman kepada mereka.

   "Siapa kakak ni cikgu?" Tanya salah seorang daripada mereka.

   "Inilah isteri cikgu." Hanisah memegang tangan Busyairi. Busyairi pula membalas dengan memegang bahu Hanisah.

   "Akak, cikgu Busyairi ni banyak cerita pasal akak dekat kami tau."

   "Akak ni cantiklah."

   "A'ah kan. Cantik betul isteri cikgu ni."

   "Terima kasih adik-adik semua!" Balas Hanisah sambil tersenyum ke arah
mereka.

   "Cikgu bawa isteri cikgu ni sebab nak kenalkan pada kamu semualah. Cikgu rasa kamu dah tau sikit-sikit latar belakang akak ni kan. Sebab cikgu selalu cerita kan." Mereka semua mengangguk.

   "Sayang, teruskan." Kata Busyairi perlahan.

   "Akak tak sempat nak ambil SPM tahun lepas sebab akak kemalangan hari pertama SPM. Lepas tu kaki akak ni terpaksa dipotong sebab memang dah hancurkan. Hampir sebulan akak koma dik. Bangun-bangun je SPM dah habis. Jadi memang akak terlepas la SPM. Suami akak ni lah banyak bagi support moral dekat akak. Dia banyak bantu akak saat akak rasa depress, putus asa dengan kehidupan, akak jadi seorang pemarah. Tapi dia banyak sokong akak untuk akak dapatkan balik diri akak yang sebenar."

   "Apa yang akak nak sampaikan pada kamu semua, tetaplah belajar sampai bila-bila sekalipun. Apa yang jadi pada diri kita, itu takdir yang Allah tetapkan untuk kita. Tapi mencari ilmu itu tanggungjawab kita semua. Kita kena belajar dan terus belajar. Apa yang kita nak buat dalam hidup kita, semua perlukan ilmu itu. Sedangkan kita nak makan pun, mak kita ajar kita masa kecil dulu. Itulah ilmu walau ianya sedikit. Kita boleh gunakan ilmu itu sampailah kita mati. Faham?" Panjang lebar Hanisah menasihati anak-anak murid Busyairi. Busyairi hanya memerhati dari jauh saja.

   "Akak dulu sekolah mana?"

   "Akak sekolah dekat Selangor dik. Sekolah lama cikgu awak jugaklah." Hanisah sudah tersenyum.

   "Akak, kenapa suami akak tu garang sangat?" Mereka semua dah tertawa.

   "Yelah, kami ni asyik jadi mangsa rotan dia je." Hanisah juga turut tertawa.

   "Dia memang macam tu dik. Dari akak sekolah lagipun dia memang dah garang macam tu. Akak pun pernah kena rotan dengan dia tau. Garang-garang dia pun, tapi hati dia baik. Dia cuma nak kamu jadi orang yang berguna je. Kalau kamu takde buat salah, dia takkan marah tau." Jelas Hanisah. Suka betul dia layan pertanyaan adik-adik tu.

   "Dulu dia cikgu disiplin tau. Tu pasal dia garang." Hanisah sudah melepaskan tawanya.

   "Patutlah!" Mereka semua juga turut ketawa.

   "Apa rahsia akak jadi cantik macam ni?" Tanya Aina.

   "Takdelah dik. Akak biasa-biasa je. Kamu lagi cantik daripada akak tau." Puji Hanisah. Memang Aina tu cantik pun. Ikhlas dia memuji. Aina sudah tersipu-sipu malu.

   Busyairi sudah datang kembali menghampiri mereka semua.

   "Korang kutuk cikgu ke apa ni? Semua gelak-gelak je." Busyairi sudah memerhati mereka.

   "Takdelah cikgu. Akak ni kelakar tau cikgu. Pandai dia buat lawak." Aina mula cover Hanisah. Hanisah hampir-hampir juga nak tergelak tapi ditahannya.

   "Dahlah korang semua boleh balik. Ingat apa yang akak ni pesan. Next year memang cikgu akan bertambah garang sebab korang semua SPM pulak kan. So cuti sekolah nanti start fokus untuk SPM tahun depan. Dan bila-bila cikgu akan inform dalam group untuk kelas tambahan nanti. Jadi korang semua wajib hadir. Siap tak hadir tanpa alasan munasabah kau orang taulah akibatnya!" Busyairi sudah memberi amaran pada anak muridnya.

   "Ala cikgu ni! Kami baru ingat nak rilek-rilek cuti sekolah nanti. Tetiba ada kelas tambahan pulak." Keluh pelajar kelas 4 Bestari.

   "Takde rilek-rileklah. Bila-bila pun kamu boleh rileks." Busyairi sengaja seriuskan mukanya. Hanisah hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Teringat pula zaman dia bersekolah dulu. Beginilah keadaannya kalau Busyairi sudah mengumumkan kelas tambahan waktu cuti. Mencuit hati betul bila ingat kembali masa tu!

   "Dah, jom makan sayang!" Busyairi terus menolak kerusi roda milik isterinya dan berlalu dari situ meninggalkan pelajar kelas 4 Bestari yang terpinga-pinga itu. Busyairi menoleh kembali ke arah mereka.

   "Korang taknak balik ke? Ke nak start kelas tambahan sekarang juga? Boleh je. Okaylah pergi masuk kelas sekarang!" Busyairi mengenakan pelajarnya.

   "Eh takde cikgu! Kami nak baliklah ni! Guys jom balik! Karang tak pasal-pasal kita kena masuk kelas tambahan pulak!" Jerit Syahrul.

   Busyairi dan Hanisah sudah tergelak melihat gelagat mereka.

   "Abang ni nakal betul eh! Dari dulu lagi suka mengusik macam ni."

   "Kena buat macam tu sayang. Kalau tidak karang sampai ke malam diorang tercegat dengan situ." Busyairi sudah tergelak.

   "Paper petang ni sayang buat elok-elok ya. Jangan nervous dan buat rileks saja." Pesan Busyairi pada isterinya.

   "Insya-Allah abang. Paper tadi pun Hanis boleh jawab tau. Syukur. Abang banyak bagi tunjuk ajar dekat Hanis. Terima kasih abang!" Hanisah sudah mencium pipi suaminya setelah memerhati tiada orang yang lalu di situ.

   "Tak sabar nak tunggu sayang Hanis SPM tau."

   "Kenapa?"

   "Abang nak tuntut janji tu!"

   "Eiii, mengadanya!" Hanisah sudah menumbuk lengan Busyairi.

   Mereka dua-dua sudah tertawa bahagia!

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now