BAB 25

918 34 0
                                    

   "Ibu kenapa badan Nisah rasa ringan je? Lepas tu kaki kanan ni macam tak rasa apa-apa?" Soal Hanisah pada ibunya.

   Puan Nafisah sudah tidak tahu nak beri jawapan apa. Sebab dia pun tiada jawapan tu. Hendak dipanggil Busyairi di luar, karang Hanisah naik angin pula. Puan Nafisah tahu Hanisah dan Busyairi sudah berperang dingin sejak beberapa bulan lalu.

   "Ibu jawablah! Nisah tanya ni." Geram pula hati Hanisah apabila ibunya masih diam.

   Dia terus membuka selimutnya dan mahu menurun dari katilnya dan pergi ke tandas. Alangkah terkejutnya apabila Hanisah mendapati sebelah kakinya telah tiada!

   "Ibu, kenapa ni? Mana kaki Nisah sebelah lagi?" Soal Hanisah pada ibunya. Airmatanya sudah mula bergenang.

   "Nanti ibu jelaskan." Balas Puan Nafisah yang sudah menenangkan anak gadisnya itu.

   "Nak jelaskan apa lagi bu? Kaki Nisah dah takde pun bu. Kenapa ibu tak beritahu Nisah daripada tadi? Kenapa doktor pun tak beritahu? Kenapa semua tak cakap dengan Nisah pasal benda ni? Memang saja je kan nak buat surprise dekat Nisah?!" Hanisah sudah mula naik angin pada ibunya.

   "Nisah, sabar sayang! Bukan kami taknak beritahu. Tapi masa tak sesuai lagi. Lagipun Nisah baru je sedar daripada koma kan..." Puan Nafisah mula menangis. Tak tahulah macamana masa depan anaknya.

   Hanisah sudah mula memukul-mukul dirinya. Apa yang ada diatas meja dihadapan katilnya juga sudah dihempasnya. Termasuklah pasu bunga hiasan kecil di sebelahnya. Semua dicampaknya. Habis semua pecah! Hanisah sudah tidak mampu menenangkan hatinya.

   Busyairi dan Mazlan yang sudah mendengar jeritan ditambah pula dengan tangisan Hanisah dan ibunya, dia terus menolak pintu wad tersebut. Mereka terkejut apabila melihat keadaan bilik itu yang sudah bersepah. Dengan kaca yang bertaburan. Hanisah sudah memandang Busyairi dengan pandangan yang tajam. Puan Nafisah masih lagi menangis apabila melihat anaknya yang sudah naik hantu itu!

   "Kenapa kau ada kat sini? Kau keluar sekarang! Aku taknak tengok lagi muka kau! Aku kata keluar kan?!" Jerit Hanisah.

   Terkejut Busyairi apabila melihat Hanisah yang sudah bertindak lebih agresif itu. Sangat luar biasa. Dia tak pernah tengok Hanisah marah sebegini. Sampai merah-merah mukanya menahan marah!

   Puan Nafisah sudah menuju ke arah Hanisah untuk terus menenangkannya. Tapi tidak berdaya apabila dia terus menolak ibunya sampai terjelepok jatuh ke lantai.

   Nak atau tak nak Busyairi terpaksa juga memegang Hanisah dengan kuat untuk menenangkannya. Namun tidak berdaya kerana Hanisah sudah menolaknya. Hampir terjatuh juga Busyairi ditolaknya. Mazlan juga sudah membantu memegang Hanisah. Sememangnya tenaga Hanisah saat ini sangat luar biasa. Sangat kuat! Seperti dirasuk hantu saja!

   "Lan, kau panggil doktor Lan!" Mazlan terus berlari keluar daripada bilik itu dan terus memanggil doktor.

   Doktor Nasir dan beberapa orang lagi jururawat datang ke bilik Hanisah. Terkejut mereka melihat keadaan Hanisah. Dia masih lagi marah dan terus memukul-mukul dirinya. Walaupun hanya sebelah tangannya yang tidak patah. Habis lebam-lebam mukanya.

   Enam orang jururawat sudah memegang Hanisah dengan kuatnya. Hanisah akhirnya surrender juga setelah dirinya mula terasa penat dan kepalanya sangat sakit. Dr Nasir telah memberi suntikan ubat penenang pada Hanisah. Hanisah sudah kembali tenang dan baring semula di katilnya sambil menangis teresak-esak.

   "Kenapa nasib saya begini doktor? Kenapa saya tak mati je selepas kena langgar dulu?" Hanisah sudah mula meluahkan isi hatinya.

   Doktor Nasir sudah mengarahkan Busyairi, Puan Nafisah dan Mazlan keluar. Manakala jururawat juga diarahkan keluar selepas Hanisah makin tenang.

   "Sabar Hanisah. Allah sedang menguji awak. Sedaya upaya kami cuba menyelamatkan kaki awak. Tapi tak boleh sebab kaki kanan awak totally hancur. Jadi kami terpaksa buat keputusan macam ni. Saya harap awak terus kuat ya." Dr Nasir sudah menasihatkan Hanisah.

   Hanisah sudah mengiringkan badannya arah berlawanan dengan Dr Nasir. Dr Nasir memandangnya dengan penuh simpati. Ya, Hanisah masih muda. Tapi dia terpaksa menanggung ujian yang berat macam ni.

   Hanisah sudah mula memejamkan matanya dengan mengesat airmatanya yang masih tersisa itu. Dia mencuba untuk tidur dan akhirnya dia terlelap juga. Buat masa ini dia tidak mahu berjumpa dengan sesiapa termasuklah ibunya sendiri.

   Busyairi berlari mendapatkan Dr Nasir yang sudah keluar dari bilik Hanisah.

   "Camana keadaan Hanisah doktor?" Soal Busyairi.

   "Dia dah semakin tenang. Dia juga ada beritahu saya yang dia taknak jumpa sesiapa buat masa sekarang termasuklah ibunya. Saya harap pihak tuan dan puan dapat beri dia ruang untuk dia tenangkan diri. Dia beritahu saya dia nak bersendirian untuk beberapa hari." Jelas Dr Nasir kepada Busyairi dan Puan Nafisah. Mazlan hanya memerhati saja.

   "Takpalah ibu. Jom kita balik dulu ya." Nanti Dr Nasir inform kita bila dah boleh melawat Hanisah. Puan Nafisah mengangguk saja.

   "Ri, biar aku bawak keretalah. Aku tengok tangan kau dah habis merah-merah sebab kena pukul dengan dia." Busyairi hanya mengangguk. Pipinya juga sudah berbirat akibat ditampar oleh Hanisah tadi.

   "Ri, ibu minta maaf tau apa yang Hanisah dah buat dekat Ri tadi." Ujar Puan Nafisah.

   "Takpalah ibu. Ri faham keadaan Hanisah. Sikit je ni. Esok-esok eloklah. Nanti kalau doktor call ibu, ibu call la Ri balik ya kalau ibu nak ke hospital. Kalau Hanif ada suruhlah dia hantar. Sebab Ri tahu Hanisah tak boleh tengok muka Ri sekarang. Dia betul-betul marah selepas Ri masuk tadi." Balas Busyairi.

   "Kalau Hanif kerja, ibu call je Ri ok. Ri datang hantar ibu ke hospital." Balas Busyairi lagi sambil tersenyum.

   "Okaylah Ri. Ri nak ibu tolong ubatkan tak luka tu? Kesian Ri. Nak tenangkan Hanisah, sampai kena tumbuk dengan dia. Tak sangka ibu Hanisah jadi kuat macam tu." Balas Puan Nafisah.

   "Takpalah bu. Nanti Ri ubatkan sendiri ja." Balas Busyairi. Mazlan hanya jadi pendengar saja daripada tadi sambil memandu kereta.
 
   "Ibu, Ri ada benda nak bagitahu ni.." Busyairi sudah menoleh ke belakang.

   "Bagitahu apa Ri?" Tanya Puan Nafisah.

   "Sebenarnya lagi tiga minggu Ri kena ke Ipoh. Sebab Ri dah diarahkan tukar sekolah. Jadi Ri dah buntu camana nak tolong Hanisah nanti. Ri taktau nak pujuk Hanisah camana untuk kahwin dengan Ri." Busyairi meluahkan isi hatinya.

   "Takpalah Ri. Ibu kan ada. Boleh tengokkan Hanisah. Nanti kalau ada masa atau cuti sekolah, Ri datanglah sini ya." Ujar Puan Nafisah untuk melegakan hati bakal menantunya.

   "Terima kasih ibu sebab faham Ri. Nanti bila Ri balik sini, Ri akan datang selalu jumpa Hanisah." Balas Busyairi.

   "Kalau ada apa-apa yang ibu nak Ri  tolong, Whatsapp je tau. Ibu boleh bagitahu Ri selalu camana keadaan Hanisah." Ujar Busyairi.

   "Sebab dalam bulan Januari memang Ri akan mula sibuk. Mungkin dua sebulan lebih tak dapat jumpa Hanisah nanti." Busyairi meluahkan perasaannya.

   "Puan, Ri ni naik pangkat tau. Sebab tu dia kena hantar ke Ipoh." Mazlan sudah menyampuk.

   "Apa Mazlan ni panggil ibu 'puan' pula. Tak payahlah panggil puan dah. Sebab Mazlan pun ibu dah anggap macam anak ibu sendiri." Puan Nafisah tersenyum.

   "Takpa ke panggil ibu ni? Saya risau nanti saya pulak jadi menantu ibu!" Mazlan sudah menghamburkan tawanya. Saja nak mengusik Busyairi.

   "Tulah kalau ibu ada anak perempuan lagi bolehlah jodohkan dengan Mazlan kan." Puan Nafisah juga ketawa.

   Mereka masing-masing sudah berdiam diri. Begitu juga Puan Nafisah. Mazlan sudah memfokuskan pemanduannya.

   "Kuat betul wanita ini. Anak sakit pun dia mampu tersenyum lagi. Dia boleh lagi hiburkan aku. Umi, Mazlan rindu umi." Katanya di dalam hati.

SUAMIKU GURU DISIPLINWhere stories live. Discover now