Untuk Sehari Saja 1

33.7K 950 27
                                    

Pintu rumah utama dibuka dengan kasar oleh seorang lelaki.  Tangannya dengan ganas membuka tali pinggang yang masih lagi terlihat elok di pinggangnya.  Tali leher ditarik kasar olehnya lalu dibuang ke lantai.

Anak matanya tajam sedang mencari kelibat seseorang yang membuatkan dirinya semarah ini.  Dia melangkah ke ruang tamu rumah tersebut.  Kelihatan urat-urat di dahinya itu bertimbulan kerana sedang menahan amarahnya daripada meletus.

Bila anak matanya menjumpai sosok seorang gadis yang tengah menggigil ketakutan.  Dengan pantas dia berjalan menuju ke arah gadis tersebut.
    
“ Aku dah katakan jangan keluar dari rumah ni, duduk diam-diam dekat sini! Arahan senang macam tu pun kau tak boleh faham ke ” Jerkah Theo.  Hati kecilnya masih cuba untuk bersabar. 

Kalau ikutkan darah mudanya, nak sangat dia memukul Aisyah sekarang.  Sakit hatinya bila isterinya itu tidak mendengar arahannya.

Ya gadis yang berada di hadapannya sekarang adalah isterinya.  Isteri yang selalu menjadi tempat dia melepaskan amarahnya itu.  Entah apa yang membuatkan dirinya sangat membenci dengan isterinya itu sendiri

Sudahlah dirinya paling pantang bila arahannya diingkar oleh seseorang.  Lagi-lagi isterinya sendiri yang tidak mendengar arahannya, boleh gila dia dibuatnya.

Salah isterinya juga kerana tidak mendengar arahan suaminya padahal dia tahu sendiri berang suaminya itu macam mana tetapi masih lagi berani melanggar arahannya. 

Kalau dia dengar arahan suaminya untuk duduk  diam-diam sahaja dalam rumah dan jangan keluar dari rumah pasti Aisyah tidak akan dimarah sampai macam ni sekali.

“ Kau nak aku pukul kau lagi ke ? Baru kau nak faham arahan aku yang senang macam tu! Apa lagi yang aku boleh buat supaya kau faham dengan arahan aku tu ! ” Tengking Theo. 

Tangan kanannya menunjal-nunjal di dahi Aisyah dengan kuat.  Dirinya sekarang tengah dikuasai perasaan marah yang sedang membuak-buak.  Benci sangat dia dengan isterinya itu sehinggakan tidak terdetik pun hati kecilnya merasa kasihan terhadap Aisyah.

Aisyah hanya mendiamkan dirinya sahaja dan dia tidak berani untuk mengeluarkan sebarang suara pun.  Kepalanya menunduk memandang lantai kerana takut dengan pandangan tajam dari suaminya yang sedang berdiri di hadapannya sekarang.

Kedua tangannya mengenggam hujung bajunya dengan kuat.  Sungguh dia sangat takut melihat sisi suaminya yang ini.  Perasaan takut dan sedih sudah bercampur aduk di dalam dirinya sekarang.

“ Kau ada mulutkan ! Jawablah pakai mulut, sejak bila pula kau jadi bisu ni ! ” Bentak Theo sekali lagi.  Mahu sahaja dia layangkan penamparnya di wajah mulus isterinya itu tetapi dia masih lagi waras. 

“ Sa..ya fa..ham tu.. an” Ucap Aisyah dengan tergagap-gagap. Aisyah melangkah mundur ke belakang bila dia melihat tangan suaminya itu seolah-olah ingin memukulnya. 

Wajahnya ditundukkan memandang lantai lagi kerana tidak berani untuk menatap mata suaminya seperti helang yang sedang berburu mangsanya.  Siapa sahaja yang berani hendak bertatapan dengan Theo kalau dia tengah marah macam tu ? Tiada seorang pun yang berani.

Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa takut dirinya sekarang yang sedang berhadapan dengan Theo Isaac  iaitu seorang lelaki dayus dan juga bergelar sebagai seorang suami kepadanya.

Ini adalah padahnya kalau dia melanggar perintah daripada suaminya itu.  Dirinya akan dipukul sehingga pengsan atau ditengking sebegini tetapi dia sudah terbiasa diperlakukan begitu.  Ini semua ialah cara dia menjalankan kehidupan sehariannya.

Hari ini adalah genap sebulan dia bergelar sebagai seorang isteri kepada Theo.  Lelaki itu jugalah yang membuatkan dirinya jatuh cinta sedalam samudra dan juga memberikan dirinya luka yang paling sakit dalam hidupnya yang sekarang.
    
Aisyah ikhlas cintakan Theo walaupun dia tahu cintanya tidak akan pernah dibalas oleh suaminya itu kerana cinta suaminya itu hanya untuk seorang gadis yang bernama Dania.  Kekasih hati suaminya.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now