Untuk Sehari Saja 41

9.1K 535 92
                                    

Selesai sahaja bersarapan mereka berdua terus melangkah keluar dari rumah kerana ingin menanam semula pokok bunga mawar kesayangan Aisyah.  Takut mati pula nanti pokok bunga tersebut berlama-lamaan dalam air.

" Kalau abang tak pecahkan pasu tu mesti bunga ni masih cantik lagi " Marah Aisyah sambil melihat ke arah suaminya itu.  Tangannya sedang sibuk meletakkan baja pada bunga  mawar putihnya itu.

Matanya sempat lagi menjeling pada suaminya yang berada disebelahnya.  Bukannya nak tolong dia, sibuk aje kerja nak main tanah tu.  Macam budak-budak pula.

" Abang bukannya sengaja sayang " Perlahan sahaja suara Theo kerana dia merasa bersalah memecahkan pasu bunga kesayangan isterinya itu.  Tahulah dia isterinya sangat sayangkan pokok bunga tersebut sampaikan nak letak dalam bilik.

" Takpelah abang, benda pun dah jadi nak buat macam mana lagi "

" Sayang masih marahkan abang ke sebab dah pecahkan pasu bunga ni ? " Soal Theo dengan suaranya yang seakan-akan mahu menangis. 

Mahu sahaja dia menangis bila mendengar isterinya memarahinya.Jelas kelihatan ada air mata jernih yang sedang bertakung ditubir matanya dan tinggal tunggu jatuh sahaja.

Semenjak dia berbaik semula  dengan isterinya semakin manja dia nak melekat dekat Aisyah dan terasa hati dengan benda kecil apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

" Abang nak minta maaf dekat sayang " Sayu sahaja suaranya seakan-akan sedang menangis.

" Aisyah dah maa.. " Ayat Aisyah yang tergantung kerana dia tiba-tiba melihat suaminya menangis.  Alahai suaminya ni

Dengan cepat dia memeluk suaminya

" Kenapa abang nangis ni " Tanya Aisyah sambil memeluk suaminya itu.  Alahai suaminya ni cengeng rupanya.

" Abang betul-betul nak min..ta ma....af " Balas Theo dengan suaranya yang tersekat-sekat disebabkan menangis.  Wajahnya disembamkan pada leher jinjang isterinya itu.

" Dah jangan nangislah, abang ni Aisyah marah sikit dah nangis " Usik Aisyah sambil tertawa melihat Theo sedang menangis.

Theo yang melihat isterinya sedang tertawa tambah membuat dia mahu menangis kerana dia merasa isterinya sedang mengejeknya.

Dia masih lagi menangis di pelukan isterinya. Aisyah melihatnya suaminya belum lagi berhenti menangis membuatkan dia rasa bersalah kerana ketawa bila melihat suaminya sedang menangis

" Dah abang jangan nangis lagi, tak handsomelah kalau abang nangis macam ni " Pujuk Aisyah lalu ibu jarinya mengesat air mata suaminya yang berada dipipi itu

Theo perlahan-lahan berhenti menangis bila isterinya itu sudah memujuknya.

Aisyah mencubit kedua pipi suaminya dan membuatkan Theo merasa kesakitan bila dicubit oleh isterinya.

" Sayang, sakitlah " Rengek Theo dengan manja lalu dia memegang kedua pipinya yang dicubit oleh Aisyah

" Padan muka abang siapa suruh kuat nangis lagi " Ejek Aisyah sambil tertawa lalu dia membawa bunga yang dia tanam masuk ke dalam rumah

Theo hanya diam sahaja bila mendengar isterinya itu mengejeknya.  Dia tersenyum nakal melihat ke arah isterinya yang sedang berjalan masuk ke rumah itu 

Dengan cepat dia menghampiri isterinya lalu dia mendukung tubuh kecil isterinya dan diletakkan dibahunya itu.

" Abang " Marah Aisyah kerana tiba-tiba sahaja badannya melayang ke udara kerana diangkat oleh suaminya

Theo memukul punggung isterinya dan membuatkan Aisyah terdiam seketika lalu dia menurunkan isterinya disofa

Theo membaringkan kepalanya di riba isterinya lalu dia mengambil tangan isterinya untuk mengelus rambutnya itu.  Dia memusingkan wajahnya ke arah perut isterinya lalu dia menyelak sedikit baju yang Aisyah gunakan.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now