Untuk Sehari Saja 36

9.1K 678 45
                                    

Theo melepaskan pelukkannya dari memeluk isterinya itu.  Dikucup lagi dahi isterinya itu

" Dah sayang pergi siap cepat " Arah Theo.  Dia pun turut sama ingin menukarkan pakaiannya

" Okay " Ringkas sahaja jawapan daripada Aisyah.  Dia bersemangat bila suaminya itu mengatakan bahawa mereka akan pergi pasu bunga yang baharu untuk bunga kesayangannya itu.

Theo melihat isterinya masih lagi tidak mahu menukar baju.  Apa lagi isterinya nak ni ? Dia sudah pun selesai menggantikan pakaian tetapi isterinya masih berdiam lagi di sana

" Ehh kenapa tak siap lagi ni ? " Tanya Theo sambil melihat ke arah isterinya.  Sikat rambut diambilnya untuk menyikat rambutnya supaya kelihatan lebih rapi lagi.

" Macam mana Aisyah nak tukar baju kalau abang masih ada dalam dekat bilik ni " Jawab Aisyah dengan menunduk.  Malu dia kalau suaminya masih di sini.

" Tukar ajelah buat apa nak malu lagi pun kita kan suami isteri.  Nak malu buat apa lagi " Usik Theo dengan sengaja kerana dia melihat wajah isterinya sudah bertukar menjadi merah kerana malu.

" Abang janganlah macam ni " Marah Aisyah sambil menunduk kerana dia malu untuk memandang suaminya.  Ha sudah.

" Yela abang tunggu sayang dekat luar okay , sayang cepat siap supaya kita dapat jalan awal nanti  " Ujar Theo dengab lembut sambil mengucup dahi isterinya itu.

Mungkin isterinya masih belum lagi terbiasa jadi dia membiarkan sahaja begitu.  Lama-lama nanti Aisyah akan terbiasa juga.

Theo keluar dari bilik untuk menunggu isterinya itu bersiap.  Tapi dia paling tak suka bila menunggu isterinya itu memakai tudung, lambat sangat.  Nak kena lilit situ nak kena lilit sana.  Jenguh tau dia menunggu ni.

Aisyah tersenyum sendirian di dalam bilik semasa sedang bersiap kerana hidupnya sekarang bertambah gembira disebabkan suaminya selalu bersamanya.

Lagi-lagi suaminya itu melayannya dengan baik sekarang.  Dia perasan satu persatu-satu doanya dikabulkan.

Sejam kemudian

Aisyah membuka pintu kerana dia sudah selesai menggantikam bajunya lalu dia melihat suaminya setia menunggu di depan pintu semasa dia sedang bersiap.  Theo duduk dihadapan pintu.

Tiba-tiba dia merasa bersalah kerana menyuruh suaminya menunggu di luar semasa dia sedang bersiap. Theo memang dah halal untuk melihat seluruh tubuhnya tapi dia belum bersedia lagi.

" Maafkan Aisyah abang " Bisik hati Aisyah

Theo masih lagi memandang ke arah isterinya tanpa berkedip sedikit pun lalu Aisyah memanggilnya untuk menyedarkannya.

" Abang " Tegur suara Aisyah kerana dia melihat suaminya masih lagi memandangnya tanpa berkedip.  Tangannya melambai-lambai tepat diwajah suaminya itu.  Entah apa yang suaminya lihat sampai tak berkedip macam tu.

Ada hantu cantik ke dekat belakang dia?

Theo yang dengar isterinya memanggilnya dengan cepat dia tersedar dari lamunannya yang memandang isterinya dari tadi itu.  Cantik sangat isterinya malam ni macam pengantin baru pula dia tengok tapi isterinya memang cantik pun selama ni.  Malam ni macam terlebih cantik pula dia melihatnya.

" Ada yang tak kena ke dengan pakaian Aisyah ni abang ? kalau tak Aisyah tukar " Tanya Aisyah sambil melihat pakaian yang dia gunakan sekarang tapi bagi. dia semuanya okay sahaja tetapi tidak tahu pula bila suaminya melihat macam mana

" Eh takklah " Jawab Theo dengan ringkas sambil melihat ke arah isterinya.  Dicubit pipi Aisyah, gatal betul tangan dia nak cubit pipi Aisyah yang kemerahan itu. 

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now