Untuk Sehari Saja 29

9.7K 585 30
                                    

Theo melangkah masuk ke dalam syarikatnya dengan perasaan yang gembira.  Bibirnya dari tadi mengukir senyuman.  Gembira pula dia merasa hari ini.

Perkerja-perkerja di syarikatnya pun pelik dengan perangai Theo yang tersenyum sambil berjalan dari tadi tanpa menghiraukan mereka yang membagi salam terhadapnya.  Seram sejuk juga mereka melihat Theo tersenyum begitu, manalah mereka pernah melihat Theo tersenyum gembira begitu.  Ini adalah kali pertama mereka melihat Theo tersenyum.

Tiba-tiba langkah Theo terhenti lalu membalikkan badannya pada perkerja-perkerjanya semula.

" Makan tengah nanti aku belanja tapi aku tak dapat join kamu semua ! " Kata Theo sambil tersenyum.  Terlopong mulut pekerja-pekerja disana mendengar apa yang keluar daripada mulut bosnya itu. 

Mereka seakan-akan tidak percaya bahawa lelaki yang berada di depan mereka sekarang adalah bos mereka atau bukan. Mana perginua bos mereka yang lama ? Yang selalu berwajah dingin itu?

Mereka semua hanya mengangguk sahaja.  Theo tersenyum lalu berjalan masuk ke dalam bilik peribadanya itu.

" Mood boss tengah baik tu " Kata salah satu perkerja perempuan Theo

" Haah aku pun perasaan juga sebab dari tadi dia asyik senyum aje selalunya mana pernah tersenyum macam tu.  Beku 24 jam aje " Sampuk perkerja lelaki yang berada di belakang perkerja perempuan tu.  Mata mereka masih lagi melihat ke arah bilik peribadi Theo itu.

" Dah pergi buat kerja nanti gaji kita kena potong kalau bos nampak kita tengah gosip waktu kerja " Ujar salah satu lelaki yang berumur dalam 40-an disana yang merupakan perkerja lama di syarikat Theo

Lelaki itu telah berkerja lama di sana dari ayah Theo masih lagi menguruskan syarikat itu sehinggah Theo yang menggantikkanya sebagai ceo dalam syarikat tersebut.

Mereka terdengar suara seorang perempuan yang sedang buat kacau dalam syarikat.  Dengan cepat mata mereka mengarah ke seorang wanita yang meraung minta dilepaskan itu.

" Dah lepaslah aku nak jumpa dengan Theo " Kata Dania dengan marah kerana pengawal syarikat itu tidak mahu dia masuk ke dalam untuk mengganggu Theo

Dania dengan cepat berlari masuk ke dalam ruang peribadi Theo dan membuatkan Theo terkejut kerana tiba-tiba sahaja Dania merempuh masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk pintu pun.

" Maafkan saya tuan ,saya tak dapat halang Cik Dania masuk kerana dia degil sangat nak jumpa dengan tuan " Kata pengawal itu dengan ketakutan melihat pandangan tajam dari Theo.  Belum sampai seminit pun dia melihat Theo tersenyum kini wajahnya tegang kembali macam selalu bila melihat Dania.

" Dah kau boleh keluar " Pintah Theo ke arah pengawal itu

Dengan cepat pengawal itu keluar dari ruang peribadi Theo kerana tidak tahan dengan pandangan tajam dari bosnya yang sedang marah sekarang disebabkan Dania.

" Kau nak apa ? " Soal Theo selamba tetapi dia tidak melihat sedikit pun ke arah Dania yang sedang berjalan ke menghampirinya itu.

" You betul-betul ke nak akhirkan hubungan dengan I sayang.  Tak takut menyesal ke nanti  " Soalan dibalas dengan soalan.  Punggungnya dilabuhkan pada kerusi yang tepat berhadapan dengan Theo.

" Kau tak faham ke atau kau buat- buat tak faham ? Aku rasa aku dah jelaskan semua pada hari tu " Sindir Theo.

" Kenapa you buat I macam ni Theo, mesti sebab perempuan murah tu dah hasut you kan tinggalkan " Tuduh Dania.  Tajam renungan Theo diberikan pada Dania.

Theo yang mendengar Dania kata isterinya perempuan murah tambah membuatkan dia merasa marah dengan cepat  tangannya dia mencengkam leher Dania.  Tidak suka bila mendengar mulut kurang ajar Dania menghina isterinya begitu. 

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now