Untuk Sehari saja 6

12.3K 577 5
                                    

Selesai saja Theo makan dia terus naik ke atas tanpa mengemas pinggan yang dia gunakan selepas makan. Dibiarkan sahaja pinggan-pinggan yang dia gunakan itu di atas meja kerana dia tahu pasti isterinya itu akan mengemas juga nanti. Aisyah yang selalu akan mengemasinya tetapi itu memang perkerjaan yang perlu dilakukakn olehnya.

" Kesian dekat diri kau Aisyah dapat suami pun yang malas nak kemas lepas dah siap makan " Gumam Aisyah sendirian sambil tangannya satu persatu membawa pinggan yang kotor itu ke singki untuk dibasuh.

Tidak lupa juga dia mengelap meja makan di dapur supaya lebih kelihatan bersih dan berkilat.

Aisyah yang tersedar ucapan yang dikatakannya tadi dengan cepat dia membalikkan badannya ke belakang untuk memastikan suaminya tidak berada di sana. Takut juga dia kalau Theo dengan dia cakap macam tu, pasti dia kena marah lagi nanti

Dia menghela nafas lega bila melihat suaminya itu tidak berada di sana. Ha itulah, nak mengumpat pun tak tengok keadaan sekeliling.

" Bodohlah kau ni Aisyah, cakap pun tak bertempat " Bisik hati Aisyah. Penyapu yang berada di tepi dinding di ambil untuk menyapu lantai dapur yang sedikit berhabuk.

Dia paling pantang bila melihat ada habuk di mana-mana sahaja kerana gatal tangannya untuk membersihkan habuk-habuk tersebut.

Aisyah menuju ke biliknya menandakan kerja dia dekat rumah sudah selesai dia kerjakan tadi pagi. Dia naik ke atas katil kecil untuk berbaring kerana terlalu penat melakukan kerja seharian lagi-lagi penat mengemas bilik stor dekat bawah tadi.

Banyak betul habuk dekat stor tersebut, entalah bila kali terakhir stor tu kena kemas. Nasiblah ada dia yang tolong kemaskan semua itu, kalau tak habis tempat tu jadi tempat penternakan tikus dengan lipas nanti.

" Bilalah tuan dapat terima diri saya sebagai isteri tuan. Sudah berbagai cara saya lakukan tapi masih belum dapat menguasai hati bekunya " Desis hati Aisyah dengan air matanya perlahan-lahan mengalir di pipinya.

Sedih pula dia bila mengenang hasil rumah tangganya ni yang tidak sebahagia seperti rumah tangga orang lain lagi-lagi cara suaminya itu memperlakukan dirinya selayak seperti pembantu rumah sahaja dan bukan seorang isteri

Lama dia termenung dengan air matanya tadi dan tanpa dia sedari dirinya sudah pun terlelap kerana terlalu penat lagi-lagi penat dengan melawan perasaanya itu.









Jam sekarang menunjukkan jam 7:02 malam, Aisyah segera ke bilik mandi mengambil wuduk untuk menunaikan solat. Dia menghampiri tempat penyidaian sejadahnya lalu dibentang di atas lantai.

Telekung berwarna biru tua yang tergantung di dinding diambilnya lalu disarungkan ke tubuhnya itu.

" Aisyah " Panggil Theo sambil tangannya memulas tombol pintu bilik isterinya.

Badannya sudah separuh masuk ke dalam bilik tersebut lalu
pergerakannya untuk masuk ke dalam bilik isterinya itu terhenti apa bila dia melihat Aisyah sedang menunaikan solat. Theo tanpa sengaja mendengar doa isterinya itu.

" Ya allah, kau bukakanlah pintu hati suamiku untuk menerima diriku ini. Hambamu ini sangat merindukan kasih sayang seseorang " Ucap Aisyah dalam doanya.

Jantung Theo berbunyi dengan laju bila mendengar ucapan doa Aisyah. Dia tahu siapa yang dimaksudkan dalam doa tersebut.

Theo melihat Aisyah sudah selesai berdoa dengan cepat dia menarik pintu tersebut untuk ditutup semula. Dia kembali ke biliknya semula dan tiba-tiba dia merasa serba salah kerana selama ini dia selalu melayan isterinya dengan kasar dan tidak pernah melayannya layak seorang isteri.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now