Untuk Sehari Saja 17

11.5K 657 57
                                    

Setelah mereka selesai makan tadi dekat restoran mereka berdua memutuskan untuk terus pulang ke rumah.  Lagi pun mereka tiada tujuan lain untuk ke mana, mereka keluar tadi pun semata-mata nak pergi cuba dress isterinya itu.

Aisyah menghampiri suaminya yang sedang duduk di sofa itu.  Theo melabuhkan kepalanya pada penyandar sofa tersebut lalu matanya tertutup rapat.  Tengah mengantuk dan penat !

" Tuan nak apa-apa ke kalau tak saya tolong buatkan ? " Soal Aisyah.  Matanya tertumpu ke arah suaminya yang sedang pejam mata itu.  Mungkin terlalu penat !

" Tak "  Ringkas sahaja balasan daripada Theo.  Matanya dibuka semula.

" Baik, kalau tuan perlukan apa-apa panggil  saya dekat dapur " Ujar Aisyah dengan lembut.  Sempat lagi dia tersenyum ke arah suaminya itu sebelum dia membalikkan badannya untuk menuju ke dapur mereka.

" Hmm "

Belum sempat Aisyah hendak melangkah masuk ke dalam dapur sudah Theo memanggilnya lagi.

" Aisyah " Panggil Theo lembut

" Kenapa tuan ? " Soal Aisyah.  Terhenti langkahnya untuk ke dapur.

" Tolong bukakan tali leher dekat baju aku ni.  Aku rasa macam tak larat pula nak buka " Arah Theo sambil tersenyum nakal ke arah Aisyah. Entah tiba-tiba dia nak kenakan isterinya untuk hilangkan rasa penatnya sekarang.

Mungkin dengan mengusik isterinya ini dapat menghilangkan penat yang ada dalam dirinya itu.

Aisyah yang mendengar permintaan suaminya itu sangat membuatkan dirinya terkejut. Dia melihat ke arah tali leher suaminya yang masih lagi elok tergantung di leher.  Tak larat ke atau sengaja nak mengusik dirinya.

Cakap suaminya ini kadang tak boleh percaya pun !

" Cepatlah! Apa yang kau tercegat lagi dekat sana " Marah Theo apabila dia masih lagi melihat Aisyah tidak bergerak membuka tali lehernya itu.  Geram pula dia dibuatnya dengan perangai isterinya.

" Er... okay " Dengan teragak-agak Aisyah ingin membuka tali leher suaminya itu.  Punggungnya dilabuhkan pada sofa dan lebih tepat sekali sebelah suaminya itu.  Tangannya itu dibawa pada leher suaminya untuk membantu Theo membukakan leher.

Hembusan nafas suaminya itu terasa disekitar wajahnya.

Theo tertawa kecil kerana melihat muka Aisyah yang mula kemerahan itu , suka betul dia nak kenakan isterinya macam ni.  Aisyah nampak comel bila dia tengah malu lagilah suka Theo menyakatnya.

" Padan muka kau, siapa suruh kau senyum dengan lelaki lain depan aku tadi " Desis hati Theo.  Terngiang-ngiang senyuman lelaki itu tadi dalam fikirannya.  Tsk menyakitkan hati betul kalau diingat balik

Terketar-ketar tangan Aisyah membuka tali leher suaminya itu.

" Relax Aisyah aku baru suruh kau buka baju dan tali leher aku belum suruh buka dekat tempat lain lagi " Usik Theo yang sedang menahan ketawa kerana muka Aisyah semakin bertambah merah mendengar apa yang dia cakap sebentar tadi.

Aisyah hanya diam tanpa membalas ucapan suaminya kerana dia tidak tahu hendak membalas apa pun.  Nanti bila dia bersuara tambahlah suaminya itu menyakat dirinya lagi jadi lebih baik dia diamkan diri sahaj.

Akhirnya tali leher dan kemeja suaminya dibuka sampai habis dan dengan jelas dia  melihat otot perut  milik Theo terhidang di depan matanya sekarang.

" Kau jangan nak buat muka terkejut Aisyah, ni bukan kali pertama pun kau tengok abs aku " Sindir Theo dengan tersenyum nakal ke arah isterinya itu lalu dia mendekatkan badannya ke arah Aisyah untuk merapatkan lagi kedudukannya.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now