Untuk Sehari Saja 46

8.8K 525 62
                                    

Theo menghidangkan sarapan yang telah dibuatnya tadi di atas meja.  Membulat mata Aisyah bila melihat banyak makanan yang terhidang di atas meja tersebut.  Liurnya mahu meleleh melihat semua itu.

Tangannya baru mahu menyambar sandwich yang dibuat oleh suaminya itu tiba-tiba sahaja dihentikan oleh tangan suaminya.  Mulutnya sudah mencebik.

" Lepas makan ni sayang kena janji dengan abang yang sayang akan makan ubat.  Bolehkan ? " Soal Theo.  Bukannya dia tidak tahu yang isterinya itu membuang ubat-ubat tuberculosisnya dengan alasan dia dah bosan nak makan ubat.

Walaupun isterinya semakin pulih tetap sahaja perlu makan ubat sehinggakan doktor sendiri yang memberitahu untuk berhenti makan ubat kerana takut penyakit tersebut akan datang kembali lagi.

" Aisyah dah sembuhlah abang.  Dah tak payah nak makan ubat lagi " Ujar Aisyah dengan nada suaranya yang kedengaran sedang merajuk itu.  Tangannya sudah disilangkan pada dada.

" Ya abang tahu sayang dah sembuh tapi sayang kena tetap juga makan ubat sehinggakan doktor sendiri yang menyuruh sayang untuk berhenti makan ubat " Bebel Theo

Semakin panjang muncung Aisyah bila mendengar bebelan daripada suaminya itu.  Dah macam emak-emak pula dia melihat suaminya itu.

" Ok kalau sayang tak nak makan ubat takpe semua makanan ni abang punya dan abang akan makan sorang-sorang " Ugut Theo.  Punggungnya sudah dilabuhkan pada kerusi tepat berhadapan tempat duduk isterinya itu.

Nak termenangis Aisyah dibuatnya.  Sampai hati suaminya nak makan sorang-sorang makanan ni semua, tak nak kongsi dengan dia pula tu.  Ish geramnya.

" Okylah, leoas makan ni terus Aisyah makan ubat " Ujar Aisyah dengan nada suaranya separuh tidak puas hati.

Aisyah tergelak dengan reaksi yang diberikan oleh isterinya itu.

" Sayang nak sandwich kan ? " Soal Theo lembut.

Laju Aisyah mengangguk lalu sandwich yang berada pada tangan suaminya itu dimasukkan ke dalam mulut.  Semua masakan yang dibuatkan oleh suaminya itu, kena betul dengan tekaknya.  Pandai suaminya memilih !

" Lepas sarapan ni abang bercadang nak pergi rumah ibu dengan ayah kejap.  Nak minta kebenaran untuk pergi honeymoon  " Kata Theo sambil tangannya kanannya itu menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut isterinya itu.

Terus Aisyah memandang ke arah suaminya itu.  Dia nak ikut pergi rumah ibu mertuanya kerana dia tahu pasti banyak makanan yang akan dihidangkan oleh ibu mertuanya itu.

" Aisyah nak ikut pergi sana boleh tak abang ? Aisyah rindu dengan ibu " Tanya Aisyah sambil tersenyum pada suaminya itu.

" Rindu ibu ke atau rindu dengan makanan yang ada dekat rumah ibu tu ? " Sindir Theo. 

Macamlah dia tak tahu apa yang tengah difikirkan oleh isterinya itu.  Di sini banyak makanan yang dia larang untuk isterinya itu makan tetapi kalau di rumah ibunya pasti tiada larangan untuk isterinya makan.  Maklumlah menantu kesayangan ibunya itu, pasti diturutkan sahaja apa yang Aisyah nak.

" Lepas makan ni pergi tukar baju " Arah Theo.

" Baik bos " Aisyah memberi hormat pada suaminya itu.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now