Untuk Sehari Saja 20

11.6K 620 35
                                    

Hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk mereka sampai ke syarikat milik Theo itu kerana pada waktu sekarang jalan tidak sesak dan membuatkan mereka cepat sampai ke sana.  Lagi pun Theo memandu dengan laju tadi sehinggakan Aisyah hampir termuntah dalam kereta.

Theo terlebih dahulu keluar daripada perut keretanya lalu dia membuka pintu untuk isterinya. Aisyah hanya menurut sahaja tindakan suaminya yang menghulurkan tangannya untuk dia keluar dari kereta itu.

" Terima kasih " Ucap Aisyah

Theo hanya mengangguk sahaja.

Aisyah berjalan perlahan dan jauh sedikit dari suaminya itu kerana dia merasa takut lagi pun sekarang dirinya sedang menggunakan heels yang membuatkan dia berjalan dengan perlahan kerana takut terjatuh. Sakit kakinya menggunakan heels tersebut tapi terpaksa juga dia guna kerana suaminya itu menyuruhnya.

Theo yang tersedar isterinya tidak berada di sampingnya dengan cepat dia pusing ke belakang. Matanya tertumpu ke arah isterinya yang berjalan perlahan-lahan.

Terlepas tawa kecilnya itu melihat Aisyah yang berjalan dengan berhati-hati kerana nampak comel lalu dia berjalan menghampiri ke arah isterinya itu semula.

" Rangkul tangan aku ni " Perintah Theo sambil memberi tangannya kepada Aisyah untuk dirangkul. Aisyah hanya menurut sahaja apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

" Saya tak pandai guna heels ni tuan tapi tuan yang suruh saya guna " Perlahan sahaja suara Aisyah sambil merangkul tangan suaminya itu. Dirangkul erat tangan suaminya itu supaya dia tidak terjatuh.

" Dah kau yang pendek aku suruhlah kau guna, aku tak nak orang-orang dekat majlis ni fikir aku bawa budak sekolah rendah dekat sini " Ejek Theo.

" Tuan saya tak pendeklah " Marah Aisyah. Dia sudah mencebikkan mulutnya itu. Merajuk!

Theo menggelengkan kepalanya itu. Aisyah merasa gelisah kerana sekejap lagi mereka akan sampai ke tempat dimana majlis itu diadakan. Mereka melangkah masuk ke dalam venue dimana majlis itu diadakan.

Theo yang melihat isterinya gelisah dengan cepat dia mengusap lembut kepala isterinya yang berbalutkan tudung. Ibu jari mengusap perlahan belakang tapak tangan Aisyah untuk menghilangkan rasa gelisah isterinya itu.

" Kau jangan takutlah, aku kan ada " Kata Theo dengan lembut sambil tersenyum ke arah isterinya untuk menghilangkan rasa gelisah dalam diri isterinya

Aisyah hanya tersenyum dan sekarang dia merasa sedikit tenang setelah mendengar kata-kata daripada suaminya itu tadi.

Akhirnya mereka sampai di tempat majlis itu diadakan. Sesampai sahaja mereka disana semua orang yang berada di sana melihat ke arah mereka berdua dan membuatkan Aisyah bertambah takut lagi. Digenggam kuat tangan suaminya itu.

Theo membawa Aisyah duduk di sebuah meja yang disediakan untuk mereka berdua duduk malam ni. Ditarik lembut kerusi tersebut untuk isterinya itu duduk.

" Tuan saya takut " Kata Aisyah dengan suaranya yang bergetar. Jelas kelihatan di bahagian dahinya berpeluh. Takut!

" Kau jangan takut, aku kan ada " Balas Theo dengan lembut sambil mengusap tangan isterinya yang tengah bergetar dan sejuk itu.

Aisyah hanya mengangguk sahaja.

" Aku nak bercakap dengan client aku ni, kau tunggu aku dekat sini kalau kau lapar kau boleh pergi ambil makanan " Ujar Theo lalu meninggalkan isterinya disana.

Aisyah hanya diam. Nak bercakap dengan orang dekat sini tapi seorang pun dia tidak kenal.

Kruk!!!

Bunyi perut Aisyah yang menandakan dia tengah lapar sekarang di sebabkan dia belum makan malam lagi. Kalau nak tunggu suaminya sempat lagi dia kebulur. Dia bangun daripada kerusi dan berjalan menghampiri meja yang dihidangkan makanan itu.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now