Untuk Sehari Saja 7

11.8K 543 4
                                    

Aisyah yang sedang berada di dapur merasa pelik kerana suaminya masih lagi belum turun dari biliknya kerana sekarang sudah menunjukkan tepat pukul 10.00 pagi. Takkan suaminya itu tidak pergi office hari ni.

Selalunya Theo akan turun dari biliknya dalam jam 8:30 pagi macam tu tetapi sekarang sudah jam 10:00 pagi masih lagi belum tidur. Entah kenapa hatinya merasa tidak berapa sedap hari ni.

" Dia cuti ke hari ni " Bisik hati Aisyah yang tertanya-tanya. Dia naik ke atas untuk menjenguk suaminya kerana takut ada apa-apa yang berlaku terhadap suaminya.

Dahlah dia mimpi semalam yang suaminya tu kena langgar dengan kereta. Semoga di jauhkan lah hal-hal buruk pada suaminya itu.

Tok ! Tok ! Tok

Dia mengetuk pintu bilik suaminya itu.

" Tuan dah bangun, sarapan dah siap " Kata Aisyah dengan perlahan. Dia hanya menunggu di depan pintu bilik suaminya kerana dia tidak berani nak masuk ke dalam tanpa kebenaran.

Sudah dekat 5 minit dia berada di depan pintu bilik suaminya tapi tetap sahaja tiada reaksi yang Theo akan membuka pintu bilik tersebut. Tombol pintu bilik tersebut dipulas lalu dia memberanikan diri untuk masuk ke dalam bilik suaminya.

Dengan perlahan-lahan dia menghampiri suaminya yang masih lagi terbaring di atas katil dengan selimut yang masih menyelubungi tubuhnya

Matanya membulat bila melihat tubuh itu masih lagi tidur, nyenyak pula tidur tu. Tangannya menarik perlahan selimut yang berada ditubuh Theo itu. Dia terpandang ke arah tangan suaminya yang disilangkan di dada seakan-akan sedang kesejukan.

" Ehh panasnya, tuan demam ni " Kata Aisyah. Reaksi wajahnya sudah menunjukkan risau kerana suhu tubuh badan suaminya sangat tinggi.

Dia ingin berjalan masuk ke dalam bilik mandi untuk membasahkan tuala kecil yang berada di tepil katil Theo. Tuala kecil tersebut untuk diletakkan pada dahi suaminya itu supaya demam Theo cepat meredah nanti

Belum sempat dia ingin masuk ke dalam bilik mandi tersebut dengan cepat tangan kasar milik suaminya menarik tangan kecil Aisyah. Aisyah yang terkejut dengan cepat dia menghampiri suaminya kembali, badannya ditundukkan sedikit untuk mendengar apa yang ingin diujarkan suaminya itu.

" Jangan tinggalkan aku " Ujar Theo dengan keadaan tubuhnya yang tidak bermaya sekarang kerana suhu tubuhnya terlalu panas. Mungkin dalam 38°C.

" Saya tak tinggalkan tuan, saya nak basahkan tuala ni dekat bilik mandi untuk redahkan demam tuan sebab tuan tengah demam ni. Kejap aje saya tak lama pun " Pujuk Aisyah dengan lembut sambil ibu jarinya mengelus belakang tapak tangan suaminya.

Selepas sahaja Theo melepaskan tangannya dengan sepantas kilat dia masuk ke dalam bilik mandi. Tidak lupa juga dia mengisi air di dalam sebuah bekas. Dengan perlahan-lahan Aisyah meletakkan tuala kecil tersebut di dahi suaminya.

Dia merasa sangat risau melihat wajah Theo yang sangat merah disebabkan dengannya belum redah lagi. Aisyah turun ke bawah mengambil ubat panadol dan memasak bubur ayam untuk suaminya itu. Takut suaminya itu terkena gastrik kerana belum makan lagi.











Selesai sahaja Aisyah memasak bubur dia dengan cepat naik kembali ke atas kerana dia mendengar suaminya sedang memanggil. Dia mendengar suaminya menyebut nama seseorang tetapi dia tidak dapat mendengarnya dengan berapa jelas.  Maklumlah dia dekat bawah sekarang suaminya itu dekat jadi memang wajar dia tak berapa nak dengar.

Dengan laju dia berlari naik ke atas dengan bubur yang masih panas ditangannya itu. Risau punya pasal sampai tertumpah sedikit bubur tersebut pada tangannya. Habis merah tangannya kerana bubur itu masih lagi panas.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now