Untuk Sehari Saja 24

9.8K 607 42
                                    

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Aisyah hanya diam membisu sahaja dan membuatkan Theo tersedar yang isterinya itu hanya diam sahaja.  Takut dia hendak bersuara, fikirannya sudah melayang ketika berjumpa dengan Dania semasa majlis tersebut.

" Aisyah " Panggil Theo

Aisyah masih lagi tidak mendengar Theo sedang memanggilnya kerana dia sedang termenung.  Pandangannya itu dibuang ke luar tingkap.

Dia sedang memikirkan kejadian di supermarket tadi. Aisyah sakit hati kerana Dania menolaknya daripada berpegangan tangan dengan suaminya itu.  Lagi menyakitkan bila Dania menyentuh suaminya itu.

" Aisyah " Panggil Theo buat kali yang kedua itu.

Aisyah cepat-cepat memalingkan wajahnya ke arah suaminya yang sedang memandu itu.  Terlalu termenung sampaikan suaminya itu memanggilnya pun dia sudah tidak dengar lagi.

" Tuan panggil saya ke ? " Tanya Aisyah.  Dia tersengih, merasa bersalah pula.

" Haah aku panggil kau dari tadi tapi kau tak dengar langsung pun " Jawab Theo yang sedang fokus memandu.  Matanya itu hanya fokus kepada jalan raya yang berada di depan.

" Maafkan saya tuan, saya tak dengar pula tuan panggil saya tadi.  Maaf "  Ucap Aisyah perlahan. 

" Mana kau nak dengar kalau kau asyik termenung aje dar tadi, apa yang kau tengah fikirkan tu ? " Soal Theo. Saja dia bertanya manalah tahu isterinya itu mahu berkongsi sesuatu dengannya.

Theo tahu Aisyah tidak bercakap dengannya disebabkan mereka berjumpa dengan Dania tadi lagi-lagi Dania menolaknya.  Isteri mana saja yang tak sakit hati bila ada orang lain yang merampas suaminya.

" Saya betul-betul minta maaf tuan " Kata Aisyah dengan lembut kerana takut suaminya akan memarahinya

" Aku nak tanya dengan kau ni "

" Mesti Dania dah bagitahu kami bertengkar dekat majlis hari tu " Bisik hati Aisyah yang sedang takut

Jantungnya berbunyi dengan kencang kerana ketakutan. Tangan menggeletar ketakutan.  Jelas kelihatan peluh pada dahinya itu.

" Kalau tuan nak tanya pasal Cik Dania saya nak minta maaf sangat sebab kami ada bertengkar waktu majlis yang tuan bawa saya hari tu " Kata Aisyah yang bergetar satu tubuhnya.  Bibirnya kelihatan pucat.

" Arghh kau bertengkar dengan Dania " Terkejut Theo mendengar penggakuan isterinya.  Bila masa pula dia bertengkar dengan isterinya ni ? Padahal tadi hanya Dania dan dia sahaja yang berada di dalam supermarket manakala isterinya itu berada diluar.

" Saya minta maaf tuan " Kata Aisyah sekali lagi lalu air matanya berguguran mengalir membasahi pipinya itu.  Terkedeu Theo dibuatnya

Dengan cepat dia memberhentikan keretanya di tepi jalan.  Tubuh isterinya itu ditarik lembut ke dalam dakapannya.  Belakang isterinya itu diusap perlahan.  Boleh dia rasakan tubuh Aisyah bergetar dengan kuat.

" Jangan nangis Aisyah " Pujuk Theo.  Dia pun turut binggung bagaimana cara nak memujuk isterinya ini menangis.  Sudahlah dia tidak pandai hendak memujuk perempuan kalau tengah menangis macam ni

Dulu kalau Dania merajuk dia tak pujuk langsung pun, dibiarkan sahaja Dania merajuk begitu kerana dia tahu yany Dania sendiri akan mencarinya.

" Aku tak marah kaulah, aku nak tanya benda lain bukan pasal kau gaduh dengan Dania "

Aisyah mengangkat wajahnya bila mendengar suaminya berkata begitu.  Habis basah baju Theo dibuatnya

" Tapi kenapa Dania datang dekat majlis tu aku tak jemput pun dia " Kata Theo dengan pelik kerana dia tidak memberitahu pun Dania yang akan ada majlis akan berlangsung di syarikatnya.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now