Untuk Sehari Saja 57

6.6K 450 67
                                    

Aisyah dilarikan ke hospital pada jam 7:30 malam kerana perutnya terasa sangat sakit.  Air ketubannya juga turut pecah.  Theo sangat risau dengan keadaan isterinya itu padahal ada dua minggu lagi tarikh yang diberikan oleh doktor.  Mungkin isterinya akan melahirkan awal.

Wajah isterinya itu pucat lesu.  Habis berpeluh di dahi Aisyah itu.   Tangannya yang dari tadi bertaut dengan tangan Aisyah itu digenggam dengan erat.  Tidak mahu dia lepaskan.

" Tuan tunggu luar dulu " Pesan jururawat tersebut.

Theo hanya diam melihat isterinya yang sedang dimasukkan ke dalam wad bersalin itu.  Sungguh hatinya terasa berat hendak melepaskan Aisyah tetapi dia tidak boleh melanggar arahan jururawat tersebut.

Tuan Thomas dan Puan Azrinah berlari mendapatkan Theo yang sedang duduk di sofa.  Carlsen pun turut sama berlari ke arah bosnya itu dengan membawa semua perlengkapan bayi di tangannya.

Bahu Theo disentuh lembut oleh Puan Azrinah.  Theo memandang ke arah ibunya itu lalu dengan cepat dia memeluk Puan Azrinah.  Air matanya berguguran jatuh.

" Shh jangan nangis.  Aisyah akan selamat " Pujuk Puan Azrinah sambil memeluk ibunya itu.  Dia sudah tidak peduli dengan dirinya yang kusut sekarang.

" Theo takut kehilangan Aisyah ibu.  Sejak kebelakangan ni isteri Theo selalu cakap benda yang tak masuk akal " Luah Theo.  Semakin laju air matanya itu keluar membasahi pipinya.

Habis tudung Puan Azrinah basah dengan air mata anak lelakinya itu.

" Suami Puan Aisyah " Tegur doktor yang membawa Aisyah masuk ke dalam wad kecemasan itu tadi.

Theo mengangguk.

" Kenapa dengan isteri saya doktor ? " Theo menyoal.  Air matanya itu tadi diseka.

" Isteri tuan akan melahirkan awal daripada tarikh yang diberikan waktu itu " Balas doktor tersebut.

" Tuan boleh masuk ke dalam wad untuk temankan isteri tuan semasa melahirkan anak sekarang " Sambung doktor tersebut lagi lalu dia berjalan masuk ke dalam wad Aisyah ditempatkan tadi.

Tanpa berfikir dengan panjang Theo turut masuk ke dalam wad bersalin tersebut.  Kelihatan isterinya itu sedang meraung kesakitan di sana.  Tidak sanggup dia melihat isterinya itu kesedihan begitu.

Langkahnya menghampiri ke arah isterinya itu.  Kini dia sedang berada di bahagian kepala isterinya itu.  Laju tangannya menggenggam tangan Aisyah yang sudah mula sejuk itu.

" Abang sakit " Adu Aisyah.  Air matanya dari tadi berguguran jatuh tanpa henti-henti

" Sayang kena kuat untuk abang dan anak kita.  Sayang kena selamat.  Abang ada dekat sini, sayang jangan risau " Tangan isterinya itu dari tadi diciumnya untuk menghangatkan lagi tangan Aisyah.

" Aisyah minta maaf kalau Aisyah pernah buat salah dengan abang.  Aisyah nak abang halalkan semua makan minum Aisyah selama bergelar menjadi isteri abang " Ujar Aisyah lemah.

" Sayang tak pernah buat salah pun dengan abang.  Abang yang sepatutnya nak minta maaf dengan sayang sebab abang dah banyak lukakan hati sayang " Dia mula takut bila isterinya itu berkata begitu.

" Sayang takkan ke mana-mana.  Sayang akan tetap bersama dengan abang dekat sini.  Sayang akan selamat, abang tahu yang isteri abang ni kuat " Tutur Theo lembut

Aisyah hanya tersenyum setelah mendengar kata-kata suaminya itu tetapi dia tidak dapat berjanji adakah dia akan selamat melahirkan anak mereka itu nanti.

" Abang jangan cari pengganti untuk Aisyah tau " Sempat lagi Aisyah bergurau dengan suaminya itu walaupun contraction semakin mencanak.

" Sayang jangan cakap macam tu " Tidak suka isterinya berkata begitu. 

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now