Untuk Sehari Saja 25

10.1K 627 47
                                    

Kedengaran tapak kaki Theo sedang menuruni anak tangga dengan cepat. Dia berlari kecil ke dapur untuk melihat adakah isterinya berada di sana. 

" Aisyah " Panggil Theo sambil matanya mencari kelibat isterinya itu berada di mana.  Matanya ke kiri ke kanan mencari isterinya.

Aisyah yang mendengar suara suaminya memanggilnya dengan cepat dia menghampiri ke arah Theo berdiri.  Kedua tangannya dilap pada belakang bajunya itu kerana dia tengah membasuh pinggan tadi

" Kenapa tuan ? "

" Aku dah nak keluar ni, kau ada tak nak pesan apa-apa ? "  Tercungap-cungap dia dibuatnya.  Badannya yang tadi dibungkukkan sedikit ke bawah kini ditegakkan semula.

Aisyah menggeleng menandakan dia tidak mahu apa.  Theo mengangguk lalu dia berjalan menuju ke pintu utama rumah mereka dan Aisyah pun turut mengekorinya dari belakang.  Berkerut dahi Aisyah melihat kelakuan suaminya yang agak kelam kabut itu, entah apa yang membuatkan suaminya begitu.

" Tuan " Panggil Aisyah.

Theo membalikkan badannya lagi ke arah isterinya itu lagi bila mendengar Aisyah memanggilnya.  Kakinya satu persatu menyarungkan kasutnya yang berada di rak itu.

" Tuan balik lambat tak ? " Tanya Aisyah dengan perlahan.  Pandangannya itu ditundukkan memandang kakinya.  Theo mengerutkan dahinya itu.

" Aku keluar kejap aje ni.  Tak balik lambat pun " Lembut sahaja Theo menjawab pertanyaan isterinya itu. Dia berjalan melangkah keluar dari rumah dan mahu menuju ke keretanya sekarang.

" Kenapa kau takut rindu dekat aku ke kalau aku lambat balik ? " Tanya Theo lalu tersenyum nakal melihat ke arah isterinya. Suka betul dia nak buat Aisyah malu.

Aisyah menunduk malu bila mendengar pertanyaan suaminya itu. Memang betul kata Theo , Aisyah takut rindu kalau dia keluar lama sangat sebab sejak kebelakangan ni dia selalu aje bersama dengan suaminya jadi kalau nak berpisah sekejap pun terasa rindulah !

" Ya saya takut rindu dekat tuan kalau tuan balik lambat "  Jujur Aisyah dengan suaranya yang perlahan tetapi masih boleh di dengar jelas gegendang telinga Theo itu.

Tertawa Theo mendengar kejujuran daripada isterinya itu.

" Dah pergi masuk aku tak balik lambat pun " Pintah Theo lalu dia mengucup dahi isterinya

Aisyah terkejut dengan tindakan suaminya dan wajahnya mula bertukar kemerahan kerana menahan malu. Dengan cepat Aisyah berlari masuk ke dalam rumah balik.  Terkebil-kebil matanya melihat semua itu berlaku dengan pantas di depan matanya itu, betulkah suaminya itu mengucup dahinya atau pun hanya sebuah mimpi sahaja.

" Hati-hati tuan " Kata Aisyah perlahan sambil berlari masuk ke dalam rumah.

Telinga Theo sempat mendengar apa yang dikatakan isterinya tadi walaupun perlahan sahaja suara itu berkata padanya.

Dia baru menyedari bahawa tadi dia telah mengucup dahi isterinya patutlah Aisyah tiba-tiba lari masuk ke dalam rumah balik, dengan cepat Theo masuk ke dalam perut keretanya.

" Dia marah dekat aku ke ? " Bisik hati Theo

" Argh lantaklah, suka hati akulah nak cium dia lagi pun aku kan suami dia "  Gumam Theo sendiri di dalam keretanya.

Theo memandu keretanya ke sebuah cafe kerana dia ingin berjumpa dengan Dania malam ni dan dia memakirkan keretanya di depan cafe kebetulan tempat parking di sana sedang kosong.  Maklumlah waktu malam macam ni memang banyak tempat parking yang sepi.

Kakinya melangkah turun daripada kereta lalu pintu utama cafe menjadi tujuannya itu. Theo melangkah masuk ke dalam cafe tersebut lalu menghampiri Dania yang sedang duduk dibahagian hujung cafe tersebut.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now