Untuk Sehari Saja 2

15.7K 722 20
                                    

Aisyah terlelap sehingga jam 9:30 malam dan dia sudah pun melewatkan solat isyaknya.  Dia dengan segera bangun dari perbaringannya dan bergegas menuju ke bilik air untuk mengambil air wuduk lalu dia menunaikan solat isyak yang sudah tertangguh itu.

Setelah salam yang terakhir Aisyah menadah kedua tangannya untuk berdoa.

“ Ya allah, kau ampunkanlah segala dosaku dan suamiku kerana engkau mahu pengampun lagi maha penyayang.  Kau bukalah pintu hati suamiku untuk menerima diriku ini kerana hambamu ini sangat menginginkan kasih sayang seorang suami ”

Doa inilah yang selalu dia memohon pada tuhan untuk dikabulkan.  Aisyah tidak pernah lupa dengan doa ini selepas dia mengerjakan solat-solatnya.  Berharap sangat doanya ini akan dikabulkan pada suatu hari nanti.  Cepat atau lambat dia tetap setia menunggu.

Dalam hatinya tidak pernah terdetik sedikit pun hendak membenci suaminya itu walau bagaimanapun Theo selalu memukul dan memaki dirinya.  Hanya rasa cinta sahaja yang ada dalam hatinya itu.  Bodoh ? Iya dia sendiri merasa dirinya itu terlalu bodoh tetapi apakan dayanya bahawa itu memang buta.

Dia turun ke bawah untuk membuatkan makan malam untuk suaminya itu.  Ralit tangannya sedang memasak itu dan tanpa dia sedari sudah jam 10:30 malam tetapi suaminya itu masih lagi belum pulang ke rumah. 

Selesai sahaja dia menyediakan makan malam untuk suaminya itu terus dia berjalan menuju ke ruang tamu untuk merehatkan dirinya yang kepenatan itu.  Dia melabuhkan punggungnya di sebuah sofa yang panjang itu.

Matanya terkaku memandang skrin tv yang sedang memaparkan movie seram.  Bantal sofa yang berada ditepi ditarik untuk menutup wajahnya bila ada babak yang menyeramkan di skrin tv tersebut. 

" Ya allah " Ucap Aisyah sambil tangannya mengusap lembut dadanya kerana terkejut tiba-tiba sahaja babak hantu dalam movie seram itu terpapar pada skrin tv.

Boleh berhenti jantung dia kalau dari tadi kena kejutan dengan hantu-hantu tersebut.  Nafasnya tercungap-cungap, masih lagi terkejut  dengan babak yang tadi.

Mulutnya menguap beberapa kali kerana sekarang sudah menunjukkan jam 11:30 malam.  Suaminya belum pulang lagi, entah ke mana Theo pergi malam-malam ni.

Badannya dibaringkan pada sofa tersebut dan tanpa dia sedari matanya dengan perlahan-lahan tertutup kerana terlalu mengantuk.

Tv tersebut masih lagi menyala, Aisyah terlupa nak matikan tadi setelah dia selesai menonton.

Di luar sana kedengaran dengan suara kereta milik Theo yang masuk ke dalam perkarangan rumah tetapi Aisyah masih lagi terlelap.  Mengantuk betul dirinya sampaikan tak sedar dengan kepulangan suaminya.

Theo keluar dari perut kereta lalu berjalan masuk ke dalam rumahnya.  Matanya terpandang pada skrin tv yang masih menyala itu lalu dia mula mencari kelibat isterinya itu di mana.

Dia melangkah masuk ke dalam dapur tetapi tetap tiada keberadaan isterinya di sana.  Dadanya sudah turun naik menahan marah kerana dia terfikir isterinya itu keluar rumah tanpa pengetahuannya lagi.

Langkah kakinya berjalan semula ke ruang tamu untuk mematikan tv tersebut kerana terlalu bising.  Sakit pula telingannya mendengar.

Remote tv yang berada di atas meja dicapai lalu button off ditekannya.  Baru dia tersedar yang isterinya sedang tertidur di sofa pula, patutlah dia cari ke dapur tadi tiada pula susuk tubuh Aisyah.

Theo menghela nafas lega.

Bibirnya mengukir senyuman bila melihat isterinya itu tertidur seperti budak-budak.  Comel sahaja cara Aisyah tengah tidur sekarang dengan mulutnya yang terbuka sedikit.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now