Untuk Sehari Saja 11

12.5K 613 24
                                    

Malam......

Aisyah menyarungkan tudung hitamnya di kepala, dia berjalan menuju ke arah pintu biliknya. Tangannya memulas tombol pintu bilik tersebut lalu dia melangkah keluar.

Dengan perlahan dia menuruni anak tangga. Sampai sahaja dia di tingkat bawah terus matanya memandang ke luar rumah melalui tingkap.

Kereta suaminya tiada bermakna Theo belum pulang lagi. Jam dinding dipandangnya dan waktu sekarang sudah pun menunjukkan 11.30 malam namun suaminya belum lagi pulang. Entah ke mana suaminya itu pergi, dia sendiri pun tidak tahu

" Malam dah ni kenapa dia belum pulang lagi " Gumam Aisyah sendirian sambil punggungnya dilabuhkan pada sofa.

Kedua tangannya disilangkan pada dada kerana kesejukan walaupun dia sudah memakai baju tebal dengan stokin tetap juga merasa sejuk.

Notification handphone Aisyah berbunyi.

Suaminya menghantar mesej melalui aplikasi whatsapp lalu dia menekan aplikasi tersebut untuk melihat apa isi mesej yang dihantar oleh Theo itu.

" Malam ni aku tak pulang, aku tak tahu bila aku pulang rumah "

" Tuan tidur dekat mana nanti ? "

Theo tidak membalas mesej Aisyah dia hanya membaca sahaja mesej yang dihantar oleh isterinya.

Aisyah naik semula ke atas biliknya untuk tidur kembali memandangkan Theo tidak pulang malam ni. Entah suaminya itu tidur dimana malam ini, dia sendiri pun tidak tahu. Malas hendak difikir, buat sakit hati saja nanti.

Aisyah baringkan badannya pada katil. Sempat lagi dia melirik ke arah jam yang berada di dinding yang sudah menunjukkan tepat jam 12:00.

" Marah sangat ke dia dengan perkara kemarin, mana tak marah Aisyah kau buang gambar-gambar kenangan dia dengan kekasihnya kesayangan dia tu memanglah dia marah " Bisik hati Aisyah lalu dia pun terlelap juga akhirnya kerana badanya terasa sangat sejuk dan lemah.

Suhu badannya semakin meningkat.








Pagi ini Aisyah tidak larat untuk bangun membuat sarapan kerana dia demam mungkin disebabkan terkena hujan yang lama waktu tengah mencari album gambar suaminya itu. Mana tak demam kalau terlalu lama terkena hujan.

Suaminya juga belum pulang dari semalam jadi dia tidak turun untuk membuat sarapan pagi ini disebabkan badannya terlalu lemah. Dirinya tidak mempunyai tenaga untuk bangun, dia hanya mampu membaringkan sahaja badannya pada katil tersebut.

Aisyah bangun dari perbaringannya dan menuju ke arah almari laci yang menyimpankan bermacam-macam ubat disana. Sudah dekat 5 minit dia mencari stok ubat panadol yang disimpannya itu tetapi tetap sahaja dia tidak menemukannya

Dia baru teringat ubat tersebut sudah dia berikan pada suaminya ketika Theo demam hari tu. Jadi sekarang dia tidak mempunyai ubat untuk dimakan.

Langkah kakinya menuju semula ke katil lalu dia membaringkan semula tubuhnya di atas katil. Matanya perlahan-lahan tertutup kerana terlalu mengantuk.

Dia hanya mampu berbaring sahaja sepanjang hari di katilnya untuk menunggu suaminya itu pulang tapi sehingga malam ni pun suaminya belum pulang lagi. Rasanya, demamnya pun masih belum menu tanda-tanda untuk kebah.

Suhu badannya semakin meningkat, dia dah tak larat nak bangun. Tangannya mencapai handphone miliknya untuk meminta suaminya itu membelikannya ubat.

" Assalamualaikum tuan, boleh tak tolong belikan saya ubat panadol dan tolong hantar dekat rumah kejap. Saya demam, tak larat nak bangun. Stok ubat panadol saya dah habis "

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now