Untuk Sehari Saja 60

8.9K 431 29
                                    

Dua tahun kemudian.

Kelihatan Aisyah sedang memasak untuk sarapan pagi. Theo yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam dapur terus memeluk isterinya itu daripada belakang. Terkejut Aisyah dibuatnya kerana tiba-tiba sahaja suaminya itu memeluknya nasiblah tiada sesiapa yang berada di dapur pada waktu itu dan hanya mereka berdua sahaja.

Theo merehatkan dagu di atas bahu isterinya itu. Kedua tangannya itu sedang memeluk pinggang isterinya dengan kemas. 

" Wangi betul sayang masak ni dari ruang tamu pun dah buat abang terhidu " Puji Theo.

Tergelak Aisyah mendengarkan pujian suaminya itu. Melebih-lebih pula dia nak puji tapi memang betullah masakannya memang terbaik.  Sampaikan suaminya itu makan dua pinggan nasi.

" Anak kita mana abang ? " Tanya Aisyah.

Tengak seronok mereka berdua meluangkan masa dekat dapur sampaikan terlupa dengan anak mereka itu.   Aisyah terlupa sudah dengan anak lelakinya itu gara-gara suaminya itu.

" Ada dekat depan dengan Carlsen.  Abang suruh Carlsen jaga dia kejap " Jawab Theo lalu dia melepaskan pelukannya dari tubuhnya isterinya itu.

Dia berjalan ke kerusi lalu punggungnya dilabuhkan pada kerusi tersebut.  Tangannya mengambil sandwich yang berada di atas meja itu.  Perutnya ini terasa lapar pula setelah terhidu dengan sajian masakan isterinya itu tadi.

Sementara menunggu isterinya itu selesai masak dia makan sandwich yang berada di atas meja itu dulu untuk mengisi perutnya sedikit.

Aisyah menghidangkan nasi goreng yang dimasaknya itu ke atas meja.  Pinggan yang masi kosong itu dicapainya lalu dia mencedok nasi goreng yang masih berada di mangkuk besar ke pinggan.  Pinggan tersebut diberikan pada suaminya itu.

" Terima kasih sayang " Ucap Aisyah.

"  Sama-sama wahai suamiku " Ujar Aisyah sambil hidungnya itu digeselkan pada hidung suaminya yang mancung itu.

Tertawa Theo melihat gelagat isterinya itu.

" Tolong suapkan abang.  Abang rindu nak rasa air tangan sayang ni " Kata Theo dengan manja.  Rindu pula dia nak merasa isterinya itu menyuapnya menggunakan tangan

" Makin manja betul abang ni " Aisyah mengecilkan matanya memandang suaminya itu.  Semakin tua semakin manja pula dia melihat suaminya itu.

" Mestilah abang nak manja-manja sebab lepas ni susah sedang abang nak bermanja dengan sayang sebab kita dah anak sekarang ni " Jelas Theo.

Aisyah menggelengkan kepalanya itu.  Dengan anak sendiri pun nak cemburu ke?  Pelik benar suaminya itu.  Tetapi dia tetap menurur dengan apa yang diminta oleh suaminya itu.  Punggungnya dilabuhkan pada kerusi yang berada disebelah suaminya itu.

Tangannya mengambil sudu yang berada ditepi pinggan itu lalu dia mencedok satu sudu besi nasi daripada pinggan tersebut dan dia menyuapkan nasi tersebut ke dalam mulut suaminya itu.

" Nak ayam " Ujar Theo.

Aisyah mengambil ayam goreng tersebut lalu diberikan pada suaminya itu.  Bibirnya mengukirkan senyuman melihat suaminya itu makan.  Betullah apa yang suaminya itu katakan yang dia tidak nak bermanja dengannya lagi kerana selalu dia manjakan anak mereka sahaja sehinggakan suaminya itu terlupa buat seketika.

" Aisyah minta maaf kalau sejak kebelakangan ni tak dapat nak luangkan masa dengan abang.  Aisyah terlalu uruskan anak kita sehinggakan Aisyah terlupa kewajipan sebagai seorang isteri " Tutur Aisyah perlahan.

Dia merasa bersalah pula dengan suaminya itu.

" Abang faham sayang lagi pun itu kan anak kita jadi memang patutlah sayang utamakan dia.  Sayang jangan rasa bersalah pula " Jelas Theo. 

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now