Untuk Sehari Saja 10

13.3K 596 16
                                    

" Aisyah!!!! " Panggil Theo dengan kuat.  Entah apa lagi yang membuatkan dirinya itu marah lagi.  Disebabkan terlalu mengikut emosinya tadi semua benda dia nak marah.

Terhinjut bahu Aisyah mendengarkan suara suaminya itu.  Dia melihat suaminya sedang berjalan menghampiri dirinya dengan keadaan yang marah.  Dia tahu pasti ada sesuatu yang membuatkan suaminya itu marah.

" Kau ke yang kemas bilik stor tu ? " Tanya Theo.  Anak matanya tajam memandang ke arah isterinya.  Kemarahan dalam dirinya sekarang sedang membuak-buak. 

" Ya, saya yang kemas tuan " Jawab Aisyah dengan keadaan yang berpeluh sejuk kerana takut melihat suaminya yang sedang menatap tajam ke arahnya.   Kenapa pula tiba-tiba sahaja suaminya bertanyakan tentang stor tersebut ?

Kalau Theo marahkan dirinya begini pasti ada kesalahan yang dia buat suaminya marah sampai sebegitu.  Tapi apa lagi kesalahan yang dia lakukan kali ni.  Dia pun turut binggung ! 

" Mana kau letak  kotak yang ada dekat atas meja tu ? " Suaranya kedengaran sangat marah seolah-olah Aisyah telah melakukan kesalahan yang besar sahaja.  Penting sangat ke album gambar tu  sampai dia marah Aisyah. 

" Saya dah buang kotak tu dekat tong sampah, saya fikir tuan dah tak nak dengan benda tu sebab dah berhabuk lagi pun dah koyak.  Saya tak tahu pula tuan masih mahukan kotak tersebut " Aisyah menjawab dengan badannya yang menggigil.  Tubuhnya berpeluh sejuk akibat ketakutan dengan suaminya itu. 

Terasa menyesal pula Aisyah membuang kotak tersebut, manalah dia tahu itu benda penting suaminya.

Hujung bajunya sudah digenggam kuat.  Mulutnya sudah terkumat-kamit membaca doa untuk meminta perlindungan daripa tuhan.  Tolonglah jangan pukul lagi, sakit pada badannya pun masih lagi belum hilang sepenuhnya.

" Kenapa kau buang kotak tu.  Aku tak pernah pun suruh kau buang kotak tu, tahu tak isi dalam kotak tu sangat penting dalam hidup aku " Marah Theo yang menolak Aisyah dengan keras ke lantai sehinggakan kepalanya terhantuk pada dinding dengan kuat

Dia mengerang kesakitan.   Sakit kepalanya terbentur pada dinding tersebut.

Theo tidak menghiraukan dengan keadaan isterinya itu sekarang yang dia mahu adalah kotak tersebut ! Kotak yang telah dibuang oleh Aisyah. 

" Aku nak kau cari balik kotak tu , kau cari semula sampai dapat.  Kotak tu sangat penting bagi aku "  Jerkah Theo.  Matanya tertumpu ke arah dahi Aisyah yang kemerahan itu tapi dia tidak peduli semua itu.

Yang dia nak sekarang adalah kotak tersebut, isi dalam kotak tersebut sangat penting dalam hidupnya itu.  Gambar-gambar dia sedang bersama Dania ketika masih remaja lagi, tersimpan dalam kotak  tersebut dan ada sebahagian rahsia yang disimpan dalam kotak tersebut. 

Rahsia yang sangat penting bagi dirinya untuk menjatuhkan seseorang nanti.  Jadi memang wajar untuk dirinya marah sebesar ini ! Aisyah tidak tahu betapa susah dirinya untuk mengumpul semua bukti-bukti tersebut jadi memang patut pun dia marahkan isterinya yang sudah membuang kotak tersebut.

" Tapi saya nak cari dekat mana tuan lagi pun dah malam dekat luar sana pun hujan turun dengan lebat.  Mungkin lori sampah dah ambil semua sampah dekat depan rumah " Aisyah yang cuba untuk meminta simpati dari suaminya. Dia berharap suaminya mengampunkan dirinya kali ini.

Dengan keadaan yang sekarang macam mana dia nak cari semula kotak tersebut.  Pasti kotak tersebut sudah kotor atau pun basah disebabkan hujan turun dengan lebat sekarang.

" Aku tak kiralah kau nak cari dekat mana pun asalkan kau jumpa balik kotak tu dan ingat kalau kau tak jumpa balik dengan kotak tu kau jangan balik malam ni.  Kau tidur dekat luar rumah " Tegas Theo dengan memberi amaran kepada Aisyah.  Sempat lagi tangannya menunjal dahi Aisyah.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now