Untuk Sehari Saja 15

11.8K 663 31
                                    

Theo berdehem untuk menghilangkan rasa canggung antara dia dengan isterinya itu.  Kepalanya yang tidak gatal itu digaru sedikit.

" Terima kasih " Ucap Aisyah lembut.  Bibirnya mengukirkan senyuman.

Theo hanya menangguk sahaja tanpa membalas ucapan Aisyah.  Dipandang dari atas sampai ke bawah isterinya itu.  Cantik! Padan dress itu dengam isterinya.

" Kau okay tak guna  ni ? "

" Semuanya okay tuan tapi bahagian ni yang sempit sedikit " Kata Aisyah yang menunduk malu kerana bahagian dadanya itu terasa sempit sedikit kerana dress itu ketat dibahagian sana.  Agak sukar juga dia hendak bernafas dengam keadaak dress yang sempit macam tu.

Aisyah menjuihkan mulutnya pada dadanya itu.

Theo yang melihat Aisyah menunduk malu dengan cepat mencari tempat dimana sempit yang dimaksudkan oleh isterinya itu.

" Oh maaf, aku tak tahu size bahagian dada kau tu " Kata Theo yang merasa canggung dengan perkataannya sambil menggaru tekuk lehernya yang tidak seberapa gatal itu.

Aisyah menahan malunya yang mahu meletus itu.  Mahu sahaja dia menyorok belakang pintu.

" Kenapa cakap macam tu, buat malu aje " Bisik hati Aisyah sambil menunduk.  Cakap pun tak bertapis langsung.  Ish !

" Aku tunggu kau dekat luar , lepas kau siap pakai dress ni kau pakai lagi tudung tu aku nak tengok sepadan ke tak " Theo melangkah keluar daripada fitting room tersebut.

" Baik tuan " Ujar Aisyah sambil melihat ke arah suaminya yang berlalu pergi meninggalkannya seorang diri di dalam fitting room itu

5 minute kemudian.....

Aisyah keluar dari fitting room tersebut untuk menunjukkan dress tersebut pada suaminya itu.  Malu juga dia bila ditatap sebegitu oleh suaminya itu.

Theo yang melihat Aisyah dengan menggunakan dress dan tudung itu sempurna di pakai oleh isterinya. Cantik sangat isterinya berpakaian begitu.

Theo masih lagi memandang isterinya kerana terpesona lalu Aisyah yang menyedari suaminya masih lagi memandangnya membuat dia berfikir bahawa dress yang digunakannya tidak sesuai dibadannya itu.

" Kalau tuan tak suka saya guna ni, saya takkan guna " Ujar Aisyah yang ingin berjalan ke arah fitting room itu kembali.

" Siapa kata aku tak suka, aku dah suruh orang buat khas untuk kau takkan aku tak suka pula "  Tegas suara Theo sambil meraup wajahnya yang merah. 

Aisyah tersenyum.

" Dah tukar baju kau balik, aku nak suruh staff tu bungkus dress dan tudung yang kau tengah gunakan sekarang " Perintah Theo sekali lagi  sambil memberi signal tangan untuk Aisyah tukar bajunya di fitting room semula.

Aisyah yang melihat wajah suaminya yang bertukar dengan mood serious dengan cepat berjalan untuk menukar bajunya kembali.  Cepat betul mood dia bertukar.

Aisyah masih lagi terharu suaminya itu membuatkan baju ini khas untuk dirinya.

" Betul ke dia suruh orang buat khas untuk saya ni " Gumam Aisyah yang masih lagi tidak percaya bahawa dress ni dibuat khas untuknya kerana selama ni Theo tidak pernah membeli apa-apa pun untuknya selama mereka bergelar suami isteri.

Aisyah melangkah keluar daripada fitting room tersebut dan dia berjalan menghampiri staff disana lalu dihulurkan dress dan tudungnya itu untuk dibungkus oleh mereka

" Tuan saya dah siap tukar baju " Kata Aisyah yang mengejutkan suaminya yang sedang bermain dengan handphone miliknya.

Sempat lagi Aisyah mengintai apa yang dilihat oleh suaminya itu melalu handphone.

' Cara meluahkan perasaan terhadap seorang wanita '

Aisyah telan liur.  Dengan siapa pula lagi suaminya ni nak luahkan perasaan yang jelas adalah bukan dirinya itu.  Memang kelakarlah kalau suaminya itu meluahkan perasaan terhadapnya.

Suara Aisyah mengejutkan Theo lalu dengan cepat dia masukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar.  Takut isterinya itu melihat apa yang disearch dalam google.

" Aku nak bayar barang kau dulu " Kata Theo yang bangun dari sofa lalu berjalan ke arah kaunter kedai tersebut.  Aisyah hanya mengangguk sahaja dan dia pun turut mengikut langkah suaminya berjalan ke arah kaunter.

" Semuanya RM 20000.  Nak bayar guna apa ?  " Soal staff tersebut.

" Uhukk " Terbatuk Aisyah mendengarkan harga yang disebut oleh staff tersebut.  Gila betul ! Kalau dia beli stok untuk barang dapur dengan Rm20000 ni boleh sampi 5 bulan pun belum tentu habis.

Theo yang melihat isterinya terbatuk dengan cepat memalingkan wajahnya ke arah Aisyah yang berdiri tepat disebelahnya itu.

" Kau kenapa ? " Soal Theo pelik.  Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja isterinya itu terbatuk.

" Takde tuan " ujar Aisyah yang malu kerana staff perempuan itu tertawa kecil melihatnya.  Dia tahu pasti staff tersebut dia terkejut setelah mendengar harga barangannya itu.

Theo mengeluarkan black card miliknya dari dompet lalu memberinya kepada staff tersebut. Aisyah mengambil barangnya yang sudah dibungkus oleh staff dekat kaunter itu.  Dia berjalan keluar daripada kedai tersebut

Aisyah menunggu suaminya dekat luar kedai lalu semasa dia diluar menungggu suaminya, matanya tertuju ke arah sebuah kedai kecil yang sedang menjual bunga Mawar putih. Dia mendekati bunga Mawar putih yang dijual disana kerana dia sangat menyukai bunga mawar.

Dari dulu lagi dia memang gemar dengan bunga lagi-lagi bila mawar putih.  Lagilah dia suka !

" Cantik " Puji Aisyah sambil mengambil mawar putih tersebut.  Dibelek-belek mawar putih yang berada ditangannya sekarang.  Mahu sahaja dia membelinya tapi duit dia mana cukup.

" Kau nak ke ? " Soal Theo bila dia melihat isterinya itu dari tadi membelek-belek mawar putih tersebut.

" Ehh tak tuan, saya tengok aje sebab cantik. " Aisyah yang menafikannya padahal dalam hatinya memang nak beli pun cuma duit dia tak cukup sekarang ni.  Tunggu dia ada duit dululah baru dia beli.

Aisyah pelik kerana tiba-tiba sahaja suaminya itu berada dibelakang.  Bunyi suara tapak kaki pun tidak dia dengar hati.  Macam hantu saja suaminya ini !

" Takut saya larilah tu " Bisik hati Aisyah

Theo mengambil dua bunga mawar putih itu lalu berjalan masuk ke dalam kedai tersebut dan dia menghampiri ke kaunter untuk membayar bunag tersebut.

" Tuan saya taknaklah " Kata Aisyah yang turut mengikut suaminya itu berjalan ke arah kaunter.

" Aku bukan nak beli untuk kau pun ,aku beli untuk diri aku sendiri " Ujar Theo sambil melihat ke arah Aisyah.  Dia tersenyum nakal saja nak malukan isterinya itu.

Aisyah yang mendengar ucapan suaminya malu kerana dia berfikir suaminya membeli bunga mawar putih itu untuk dirinya.  Padahal sebaliknya pula !

" Aku nak kau tolong jaga bunga mawar putih ni untuk aku boleh kan ? " Tanya Theo sambil tersenyum ke arah isterinya. Akhirnya senyumannya yang mahal itu dihadiahkan juga untuk isterinya untuk kali yang pertama. 

Aisyah yang kali pertama melihat senyuman suaminya untuknya itu hampir termenangis terharu kerana ini adalah kali pertama suaminya tersenyum untuknya.

" Boleh tuan " Jawab Aisyah sambil membalas senyuman suaminya itu.  Bunga mawar putih tersebut diambil oleh Aisyah.

" Pelik kau Aisyah bunga mawar putih ni pun boleh buat kau tersenyum bahagia, kau memang tak macam perempuan lain yang gilakan duit dengan barang-barang yang berjenama " Bisik hati Theo yang melihat isterinya itu tersenyum gembira disebabkan dengan bunga mawar putih sahaja.

Padahal kebanyakan perempuan lebih menyukai pakaian, beg yang berjenama dan lain-laim lagi tetapi isterinya ini pula menyukai dengan bunga.  Sungguh berbeza!

Bunga mawar putih itu sebenarnya memang Theo membelikan untuk isterinya kerana dia melihat Aisyah selalu menyiram bunga mawar putih miliknya yang berada di halaman rumah mereka.

Bibir Theo mengukirkan senyuman bila melihat isterinya dari tadi tersenyum sambil membelek-belek bunga mawar putih yang berada ditangannya itu.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now