Untuk Sehari Saja 8

12K 543 4
                                    

Theo yang tersedar dari tidurnya dengan cepat melihat ke arah jam digital yang berada di sebelahnya. Dia melihat ada bekas yang berisi air dan tuala kecil yang terletak di atas mejanya.

Dahinya berkerut.

" Siapa punya pula ni ? " Desis hati Theo. Pelik kerana tiba-tiba sahaja benda-benda tersebut berada di atas mejanya itu. Seingatnya, dia tidak pun meletakkan benda tersebut di sana tapi kenapa pula benda tersebut tiba-tiba berada di sana

Dia baru teringat yang semalam dirinya mengalami demam panas dan isterinya yang merawatnya sepanjang malam. Dengan perlahan dia bangun dari katil lalu menuju ke arah bilik mandi kerana badannya terasa melekit disebabkan tiada mandi seharian kemarin.

Tuala yang terletak di tempat penyidaian dicapainya lalu dibawa masuk ke dalam bilik mandi. Kepala paip pancuran dipulasnya lalu dengan deras air jernih tersebut mencurah keluar dan membasahkan tubuhnya itu.

Shampoo yang berada ditepi diambilnya lalu dituangkan sedikit ke tapak tangannya sebelum diletakkan pada kepalanya.

Baru dia merasa selesa sedikit kerana sudah mandi.

Setelah dia selesai mandi terus dia berjalan menghampiri ke arah almari bajunya itu. Baju t-shirt berwarna putih dan seluar tracksuit berwarna hitam diambilnya lalu disarungkan ke tubuhnya itu.

Langkah kakinya menuju ke cermin untuk menyikat rambut itu supaya lebih kelihatan kemas lagi. Sempat lagi dia mengunyah gula getah yang berperisa mint itu sebelum turun ke bawah untuk bersarapan.  Terasa rindu pula hendak makan masakan isterinya itu.

Baru sekarang dia merasa lapar, semalam takde selera. Mungkin selera makannya sudah kembali lagi hari ini.

Aisyah yang berada di bawah berjalan menuju ke bilik suaminya untuk memastikan yang demam suaminya sudah meredah sepenuhnya atau belum lagi.

Theo menuju ke pintu biliknya.

Tangannya memulas tombol pintu dan pada masa yang sama juga Aisyah ingin masuk ke dalam bilik tersebut. Terkejut Theo kerana tiba-tiba sahaja isterinya ini berada dihadapan pintu, nasib dia tak tertumbuk tadi kerana terlalu terkejut.

Theo yang telah membuka pintu dengan kasar telah membuatkan badan Aisyah terikut dengan pintu yang dibukanya tadi lalu tubuhnya terjatuh ke dalam pelukan suaminya itu.

Lama mereka berada dalam keadaan begitu lalu dengan cepat Aisyah menolak tubuh suaminya sehinggakan Theo tersungkur ke belakang. Jelas kelihatan wajah Aisyah merah.

" Tuan dah sihat ke ? " Tanya Aisyah. Tiba-tiba sahaja suasana kelihatan sangat canggung. Memanglah canggung kerana baru tadi mereka berdua berpeluk.

" Dah " Jawab Theo dengan ringkasnya.

" Kau buat apa dekat depan pintu bilik aku ni ? " Soal Theo bila dia melihat isterinya itu hanya mendiamkan diri sahaja. Hanya itu sahaja yang terlintas dalam otaknya itu jadi soalan itulah yang dia ajukan saja pada Aisyah.

" Saya nak ambil bekas air dengan tuala kecil dalam bilik tuan " Balas Aisyah dengan suaranya yang perlahan. Dia baru teringat yang suaminya tidak membenarkan dirinya masuk ke dalam bilik tersebut tanpa kebenaran.

Habislah dia kali ni, pasti akan membuatkan suaminya itu marah lagi.

" Maafkan saya wahai Encik Suami, saya tipu sunat aje tak dosa pun " Bisik hati Aisyah padahal tujuan sebenarnya hendak memastikan demam suaminya sudah meredah atau belum tapi tidak sangka pula yang suaminya sudah pun sihat

" Ouh okay " Balas Theo dengan ringkas.

Kata-kata suaminya itu hanya dibalas dengan senyuman sahaja, dia pun turut binggung nak katakan apa lagi.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now