Untuk Sehari Saja 38

8.3K 539 47
                                    

Theo memakirkan keretanya di tempat parkir kereta.  Dia terlebih dahulu turun daripada kereta untuk membuka pintu isterinya itu.

" Kita nak pergi mana ni abang ? " Soal Aisyah bila melihat suaminya itu membawanya ke sebuah taman tema.  Kenapa pula suaminya nak bawa dia dekat sini.  Dia tak minta pun nak pergi sini.

" Kita dating dekat sinilah.  Abang teringin nak dating dengan sayang dekat sini " Balas Theo sambil tangannya merangkul pinggang isterinya itu.

Teringin ? Macam orang tengah berbadan dua sahaja suaminya ni.  Tapi dia tetap mengikuti sahaja kehendak suaminya itu untuk masuk ke dalam taman tema.  Lagi pun dia dah lama tak pergi sini ni

Theo membeli tiket dahulu untuk dia dengan isterinya sebelum mereka masuk ke dalam.  Terbuntang mata Theo melihat banyak permainan di sana.  Aisyah menggelengkan kepalanya bila melihat reaksi suaminya itu begitu.

" Sayang mari teman abang naik roller coaster tu " Ujar Theo lalu menarik tangan isterinya di mana roller coaster tersebut berada. 

Aisyah hanya menurut sahaja suaminya itu walaupun dia sebenarnya takut nak naik.  Bila dia melihat suaminya itu teruja tidak sampai hati pula dia nak mengatakan bahawa dia takut.

Selesai sahaja mereka berdua membeli tiket untuk menaiki roller coaster tersebut terus Theo menarik isterinya untuk naik masuk ke tempat duduk roller coaster tersebut.  Theo membantu isterinya memakaikan tali pinggang yang berada di sana.

Tersenyum Aisyah melihat suaminya itu dari tadi tidak berhenti senyum macam budak-budak dapat gula-gula sudah dia melihatnya.  Entah apa yang seronok sangat sampaikan suaminya itu gembira macam tu sekali.

Roller coaster tersebut mula bergerak dan Aisyah mula memejamkan matanya kerana takut.  Tangan suaminya yang bertaut dengan tangannya itu digenggam dengan kuat sehinggakan Theo merintih kesakitan.

Theo memalingkan wajahnya melihat isterinya itu yany sudah kelihatan pucat.  Dengan cepat dia memeluk isterinya itu kerana takut wajah Aisyah yang semakin pucat dan mungkin takut.

" Sayang okay tak ni ? " Soal Aisyah dengan suaranya yang jelas kelihatan risau.  Diusap lembut pipi isterinya yang sejuk itu.

" Aisyah okaylah abang " Balas Aisyah.  Dia cuba untuk membuka matanya untuk melihat suaminya itu dan bibirnya mengukirkan senyuman.  Tidak mahu suaminya risau tentang dirinya.

" Sayang tak okay ni " Kata Theo.  Risau dia melihat wajah isterinya semakin pucat.

" Aisyah okay abang, abang jangan risau "

" Tapi kenapa sayang nampak pucat semacam ni ? Sayang tak sihat ke ? " Tanya Theo lagi.

" Aisyah sebenarnya takut nak naik roller coaster ni " Jawab Aisyah perlahan.  Tangan suaminya itu semakin kuat digenggamnya bila roller coaster tersebut mula turun lagi.

" Kenapa sayang tak bagi tahu abang yang sayang takut nak naik ni ? Kalau abang tahu sayang takut nak naik ni mesti abang takkan bawa sayang naik ni " Kata Theo dengan suaranya yang kedengaran sedih.

Rasa menyesal pula dia telah membawa isterinya menaiki roller coaster tersebut.  Kalau dia tak bawa Aisyah naik ni mesti isterinya itu tidak pucat macam ni.

" Aisyah tak nak abang sedih sebab Aisyah tengok abang nak sangat naik roller coaster ni " Jelas Aisyah lagi.

Theo mengeluh.

" Maafkan abang, sayang " Ucap Theo perlahan.  Dikucup lembut dahi isterinya itu.

" Abang tak salah pun buat apa nak minta maaf lagi pun Aisyah nak naik juga roller coaster ni cuma takde siapa yang teman.  Nasiblah ada abang klau tak memang tak merasalah Aisyah nak naik roller coaster ni " Kata Aisyah lagi supaya suaminya itu tidak merasa bersalah padanya.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now