Untuk Sehari Saja 23

10.7K 647 46
                                    

Akhirnya mereka berdua juga sampai di sebuah supermarket selama 30 minute berada di dalam kereta kerana supermarket tersebut tidaklah jauh daripada rumah mereka.  Jadi sangat cepat untuk mereka tiba di sana lagi pun Theo memandu kereta dengan laju untuk ke sana.  Perjalanan selama satu jam pun boleh jadi 30 minit kalau Theo yang memandu.

" Kenapa tuan nak beli barang dapur lagi  ? " Tanya Aisyah. Mulutnya tidak berhenti bertanya kalau suaminya tidak memberitahu perkara yang sebenar.  Selagi suaminya itu tidak menjawab soalannya selagi itulah dia tetap akan bertanya juha.

Theo sudah mahu menangis kerana dari tadi isterinya itu menhujaninya dengan soalan tersebut sahaja.  Mulut isterinya itu dari tadi tidak berhenti bercakap.  Dia menghela nafas panjang.

" Aku bukan nak beli barang dapur pun " Jawab Theo lalu melihat ke arah isterinya.

Penat sudah dia mendengar pertanyaan Aisyah dari tadi yang tidak pandai berhenti bertanyakan dengan soalan yang sama sahaja.  Dari rumah sampai di sini hanya soalan itu sahaja yang ditanya oleh isterinya itu

" Habistu tuan nak beli apa sebenarnya ? " Soal Aisyahh sekali lagi. 

" Aku nak beli barang basah sebab aku nak jadi chef kau hari ni "  Balas Theo dengan lembut sambil tersenyum ke arah isterinya.  Aisyah mengangguk, Theo menghela nafas leganya bila isterinya itu sudah berhenti bertanyakan soalan padanya.

Akhir-akhir ini Theo selalu saja tersenyum ke arahnya walaupun hanya perkara kecil tetap sahaja Theo tersenyum.  Aisyah? Lagilah dia suka bila suaminya itu tersenyum selalu dengannya.  Gila tak suka.

Theo sebenarnya dah mamai dengan isteri sendiri ni !

" Jadi chef ? Maksud tuan, tuan nak masak untuk saya ke hari ni ?  " Mata Aisyah membulat kerana tidak percaya dengan suaminya yang mahu masak untuknya. Theo demam ke apa ni sekarang ?  Tiba-tiba sahaja ingin memasak untuk dirinya itu.

" Ya , aku nak masak untuk kau hari ni sebab selalu kau yang masak untuk aku kan jadi hari ni aku pula yang masak untuk kau " Theo menggariskan senyuman lalu memandang ke arah isterinya itu.

" Betulkah nak masak untuk saya " Gumam Aisyah dengan perlahan tetapi telinga Theo dapat mendengar apa yang dikatakan oleh isterinya itu.

" Tak percaya ke ? "

Terkejut Aisyah bila suaminya itu berkata begitu, bermakna tadi Theo mendengar apa yang dikatakannya.  Padahal bukan kuat sangat pun dia cakap tadi tapi tetap sahaja didengar oleh suaminya itu.  Bahaya ni kalau dia nak mengumpat nanti.

" Saya percaya dekat tuan "

" Good girl " Ucap Theo lalu dia mengusap kepala isterinya. Lembut pula tu !

Berbahang wajah Aisyah.  Malu dia dibuatnya dengan perlakuan suaminya itu.  Semakin jatuh cintalah dia dengan suaminya kalau perlakuan Theo semakin membaik terhadapnya.  Mungkin doa-doanya selama ini mula terkabul secara perlahan-lahan.

" Dah rangkul tangan kau dekat aku " Perintah Theo sambil melihat ke arah beberapa remaja lelaki yang sedang berada di luar supermarket.  Macam dia tak tahu yang sekelompok remeja tersebut melihat ke arah isterinya

" Kenapa tuan ? " Aisyah mengerutkan dahinya.

" Aku tak nak kau hilang, dahlah kau ni pendek sangat nanti kau kena culik macam mana nanti.  Dekat sini kadang ramai orang nanti kau hilang pula  " Tipu Theo.  Dia sebenarnya sedang memandang ke arah  sekumpulan remaja lelaki  yang sedang  melihat ke arah isterinya itu.  Tidak suka bila melihat isterinya itu dilihat macam tu !

Dia cemburu!

" Okay " Ringkas sahaja Aisyah menjawabnya lalu dia merangkul tangannya dekat tangan suaminya itu.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now