Untuk Sehari Saja 39

8.1K 546 38
                                    

Theo memandu kereta miliknya ke arah rumah mereka berdua.  Sunyi sepi saja mereka di dalam kereta dan tiada sebarang satu suara pun.  Takut pula dia melihat wajah isterinya yang tegang itu.  Rupanya garang juga Aisyah sebenarnya, dia saja yany tak tahu.

" Sayang " Panggil Theo perlahan.

" Hmm "

Aisyah sedikit pun tidak memalingkan wajahnya pada suaminya itu.  Masih marah lagi disebabkan Dania tiba-tiba sahaja muncul depan mereka tadi.

" Sayang marahkan abang ke ? " Soal Theo.  Dia sedang melirik ke arah isterinya yang sedang bermuka masam itu. 

" Taklah " Hanya sepatah itu sahaja dia membalas soalan suaminya itu.  Malas nak jawab panjang-panjang.

" Sayang merajuk dengan abang ke ? " Theo menyoal lagi untuk melihat apa reaksi yang akan diberikan oleh isterinya itu.  Tetapi Aisyah hanya mendiamkan diri sahaja dan membuatkan Theo mengeluh.

Tangan Theo mula merayap ke tangan kiri isterinya untuk bertaut tangan bersama tetapi dengan cepat Aisyah menepis tangan suaminya itu.  See ? Memang jelas isterinya itu sedang merajuk dengannya.

Theo tidak berputus asa, dia tetap mencuba lagi buat kali kedua tetapi tetap sama juga dan pada akhirnya Aisyah mengalah dibiarkan sahaja tangan merek berdua bertaut.

Tangan isterinya itu dibawa ke mulutnya lalu dikucup dengan lembut.  Matanya melirik lagi ke arah isterinya yang sedang membuangkan pandangannya ke luar tingkap kerana tidak mahu bertatapan dengannya

Terpaksalah jugalah dia memujuk isterinya itu.  Tidak sanggup bila tidak mendengar suara isterinya itu walaupun hanya sebentar saja.  Rindu katanya.

" Okay abang say sorry ok ? Abang pun tak tahu macam mana Dania boleh muncul dekat sana padahal abang dah bagi dia amaran untuk tidak muncul depan kita " Jelas Theo. 

Betullah kata Theo bahawa dia sendiri tidak tahu bagaimana Dania boleh tiba-tiba muncul di sana.  Lagi pun dia tidak pernah membawa Dania pergi ke taman tema seperti itu.  Dia sendiri pun tertanya-tertanya kenapa Dania boleh pergi ke sana.  Takkan Dania mengekori mereka pergi ke mana saja ? Dia sendiri pun tidak tahu.

Aisyah hanya diam setelah mendengar penjelasan daripada suaminya itu.  Rasa bersalah pun dia telah meragukan suaminya itu.  Buat apa dia nak marah suaminya padahal ini bukanlah salah suaminya dan mungkin Dania yang sengaja mengekori mereka sampai ke sana.  Boleh jadi juga.

" Sayang " Panggil Theo bila sudah dekat 5 minit isterinya berdiam diri.

Aisyah memalingkan wajahnya ke arah suaminya yang sedang memandu itu.  Mata mereka berdua bertembung antara satu sama lain.

" Masih marahkan abang lagi tak ? " Tanya Theo.  Dicuit hidung mancung isterinya itu.

" Mestilah marah " Jawab Aisyah dengan selamba.  Dia sebenarnya masih lagi tidak berpuas hati yang suaminya menepuk tangan tadi dan tak nak tolong pula dia berlawan tekak dengan Dania tadi.  Dibiarkan aje dia sendiri.

Theo menghela nafas panjang.  Dia fikir dengan penjelasan yang panjang lebar tadi sudah dapat meredakan marah isterinya tetapi sebenarnya tidak.

" Sayang marah dengan abang sebab apa lagi ? " Theo mula menyoal lagi manalah tahu isterinya akan memberitahu apa yang membuatkan dirinya marah lagi dengannya.

" Sebab abang tepuk tangan tadi masa Dania pergi lepas tu bila Aisyah ajak balik, abang masih lagi berdiri tegak dekat sana macam abang nak ikut Dania pun ada " Jelas Aisyah lagi.

Ini adalah penyebab yang sebenar membuatkan dia marah dengan suaminya itu.  Adakah patut nak tepuk tangan tadi, penat tau dia berlawan tekak dengan perempuan gatal tu tadi.  Suaminya bukan nak tolong pun, jadi penonton dekat samping dia adalah tadi.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now