Untuk Sehari Saja 3

14.2K 630 5
                                    

Awal Aisyah bangun pada pagi ini kerana takut terlepas membuat sarapan untuk suaminya itu.  Kalau dia terlewat pasti suaminya itu akan memarahinya macam semalam.  Tak naklah dia setiap hari nak kena marah.  Ralit tangannya sedang menggaul nasi goreng kampung yang masih lagi panas dalam kuali.

Setelah beberapa minit dia menggaul nasi goreng tersebut, api gas dipejam lalu nasi goreng tersebut dimasukkan ke dalam sebuah mangkuk yang besar.  Mangkuk besar yang berisikan nasi goreng itu dihidangkan di atas meja.

Tidak lupa juga dia membancuh milk chocolate untuk suaminya.  Kalau dia terlupa nak bancuh, habislah dia kena marah pagi-pagi.  Dahlah milk chocolate dan suaminya itu berpisah tiada.  Pinggan kosong dan sudu diletakkan atas meja untuk digunakan oleh suaminya itu nanti.

Theo menutup pintu biliknya kemudian mengatur langkah turun menuju ke dapur.  Belum sempat kakinya memijak ke tingkat bawah, hidungnya sudah disapa dengan haruman sajian yang berada di dapur.

Laju langkah kakinya menuruni anak tangga tersebut, dengan sepantas kilat kini dia sudah pun berada di dapur.  Ditarik perlahan kerusi yang berada di dapur lalu dia melabuhkan punggungnya disana.

Matanya terpandang ke arah Aisyah yang sedang membelakanginya sekarang.  Entah apa yang sedang dibuat oleh isterinya itu sehinggakan kedatangan dirinya di dapur tidak disedari sama sekali pun.

" Ehem "

Theo berdehem untuk mengejutkan isterinya kerana sudah dekat 3 minit dia duduk disana tetapi isterinya itu masih lagi tidak menyedarinya.

Terus Aisyah memusingkan badannya menghadap ke arah suara suaminya itu.  Terkejut dirinya, tapak kaki tidak kedengaran tiba-tiba sahaja suaminya itu sudah berada di dapur.  Macam hantu pula !

" Tuan nak sarapan dah ke ? " Aisyah menyoal sambil meletakkan sebuah gelas kaca yang berisikan milk chocolate dihadapan Theo.

Theo hanya mengangguk sahaja kerana perutnya pun sudah lapar ni.  Dia setia menunggu isterinya itu mencedok nasi goreng tersebut untuk diletakkan di atas pinggan.  Tangannya kanannya sudah pun memegang sudu besi dan bersedia untuk makan.

Baru dia hendak menyuapkan nasi goreng tersebut ke dalam mulut dengan cepat Aisyah memberhentikan pergerakannya itu.  Berkerut dahi Theo melihat isterinya. Dah kenapa pula ni ?

" Tuan belum baca doa makan lagi " Tegur Aisyah.

Theo rasa hendak menepuk dahinya itu, boleh pula dia terlupa nak baca doa makan.  Jatuh maruah dia depan isterinya ni.  Rasa ingin berlari menyorok kerana terlalu malu nak berhadapan dengan isterinya sekarang.  Jelas kelihatan telinga Theo kemerahan.

Mulutnya terkumat-kamit membaca doa makan lalu dia menyuapkan semula nasi goreng tersebut ke dalam mulutnya.

" Kalau tuan dah siap makan nanti panggil saya dekat ruang tamu.  Ada kerja saya nak buat dekat sana " Pesan Aisyah lalu dia berjalan meninggalkan dapur tersebut.

Kalau nak makan bersama dengan suaminya, pasti Theo tak nak. Lagi pun suaminya jijik dengan dirinya.  Belum sempat dia meninggalkan dapur, badannya terdorong ke sisi Theo.  Terkejut dirinya dengan kelakuan suaminya yang tiba-tiba sahaja merentap kasar tangannya.

Terkebil-kebil matanya itu memandang Theo dengan wajah yang sedang kebinggungan.

" Teman aku makan kejap " Aisyah hanya mengangguk faham sahaja.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now