Untuk Sehari Saja 37

8.8K 677 19
                                    

Mereka akhirnya sampai di tempat yang ingin mereka tuju itu.  Theo memakirkan keretanya di tempat parkir kereta yang disediakan di sana.   Pada waktu begini tidak banyak orang yang membeli-belah jadi memang waktu yang tepat untuk mereka berdua membeli barang yang diperlukan

Theo melangkah keluar dahulu daripada kereta supaya dapat membuka pintu untuk suaminya itu.  Tangannya dihulurkan padanya isterinya, tergelak Aisyah dengan perlakuan suaminya itu.

Suaminya ingat ni movie cinderella ke nak melutut macam tu? Ada-ada aje perangai suaminya ni.  Aisyah menggelengkan kepalanya lalu matanya tertuju ke sebuah kedai bunga yang berada tepat dihadapan mereka sekarang ni.

" Ehh buat apa dekat sini ? " Tanya Aisyah kerana dia melihat suaminya membawanya di kedai bunga.  Dah kenapa suaminya membawanya ke sini, seingat dia yang dia tak pernah cakap pun nak beli bunga baru.

" Takkan sayang dah lupa ? " Ujar Theo sambil melihat ke arah isterinya yang berada di sebelahnya.  Alahai isterinya pelupa betul, siapa suruh makan banyak semut.

" Aisyah tak ingatkatlah abang "

" Kan abang dah janji nak beli pasu bunga baru untuk sayang " Theo mengeluh.

Aisyah masih lagi tidak ingat apa yang dikatakan suaminya.  Dia cuba untuk mengingat tetapi tetap juga dia tak ingat.

Theo menghela nafas panjang.  Terpaksalah juga dia menjelaskan semula pada isterinya ni.  Nasib sayang.

" Abang nak ganti pasu bunga kesayangan sayang yang abang pecahkan tadi tengah hari tu " Jelas Theo dengan lembut lalu mencubit pipi isterinya itu.

" Aisyah dah ingatlah abang, janganlah cubit lagi " Marah Aisyah lalu memegang  pipinya yang dicubit oleh suaminya

" Comelnya sayang abang ni " Ujar Theo lalu dia mencium pipi isterinya yang telah dia cubit sebentar tadi.  Geram betul dia melihatnya.

" Apa abang buat ni  nanti orang nampaklah " mMarah Aisyah kerana suaminya sesuka hati mencium pipinya di tempat umum macam ni.  Matanya melihat sekeliling mujurlah tiada sesiapa di sana.

" Biarlah orang nampak bukannya salah lagi pun sayangkan isteri abang " Kata Theo dengan selamba.

" Ya memang Aisyah isteri abang tapi abang janganlah cium Aisyah dekat tempat umum ni " Marah Aisyah. 

" Habistu kita nak buat dekat mana sayang ? Bilik ke ? " Tanya Theo sambil mengusik isterinya.

" Abang " Marah Aisyah lagi lalu dia mencubit biceps suaminya.  Meraung kesakitan Theo dibuatnya.

Theo tertawa puas kerana dapat menyakat isterinya

" Dah letak tangan sayang dekat tangan abang " Kata Theo sambil melihat ke arah isterinya.  Dihulurkan tangannya

Dengan cepat Aisyah meletakkan kedua tangannya di tangan suaminya.  Alahai isterinya ni, suruh letak satu aje bukannya kedua-duanya sekali

Theo tergelak kerana Aisyah meletakkan kedua tangannya.

" Kenapa abang gelak ? " Tanya Aisyah yang pelik.  Rasanya tiada benda yang lawak sekarang sampaikan suaminya itu tiba-tiba sahaja tertawa.

" Kenapa sayang letakkan kedua-dua tangan sayang dekat abang tu? "  Ujar Theo sambil menjuihkan mulutnya pada kedua tangan isterinya yang berada ditangannya itu.

" Bukan abang ke yang suruh Aisyah letakkan tangan Aisyah dekat abang " Ujar Aisyah.  Kepalanya yang tidak digaru.

" Memanglah abang suruh sayang letakkan tangan sayang dekat abang tapi bukan kedua-duanya sekali.  Satu aje cukuplah " Jelas Theo yang masih lagi tertawa. 

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now