Untuk Sehari Saja 59

7.3K 451 121
                                    

" Kamu belum nak masuk kerja ke hari ni ? " Soal Tuan Thomas bila dia melihat anak lelakinya itu sedang mengambil air di dalam peti sejuk.

" Tunggu Aisyah sedar baru Theo masuk kerja semula lagi pun kesian dekat ibu nak jaga Thaqeef sendiri " Balas Theo. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi yang tepat berhadapan dengan Tuan Thomas.

Tuan Thomas dan Puan Azrinah menginap di rumah Theo semenjak anak menantu kesayangannya mereka itu koma. Mereka tidak mahu membiarkan Theo mengurus Aisyah sendirian lagi-lagi dengan Thaqeef yang masih lagi kecil itu.

Lagi pun Theo belum mahir dalam menjaga budak kerana ini adalah kali pertama dia menjadi seorang ayah. Jadi mereka bercadang untuk tinggal di rumah Theo sehinggakan Aisyah sedarkan diri.

" Makanlah sikit " Pujuk Tuan Thomas. Dia mencedok nasi goreng yang dimasakkan oleh isterinya itu lalu dihulurkan pada Theo.

Theo hanya memandang sahaja nasi goreng tersebut tanpa menyentuhnya. Tiada selera dia hendak makan sekarang, semenjak isterinya itu disahkan koma dia kehilangan selera makannya.

Dia sudah banyak kehilangan berat badan selama isterinya itu koma. Pernah sekali dia cuba untuk makan tetapi tetap sahaja dia muntah dengan semua apa yang ada di dalam perutnya itu.

" Makanlah. Kamu tak kesian ke bila Aisyah sedar nanti tengok keadaan kamu yang macam ni. Nanti dia merasa bersalah pula dengan kamu " Jelas Tuan Thomas lagi

Puan Azrniah yang berada disebalik langsir itu tersenyum melihat suaminya begitu. Dia jarang ambil tahu pasal Theo tetapi bila melihat keadaan anaknya yang begitu terus membuatkan dirinya risau.

Theo akhirnya menyuapkan beberapa suap nasi goreng ke dalam mulutnya itu. Matanya tertuju ke arah doktor perempuan yang baru turun daripada tingkat atas itu dan cepat dia berjalan menghampiri ke arahnya.

" Isteri saya macam mana doktor ? " Soal Theo. Manalah tahu ada perkembangan tentang isterinya itu.

" Mungkin isteri encik akan sedar dalam masa yant terdekat ini dan ini semua disebabkan berkat encik yang selalu menggerakkan tubuhnya " Balas doktor tersebut sambil tersenyum.

" Alhamdullilah " Hal ini pun sudah membuatkan dia gembira apatah lagi bila isterinya itu sedar pasti dia akan sangat gembira.

Theo terus menuju ke tangga untuk naik ke atas. Terasa rindu pula dia dengan buah hatinya itu. Thaqeef pula sedang bersama dengan Carlsen. Carlsen dipintah oleh Puan Azrinah untuk menjaga Thaqeef buat sementara waktu.

" Terima kasih, doktor " Ucap Puan Azrniah. Dia pun turt gembira bila mendengar khabar baik tersebut. Berharap sangat yang Aisyah akan sedar dengan cepat kerana dia pun sudah sangat merindui dengan Aisyah.

" Sama-sama " Jawab doktor tersebut. Langkah kakinya kini sedang berjalan menuju ke pintu utama.

Tuan Thomas dan Puan Azrinah menghantar kepulangan doktor yang merawat anak menantunya itu. Sungguh dia bersyukur yang Aisyah akan sedar dalam masa yang terdekat.

Tidak kuat sudah melihat wajah anak lelakinya itu yang selalu sahaja bersedih kerana merindui anak menantu kesayangannya itu.

Khabar baik ini membuatkan semua orang dalam rumah turut bergembira. Mereka semua pun sangat merindukan Aisyah juga.










Theo sedang mendodoikan Thaqeef kerana dia baru sahaja selesai menyusu tadi. Dua botol susu Thaqeef habiskan tadi, lapar betul dia. Selesai sahaja dia mendodoikan Thaqeef terus dia meletakkan anak lelakinya itu semula pada katil kecil khas untuknya.

Aisyah dengan perlahan-lahan membuka matanya lalu dia melihat suaminya itu sedang bersama dengan anak mereka itu. Dia tersenyum lebar, tidak menyangka bahawa dia akan selamat melahirkan anak mereka itu.

 Untuk Sehari Saja | S1Where stories live. Discover now